Mexico ialah negara yang pernah mencatat kegemilangan sejarah orang asal, terutamanya orang Aztek yang membina empayar pada zaman kemuncak! Terdapat sebuah monumen bukan saja menjadi bukti kekuasaan kaum ini, malah setanding dengan monumen keajaiban lain seperti Piramid Besar Giza di Mesir!

Monumen tersebut ialah sebuah kota metropolitan bernama Teotihuacán. Kota ini sebenarnya telah lama dibina sebelum kebangkitan orang Aztek, kirag-kira tahun 400 SM. Kota metropolitan ini terletak sejauh 30 kilometer di timur laut Mexico City.

Yang menjadikan Teotihuacán begitu menonjol ialah tapak kota ini seluas 20 kilometer. Kerana keluasan ini, Teotihuacán mampu menampung penduduk seramai 200,000 orang, menjadikan metropolitan ini ialah kota terbesar dunia pada zaman kuno!

Asal-usul dan bahasa penduduk Teotihuacán tidak jelas, tapi budaya mereka tersebar begitu meluas melalui perdagangan, sehingga kaum kemudian iaitu Aztek dan Maya mengambil budaya rakyat kota Teotihuacán dan jadikan sebahagian budaya mereka, contohnya upacara korban manusia.

Dengan penyebaran budaya Teotihuacán, ternyata kota metropolitan ini merupakan sebuah pusat perdagangan dan juga sebagai penempatan sementara bagi bangsa-bangsa Mesoamerika yang bermigrasi.

Ekonomi utama kota Teotihuacán ialah pertanian, tapi penduduknya juga menghasilkan alatan perang dan pertukangan yang diperbuat dari seramik, batu obsidian, dan kaca volkanik untuk dijual dalam pasaran.

Pemerintah Teotihuacán biasanya dari golongan pendeta yang sentiasa mengadakan upacara korban manusia selain mentadbir kota metropolitan ini. Teotihuacán begitu luas dengan banyak bangunan seperti plaza besar, kuil, terusan, dan istana sebagai tempat tinggal para bangsawan dan pendeta.

Banyak bangunan utama berhubung dengan sebatang jalan raya yang seluas 40 meter, kemudian berhubung terus ke lapangan depan kuil utama bernama Avenue of the Dead yang seluas 2.4 kilometer.

Kuil utama yang menghadap Avenue of the Dead ialah Piramid Bulan (Pyramid of the Moon di gambar kedua), piramid kedua terbesar dengan keluasan 156 meter persegi dan setinggi 43 meter.

Manakala bahagian selatan Avenue of the Dead pula terdapat sebuah lapangan bernama Ciudadela dan dalam lapangan terseburt terdapat sebuah piramid bernama Kuil Quetzalcóatl.

Kuil Quetzalcóatl dibina khas untuk menyembah dewa naga atau ular pelepah bernama Quetzalcóatl. Kuil ini semasa zaman kegemilangan dicatkan warna merah dan banyak ukiran berbentuk kepala dewa naga di dinding kuil ini.

Kuil ketiga yang diiktiraf sebagai kuil terbesar dalam Teotihuacán ialah Piramid Matahari yang terletak di bahagian timur Avenue of the Dead. Luas kuil ini ialah 230 meter persegi dan tingginya ialah 75 meter.

Uniknya kuil ini ialah ia dibina menggunakan kiub batu diperbuat dari batu volkanik merah bernama tezontle dan hanya gunakan sebanyak sejuta kiub batu untuk lengkapkan seluruh binaan Piramid Matahari!

Inilah tiga kuil yang menjadi simbolik kepada kewujudan Teotihuacán. Ketiga-tiga kuil ini dijadikan sebagai tapak upacara korban manusia dan juga pusat pemerintahan.

Teotihuacán menjadi kota metropolitan dalam dunia Mesoamerika sehingga memasuki fasa keruntuhan pada tahun 750 SM. Kuil pemerintah dibakar teruk akibat berlakunya perang saudara akibat perebutan takhta, diakhiri dengan kesemua penduduk berpindah keluar dari kota metropolitan itu.

Masuk ke era Empayar Aztek, Teotihuacán dijadikan sebagai kota suci bagi warga Aztek. Selepas era keruntuhan pada tahun 1521, Teotihuacán terbiar dan ditelan oleh hutan sehinggalah pasukan ahli arkeologi Mexico menemui dan memulihara kota tersebut pada tahun 1884.

Sekarang, Teotihuacán menjadi pusat perlancongan bersejarah dan diisytiharkan sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO pada tahun 1987. Kepada peminat sejarah kaum Mesoamerika, adalah menjadi kewajiban anda untuk jadikan Teotihuacán sebagai lokasi impian untuk melancong!


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami untuk mempopularkan ilmu dan kebenaran kepada masyarakat umum.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham bahawa tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Comments are closed.