15 Januari 1947, Los Angeles. Mayat Elizabeth Short atau lebih dikenal sebagai The Black Dahlia yang berusia 22 tahun ditemukan dalam keadaan dipotong dua pada paras pinggang dan tanpa setitik darah yang tinggal dalam tubuhnya.
Elizabeth bercita-cita nak jadi bintang Hollywood, beliau banyak habiskan masa di Los Angeles dan San Diego sekitar penghujung tahun 1946.
Elizabeth bekerja sambilan di sebuah kedai ubat menjadi popular dalam kalangan pengunjung lelaki kedai tersebut dan diberi nama jolokan The Black Dahlia.
Seorang penduduk tempatan ditemani anak perempuannya sedang bersiar-siar di Leimert Park, Los Angeles, pada pagi 15 Januari 1947 apabila mereka terjumpa mayat Black Dahlia dalam keadaan separuh bogel dan tubuhnya dipotong dua pada paras pinggang.
Tangan Elizabeth diletakkan di atas dahi sementara kakinya terbuka luas, tiada setiitis darah yang tinggal, ususnya dirobek keluar lalu diletakkan di bahagian bawah punggung.
Muka Beth dikelar dari bahagian mulut hingga ke telinga menampakkan seperti senyuman The Joker. Bahagian peha Beth yang mempunyai tatu bunga ros dilapah lalu disumbat ke dalam kemaluannya.
Mayat tersebut dibersihkan oleh pembunuhnya dan ia menyukarkan usaha polis untuk menjejak si pelaku.
Penemuan mayat Elizabeth membuatkan wartawan mengorek rahsia siapa Black Dahlia sebenarnya sehingga timbul banyak konspirasi disebalik pembunuhannya.
Antaranya, Black Dahlia dikatakan sebagai seorang yang menggoda dan ada yang melabelnya sebagai pelacur menyebabkannya menjadi menjadikannya sasaran pembunuh.
Pada 21 Januari 1947, seorang lelaki yang dakwa dirinya sebagai pembunuh Black Dahlia menghubungi editor akhbar Examiner dan akan serah diri.
Tiga hari kemudian, seorang pekerja Perkhidmatan Pos Amerika Syarikat (AS) jumpa bungkusan barangan peribadi Elizabeth termasuklah sijil lahir, kad keselamatan sosial, gambar dan buku alamat milik seorang lelaki bernama Mark Hansen. Hansen merupakan seorang pemilik kelab malam yang dikaitkan sebagai suspek pembunuhan.
Jabatan Polis Los Angeles jalankan siasatan intensif dan lebih 150 suspek di kenal pasti namun tiada sebarang tangkapan dibuat.
Sehingga hari ini, identiti pembunuh sebenar dalam kes yang dianggap antara paling kejam dalam sejarah Amerika Syarikat itu masih gagal dirungkai.
Oleh: Azizul Farhan
___
Anehnya kes ni sampai ada sekurang-kurangnya 60 orang lelaki mengaku sebagai pembunuh The Black Dahlia. Kalau korang berminat nak baca kisah thriller pembunuh dan psikopat, korang boleh beli novel TANGISAN SRI MELATI di: https://bit.ly/TangisanSriMelatiShopee
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih