Kadang-kadang, rasa nak tergelak guling-guling bila dengar puak-puak pemuja Barat ni sembang pasal “Human Rights”.

Bagi mereka, negara Eropah terutamanya Perancis, adalah kiblat ketamadunan. Paling suci, paling mulia, paling hormat nyawa manusia.

Manakala orang Islam? Dilabel pen***nas. Dilabel barbaric. Dilabel tak reti bahasa.

Kalau ada sesiapa yang masih percaya dakyah ni, saya jemput tuan-tuan beli tiket flight pergi Paris.

Jangan pergi menara Eiffel. Jangan pergi Disneyland.

Tuan pergi ke satu tempat bernama Musée de l’Homme (Museum of Mankind).

Di sebalik bangunan yang cantik dan seni bina yang gah tu, tersimpan satu rahsia gelap yang cukup untuk buat bulu roma sesiapa pun meremang.

Di dalam kotak-kotak di ruang simpanan muzium tu, terdapat 18,000 tengkorak manusia.

Ya, tuan-tuan tak salah baca. Lapan belas ribu kepala orang.

Ini bukan tengkorak zaman purba atau orang gua. Ini bukan fosil dinosaur.

Ini adalah tengkorak pejuang-pejuang kemerdekaan dari negara jajahan Perancis terutamanya dari Algeria yang dipancung kepalanya sekitar abad ke-19 dan 20.

Kenapa kepala mereka ada kat situ?

Sebab tentera Perancis zaman tu ada hobi pelik. Bila mereka menang perang, bila mereka berjaya bunuh pemimpin penentang, mereka tak cukup sekadar bunuh.

Mereka akan potong kepala, rebus, bersihkan dan bawa balik ke Paris sebagai TROFI.

Macam orang pergi memburu rusa, potong kepala rusa, gantung kat dinding rumah.

Cuma kali ni, “buruan” mereka adalah manusia yang mempertahankan tanah air sendiri.

Salah seorang pemilik tengkorak tu ialah Sheikh Bouzian.

Dia pemimpin gerakan penentangan di Zaatcha, Algeria. Pada tahun 1849, dia lawan penjajah Perancis yang datang merompak tanah dia.

Bila dia kalah, dia ditangkap. Dia ditembak. Kemudian kepalanya dipenggal.

Tak cukup dengan itu, kepalanya diarak keliling kampung untuk takutkan orang ramai, sebelum dibungkus dan dihantar ke Paris untuk dijadikan bahan tontonan saintis dan orang awam.

Selama lebih 170 tahun, kepala Sheikh Bouzian tersadai dalam kotak di muzium Paris, jauh dari badannya yang tertanam di gurun Algeria.

Bayangkan betapa “sakitnya” mentaliti penjajah masa tu.

Dan hari ini, cucu-cicit penjajah inilah yang sibuk nak ajar kita pasal “Kemanusiaan”?

Mereka yang sama, yang hari ini di Quebec dan Perancis, sibuk nak haramkan tudung cikgu sekolah atas nama “kebebasan”.

Mereka yang sama, yang bising kalau orang Islam solat kat sekolah, kononnya tak sesuai dengan “nilai moden”.

Tapi bila kita buka almari sejarah mereka, berhamburan keluar tulang-temulang mangsa kekejaman yang tak terjangkau dek akal.

Ini belum cerita pasal Genosid Algeria.

Antara tahun 1954 hingga 1962, Perancis membunuh lebih 1.5 JUTA rakyat Algeria.

Bukan bunuh askar lawan askar je.

Kampung dibakar. Wanita diperkosa. Orang awam diseksa dengan kaedah elektrik.

Mereka juga buat ujian nuklear di gurun Sahara Algeria.

Mereka letak patung mannequins dan kadang-kadang biarkan penduduk tempatan berdekatan, semata-mata nak tengok kesan radiasi bom atom mereka.

Sampai hari ini, bayi-bayi di kawasan tu masih lahir cacat akibat sisa radiasi tu.

Tapi peliknya, dunia diam.

PBB tak bising. Aktivis hak asasi yang kononnya terpaling liberal tu tak buat demonstrasi pun minta Perancis minta maaf.

Cuba kalau orang Islam buat macam tu?

Tujuh keturunan kita akan dipanggil peng**as.

Sampai kiamat CNN dan BBC akan ulang cerita tu.

Tapi bila Perancis buat, ia dipanggil “Membawa Tamadun” (Civilizing Mission).

Kononnya mereka datang menjajah untuk “mengajar” orang Afrika dan orang Asia cara jadi manusia moden.

Cara jadi manusia moden dengan memancung kepala dan simpan dalam muzium? Hebat betul definisinya.

Tuan-tuan, kita tak nafikan sejarah Uthmaniyah ada pasang surutnya. Isu Janissari yang selalu dicanang tu pun ada konteks sistem devshirme yang kompleks, bukan semudah “culik budak”.

Tapi sekurang-kurangnya, Islam tak pernah ajar kita kerat kepala musuh dan buat pameran muzium!

Nabi s.a.w dalam perang pun larang kita cincang mayat musuh (Muthlah).

Larang bunuh orang tua, wanita, kanak-kanak.

Malah pokok pun tak boleh tebang sesuka hati.

Ini beza antara akhlak Islam dengan “akhlak” penjajah Barat yang bertopengkan sekularisme.

Jadi kepada sesiapa yang rasa orang putih di Quebec atau Perancis tu adalah “tuhan” ketamadunan yang maksum, tolonglah bangun dari tidur.

Mereka bising pasal tudung wanita Islam bukan sebab mereka nak bebaskan wanita.

Mereka bising pasal solat di sekolah bukan sebab mereka nak jaga neutraliti.

Semuanya berakar umbi daripada satu penyakit lama: Keangkuhan Budaya.

Mereka rasa cara hidup mereka paling betul. Paling superior. Dan sesiapa yang tak ikut cara mereka dimana yang nak tutup aurat, yang nak sujud pada Tuhan dianggap kolot dan perlu “dibetulkan”.

Padahal tangan nenek moyang mereka masih merah dengan darah jutaan manusia yang tak berdosa.

Janganlah kita jadi bangsa yang mudah lupa. Atau lebih teruk, jadi bangsa yang mengagungkan pembunuh datuk nenek kita sendiri.

Kalau mereka boleh bangga dengan muzium tengkorak mereka, kenapa kita perlu malu dengan sejadah dan telekung kita?

Hormatilah diri sendiri.

Jangan sampai kita jadi macam orang yang meludah ke langit, akhirnya jatuh ke muka sendiri.

Sibuk kutuk “pen”**anas” dalam sejarah orang lain, tapi lupa bahawa idola moden dia lah bapa segala peng**nas yang sebenar.

Sejarah tak pernah menipu, tuan-tuan. Cuma kita je yang malas membaca, atau sengaja buat-buat buta sebab dah terlalu silau dengan kilauan lampu Eiffel Tower.

Maha Suci Allah yang menyingkap segala kebatilan walau disembunyikan di balik tembok muzium yang gah.

Sesungguhnya kezaliman itu, walau dibalut dengan jenama “ketamadunan” atau “hak asasi”, baunya tetap hanyir darah.

Moga Allah pelihara kita daripada menjadi hamba kepada pemikiran penjajah dan moga Dia angkat darjat umat ini dengan kemuliaan akhlak yang sebenar, bukan kepalsuan.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami untuk mempopularkan ilmu dan kebenaran kepada masyarakat umum.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham bahawa tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Comments are closed.