Pernah tak kau buka mana-mana media sosial sekarang niat nak tengok satu video je, tapi tiba-tiba lalu satu iklan drama Cina ni. Dan disebabkan iklan tu pendek sangat, kau pun mencari sambungan drama ni.

Sekali dua jam berlalu tanpa sedar dan entah macam mana kau boleh sampai tengok cerita pasal CEO misteri yang kerja jadi rider tapi rupa-rupanya billionaire?

Jangan tipu. Ramai yang kena. Dan benda ni bukan kebetulan. Ini memang satu industri yang direka dengan sangat licik.

Drama pendek Cina atau nama rasminya Duanju bukan setakat video viral lalu-lalang kat FYP. Ia adalah satu mesin duit berskala gergasi yang dicipta khas untuk satu benda sahaja iaitu skrin telefon dan attention span manusia yang makin pendek.

Satu episod cuma satu ke dua minit. Tapi satu cerita boleh ada sampai seratus episod. Kalau kau kira betul-betul, masa keseluruhan dia sama je dengan satu atau dua episod drama TV biasa.

Bezanya, otak kau rasa macam “alah, satu minit je lagi”.

Asal-usul benda ni sebenarnya bukan dari TikTok pun. Ia bermula jauh lebih awal sekitar awal 2000-an daripada budaya web novel Cina. Zaman tu laman macam Qidian dah biasa keluarkan cerita ikut bab dan pembaca bayar ikut chapter.

Cerita digantung separuh jalan, kau geram, kau bayar. Model ni berjaya gila. Bila video pendek meletup, formula lama ni cuma ditukar medium. Daripada teks ke video. Daripada laptop ke telefon.

Versi video Duanju mula muncul sekitar 2013 dekat platform macam Youku Tudou tapi betul-betul meletup bila masuk era Douyin dan Kuaishou.

Lagi-lagi masa pandemik 2020–2021, bila orang bosan duduk rumah, masa terpecah-pecah dan tak larat nak komit tengok drama sejam. Di sinilah Duanju jadi raja. Cerita laju, konflik terus masuk, tak ada intro panjang, tak ada build-up cantik. Semua benda kena “meletup” dalam 30 saat pertama.

Industri ni bukan kecil-kecilan. Pada tahun 2024, pasaran Duanju China jana lebih 50 bilion yuan, lebih kurang USD 6.9 bilion dan buat pertama kali dalam sejarah, kutipan dia kalahkan box office filem China sendiri.

Angka ni bukan main-main. Dianggarkan lebih 600,000 peluang kerja lahir daripada industri ni. Dari pelakon, kru, penulis skrip, editor, sampai orang marketing.

Tapi yang menarik, walaupun duit masuk besar, banyak platform sebenarnya tak untung. Ada yang bakar duit sampai 80 peratus daripada hasil semata-mata untuk iklan di TikTok, Google dan Meta.

Jadi siapa yang untung paling besar? Platform iklan. TikTok senyum paling lebar. Drama tu cuma umpan.

Model bisnes dia pun licik. Beberapa episod awal diberi percuma. Lepas tu, bila kau dah emosi, dah nak tahu apa jadi lepas perempuan tu kena hina, nanti keluarlah iklan “Nak sambung? Download app ni.”

Sikit-sikit lama-lama jadi banyak. Ini versi moden bayar chapter novel tapi dengan emosi yang jauh lebih kuat sebab muka orang betul-betul ada depan mata kau.

Isi cerita pula selalunya sama. CEO misteri, kahwin kontrak, dendam bekas pasangan, jatuh miskin tiba-tiba jadi kaya luar biasa, IQ semua manusia jatuh kecuali watak utama.

Orang gelak, orang hina, orang kata cringe. Tapi statistik tak menipu. Cerita “Unparalleled” contohnya boleh buat USD 14 juta dalam lapan hari. Stephen Chow pun terjun buat Duanju. Kalau legenda komedi China sendiri masuk, kau tahu benda ni serius.

Masalahnya, tak semua orang selesa dengan trend ni. Banyak Duanju dikritik sebab meromantiskan keganasan, hubungan toksik dan fantasi kuasa melampau. Watak perempuan sering dihina dulu baru “diselamatkan”. Watak lelaki miskin rupanya maha kaya.

Tapi itulah realiti industri hiburan. Content yang dikritik sebagai “sampah” selalunya content paling laku, kalau algoritma dan psikologi manusia dimanipulasi dengan betul.

Yang lagi menarik, fenomena ni tak berhenti di China. Ia merebak ke Amerika, Eropah, Perancis, Ukraine sampai Netflix sendiri pun mula tiru dengan feed menegak. Aplikasi macam ReelShort, DramaBox dan My Drama melonjak gila di Amerika Syarikat.

Pada 2025, muat turun aplikasi drama pendek di US naik lebih 150 peratus setahun dan Amerika jadi pasaran paling mahal sebab pengguna sanggup bayar lebih.

Ada yang bandingkan Duanju dengan street food. Ia bukan Michelin. Tapi orang tetap lapar. Orang tetap makan. Netflix dan Hollywood tak mati, tapi tabiat manusia berubah. Bila orang dah biasa hiburan 90 saat, industri lain terpaksa ikut, atau ditinggalkan.

So, kenapa drama pendek Cina ni buat kita ketagih? Jawapan dia sebab ia dibina atas data, psikologi, emosi dan kelemahan manusia sendiri. Ia bukan seni tinggi. Ia mesin dopamine. Dan mesin ni tahu bila kau lemah.

Sekarang soalan terakhir. Siapa kat sini yang buka TikTok niat nak tengok satu video, tapi berakhir dengan 40 episod drama CEO misteri? Jangan tipu. Baik ngaku.

So, itulah.

Aku pun dah terkena tertengok satu drama Cina ni, mak mertua dia terlalu kedekut sampaikan susu tepung cucu pun dia refund lepastu diganti dengan susu kopek dia.

Dan-dan tu jugak lah anak dia dapat tahu mak dia ni ada kanser payudara.

Aku tak tahu macam mana aku boleh layan cerita sampai 2 jam habis macam tu je. Ada ke yang pernah tengok cerita ni?


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami untuk mempopularkan ilmu dan kebenaran kepada masyarakat umum.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham bahawa tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Comments are closed.