Isu rasuah sering terkait dengan orang politik. Tak kisahlah apa pun — dari hadiah duit yang digunapakai untuk beli barang kemas sehingga lah hadiah diplomatik yang dijadikan harta sendiri.
Bekas Perdana Menteri Pakistan, Imran Khan dan isterinya Bushra Bibi, telah dijatuhi hukuman 17 tahun penjara selepas mahkamah Pakistan mendapati mereka bersalah dalam kes rasuah. Kes ini sebenarnya dah berlarutan selama beberapa tahun, sejak beliau masih PM Pakistan lagi (2018-2022), tetapi keputusan itu baru dibuat pada hari sabtu lepas.
Kes ini bermula dengan hadiah daripada pemimpin kerajaan asing. Iaitu barang kemas yang dikatakan diterima daripada kerajaan Arab Saudi.
Mengikut undang-undang Pakistan, pegawai kerajaan yang mahu menyimpan hadiah rasmi mesti membelinya pada harga pasaran dan mengisytiharkan sebarang keuntungan jika hadiah itu dijual.
Namun pihak pendakwa mendakwa Imran Khan dan isterinya membeli hadiah tersebut pada harga yang terlalu rendah, sekitar USD10,000, sedangkan nilai pasaran sebenar dianggarkan USD285,521. Mereka memperoleh keuntungan secara tidak sah. Beliau bagaimanapun menafikan semua pertuduhan yang dikenakan.
Hakikatnya, ini bukanlah kes pertama Imran Khan. Pada tahun 2022, beliau telah digugurkan sebagai Perdana Menteri Pakistan melalui undian tidak percaya. Pada Ogos 2023, beliau telah dipenjarakan atas pelbagai pertuduhan termasuk rasuah dan pendedahan rahsia negara yang didakwa bermotifkan politik. Semuanya dinafikan olehnya.
Nak jadikan cerita, semasa dihumban penjara itu yang bertempoh kurang dari satu bulan, kakaknya yang merupakan seorang doktor mula bersuara. Katanya Imran Khan melalui masalah mental. “Beliau tidak mempunyai sebarang hubungan dengan orang lain. Pertemuan mereka pun dikawal dengan ketat. Penyeksaan secara mental adalah lebih teruk daripada penyeksaan fizikal.” kata Uzma Khanum. PTI juga turut mendakwa bahawa nyawa Imran Khan berada dalam ancaman serius ketika beliau ditahan di penjara.
Banyak lagi sebenarnya tuduhan yang dibuat keatas beliau tapi dibebaskan. Keluarga beliau juga menafikan tuduhan-tuduhan ini. Walaubagaimanapun, peguam Mahkamah Tinggi Pakistan, Tania Bazai sendiri telah menyatakan bahawa pihak pendakwaan mempunyai bukti dokumentasi yang kukuh. Ini juga telah disokong oleh pegawai kanan yang pernah berkhidmat dengan Imran Khan sendiri apabila beliau memberi keterangannya.
Menurutnya, kegagalan pihak pembela mengemukakan dokumen balas menunjukkan kes pendakwaan adalah kuat sama sekali.
Percaya atau tak, selepas beliau dipenjarakan, protes besar-besaran tercetus. Ini menunjukkan popularitinya yang masih kuat dalam kalangan rakyat Pakistan, terutamanya selepas kerjaya gemilangnya sebagai bekas pemain kriket terkenal dunia.
Walaupun dalam penjara, Imran Khan masih popular. Dalam pilihan raya 2024, parti The Pakistan Tehreek-e-Insaf (PTI) yang dipimpin oleh Imran Khan memperoleh undi terbanyak. Sekitar 4.5 juta undi lebih berbanding pencabar seperti PNL-N dan PPP. Namun parti-parti lawan itu telah membentuk kerajaan campuran, sekali gus menyingkirkan PTI daripada kuasa.
Korupsi bukanlah kes yang baru di dunia Pakistan. Duit yang diterima kerajaan oleh pemimpin kejaraan lain mahupun rakyat pautlah digunakan untuk kesejahteraan negara sendiri dan bukan untuk kepentingan diri dan isteri. Kes ini bukanlah kes kecil dan seharusnya dipandang berat oleh rakyat dan undang-undang negara
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami untuk mempopularkan ilmu dan kebenaran kepada masyarakat umum.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham bahawa tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih




