Korang yang dah tengok Star Wars series, Obi-Wan Kenobi, mesti rasa benci dengan The Inquisitors. Diorang sanggup buat apa sahaja demi menjejak dan membunuh saki baki Jedi yang masih hidup. Setelah peristiwa Order 66, semua Jedi dianggap pengkhianat dan dihukum mati.
The Inquisitors mengingatkan kita kepada Spanish Inquisition, iaitu gerakan pembantaian muslim atau Moor Andalusia selepas kejatuhan Granada. Selain itu, kaum Yahudi turut mengalami diskriminasi.
Sepertimana Jedi yang pernah menguasai Galactic Republic, kaum Barbar atau Moor merupakan penduduk muslim yang pernah memerintah semenanjung Iberia selama lebih 700 tahun.
Sebagaimana itu juga, apabila kota terakhir kaum muslimin, Granada tumbang ke tangan penguasa Kristian, Isabella I of Castile dan Ferdinand II of Aragon, nasib orang Moor berada di ambang kehancuran.
Pada 12 Januari 1502, Ratu Isabella telah memberi dua pilihan sahaja kepada orang Islam di Andalusia. Sama ada memilih untuk dibaptis dan menjadi Kristian, atau dihalau keluar daripada kampung halaman mereka. Majoriti muslim terpaksa memilih murtad. Walaupun terdapat pilihan untuk berpindah keluar, ia seakan-akan mustahil untuk dilaksanakan. Apatah lagi, kerajaan Kristian banyak menyukarkan keadaan mereka.
Menjelang tahun 1526, kebanyakan Moor di semenanjung Iberia sudah dibaptis oleh gereja. Sepanjang abad itu juga, Spanish Inquisition giat dijalankan secara kejam. Beratus ribu orang Islam dibakar mati hanya kerana enggan meninggalkan dua kalimah syahadah.
Pada 1567, terdapat dikri yang mengharamkan sebarang pakain dengan identiti muslim. Kitab suci al-Quran, Hadis dan seangkatan dengannya turut dibakar oleh gereja.
Secara rasmi, sejarah bangsa Moor di tanah Andalusia tamat pada 1609. Archbishop Ribera telah mengarahkan penghalauan semua orang yang berdarah Moor dari semenanjung Iberia. Pembaptisan sudah tidak memadai bagi pihak Kristian. Mereka tidak ingin seorang pun bangsa Moor di tanah mereka.
Spanish Inquisition yang zalim ini berlangsung selama kira-kira enam abad.
Oleh: Zaki Sapuan al-Hafiz




No comments yet