Korang pernah dengar nama Tengku Kudin? Tapi yang lebih menarik, baginda ni sebenarnya moyang kepada pelakon terkenal, Que Haidar!
Ha, yang Jamilah Jamilah tu lah.
Ya, Que Haidar yang korang selalu tengok dalam filem macam Lagenda Budak Setan dan Amy Mat Piah dalam Rock Oo! tu.
Tengku Kudin ni seorang putera Kedah yang akhirnya jadi menantu Sultan Selangor dan memainkan peranan besar dalam sejarah negeri tu.
Macam mana seorang putera Kedah boleh masuk campur dalam hal politik Selangor, sampai terlibat dalam perang dan akhirnya dihalau dari Kedah sendiri?
Nama sebenar baginda ialah Tunku Dhiauddin ibni al-Marhum Sultan Zainul Rashid, lahir tahun 1821. Sejak muda lagi, dia dah dihantar ke Eropah untuk belajar.
Boleh bayangkan tak, zaman tu tak ramai anak raja yang dapat peluang macam ni. Tapi itulah kelebihan Tengku Kudin, bijak dan berwawasan.
Pada tahun 1867, hidup baginda berubah bila kahwin dengan Tengku Arfah, anak Sultan Abdul Samad, Sultan Selangor.
Perkahwinan ni bukan sekadar penyatuan cinta, tapi lebih kepada hubungan diplomatik antara Kedah dan Selangor.
Sultan Abdul Samad masa tu baru je naik takhta, jadi baginda perlukan sokongan untuk stabilkan negeri.
Lepas kahwin, Tengku Kudin diberi jawatan Wakil Yamtuan yang bermaksud dia jadi wakil Sultan untuk uruskan pentadbiran negeri Selangor.
Tapi, tugas baginda bukan sekadar mentadbir. Baginda kena selesaikan satu konflik besar yang dah lama menghantui Selangor: Perang Klang.
Perang Klang ni berlaku sebab masalah kuasa dan duit. Selangor masa tu kaya dengan hasil bijih timah dan kawasan Klang jadi rebutan pembesar.
Masalah mula timbul bila seorang pembesar, Raja Mahadi enggan bayar cukai kepada Sultan Abdul Samad. Boleh bayangkan tension masa tu.
Raja Mahadi ambil tindakan sendiri, serang Klang dan akhirnya memaksa pentadbir Klang, Raja Abdullah untuk berundur.
Sultan Abdul Samad tak boleh biarkan perkara ni. Tapi nak lawan Raja Mahadi, baginda perlukan bantuan.
Jadi, baginda panggil Tengku Kudin untuk ambil alih. Tengku Kudin terima cabaran tu, tapi baginda tahu dia tak boleh buat sorang-sorang.
Baginda balik Kedah, kumpulkan 500 tentera dan kembali ke Selangor untuk tewaskan Raja Mahadi.
Dengan strategi yang bijak, Tengku Kudin akhirnya berjaya kuasai Klang pada tahun 1870.
Kejayaan ni membuktikan kebolehan Tengku Kudin sebagai pemimpin yang tegas dan berwibawa.
Walaupun Tengku Kudin berjaya dalam misinya, bukan semua orang suka kehadiran dia.
Putera-putera Sultan Abdul Samad macam Raja Musa dan Raja Kahar rasa terancam dengan pengaruh Tengku Kudin.
Mereka anggap baginda orang luar yang tak layak campur tangan dalam hal Selangor.
Bukan setakat keluarga diraja, para pembesar pun tak suka. Lagi panas bila Sultan Abdul Samad bagi kawasan
Langat kepada Tengku Kudin sebagai ganjaran.
Langat ni kawasan strategik, jadi ramai yang tak puas hati, terutama Raja Mahadi yang masih dendam.
Kejayaan Tengku Kudin dalam Perang Klang datang dengan harga yang tinggi. Lepas perang tu, British mula campur tangan dalam politik Selangor.
Tengku Kudin pun perlahan-lahan kehilangan pengaruh. Pada tahun 1878, baginda akhirnya letak jawatan sebagai Wakil Yamtuan.
Tapi, yang paling menyedihkan, tindakan baginda dalam Perang Klang menyebabkan abangnya, Sultan Ahmad Tajuddin III di Kedah sangat murka.
Sultan Kedah anggap Tengku Kudin dah melibatkan negeri Kedah dalam konflik luar yang tak ada kena-mengena dengan mereka.
Akibatnya, Tengku Kudin dibuang gelaran diraja dan dilarang pulang ke Kedah.
Tengku Kudin akhirnya menetap di Pulau Pinang. Baginda habiskan sisa hidupnya dalam keadaan yang sederhana dan jauh dari politik.
Baginda meninggal dunia pada 25 Mei 1909, tapi legasi dia dalam sejarah Selangor tetap kekal.
Kisah Tengku Kudin ni bukan hanya sejarah negeri Selangor, tapi juga sebahagian daripada salasilah keluarga Que Haidar.
Nama penuh Que Haidar ialah Tengku Iskhan Shah bin Tengku Haidar dan beliau merupakan keturunan langsung Tengku Kudin.
Que Haidar pernah menyatakan hasratnya untuk membawa watak moyangnya dalam sebuah filem atau drama.
Menurut beliau, kisah Tengku Kudin penuh dengan elemen yang menarik seperti konflik, pengorbanan dan perjuangan.
Sebagai seorang pelakon yang terkenal dengan lakonan yang berjiwa, tak mustahil Que boleh menghidupkan semula watak moyangnya yang heroik.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami untuk mempopularkan ilmu dan kebenaran kepada masyarakat umum.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham bahawa tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih




