Ibadah. Suatu yang menjadi salah satu daripada gaya hidup umat Islam. Ada ibadah wajib seperti solat fardu dan zakat, serta ibadah sunat seperti solat sunat dan bersedekah. Ibadah inii merupakan suatu pengabdian kita kepada Allah. Tanda kasih sayang kepada Pencipta Agung.
Secara kasarnya, apa sahaja perkara baik yang dilakukan oleh umat Islam, dengan niat untuk tujuan keredaan Allah dan memberi manfaat kepada manusia sekeliling, dikira sebagai ibadah. Selagi tidak dilakukan dengan keterlaluan, ia masih dikira sebagai ibadah.
Percaya atau tidak, penulisan juga boleh dikira sebagai satu ibadah sekiranya dilakukan dengan tujuan yang betul. Ada satu kerangka teori sastera yang membincangkan perihal karya sastera sebagai satu ibadah atau pengabdian kepada Allah.
Teori Taabudiyyah; yang bermaksud pengabdian secara literalnya merupakan antara teori Sastera Islam yang dipelopori oleh kritikawan tempatan iaitu Abdul Rahman Napiah, atau lebih dikenali dalam dunia sastera sebagai Mana Sikana. Beliau mengasaskan teori inii selepas melihat tidak banyak teori yang membincangkan aspek Islamiyah di dalam karya tempatan di samping teori barat yang tidak sensitif dalam menerangkan mengenai aspek-aspek falsafah Islam dalamnya.
Teori ini menyatakan bahawa sastera itu merupakan satu bentuk ibadah dengan tujuan mendapatkan keredaan Allah. Keredaan ini dicapai berdasarkan penceritaan dan narasi yang dibawakan oleh pengarang. Analisis dibuat dengan meneliti dan memadankan bahagian-bahagian yang menepati konsep yang dibawakan di dalam teori ini.
Dalam menilai sesebuah karya menurut teori pengabdian ini, terdapat 4 fokus yang ditekankan iaitu latar penulis, aspek pengisian karya, teknik penulisan karya, dan fungsi karya itu sendiri sebagai wadah untuk beribadah. Teori ini mirip kepada teori psikologi dan strukturalisme, tetapi lebih menekankan aspek keislaman dalam mana-mana bahagian teks yang bersesuaian di samping turut menilai pengkarya melalui karya yang ditulisinya. Yang paling utama, apa yang dicari adalah merasionalkan sesebuah teks oleh pengkarya sebagai satu ibadah.
Latar Penulis
Faktor intrinsik ini mengadili integriti pengkarya, yakni teori ini menolak sepenuhnya penulis yang bukan beragama Islam. Sekali pun apa yang ditulisnya iitu bertepatan dengan fakta Islam yang betul. Konsep Sastera Islam itu sendiri yang seharusnya lahir daripada pengkarya yang beragama Islam, kerana orang Islam lebih memahami falsafah Islam yang cuba disampaikan. Orang Islam yang mengamalkan ajaran Islam itu sendiri lebihi memahami konsep Islam itu sendiri, terutamanya sekiranya ingin diterapkan di dalam karya.
Segenap aspek penulis termasuk, ruang lingkup sosial, kehidupan seharian, dan nilai hidup yang diamalkan haruslah bertepatan dan sesuai dengan apa yang ditulisnya di dalam karyanya. Pendidikan dan pengetahuan penulis mengenai Islam juga dinilai bagi memastikan tiada percanggahan dengan hukum dan ilmu Islam yang sebenar yang dibawakan di dalam karya.
Nampak seperti leceh; hendak menyiasat latar belakang penulis demi sebuah analisis, namun ia perlu dilakukan bagi mengelakkan percanggahan antara apa yang diitulis oleh pengkarya dii dalam tulisan dan juga amalan Islam yang diamalkan oleh penulis. Selain itu, aspek niat juga diperhalusi. Menurut Islam, niat yang baik daripada pelaku akan menghasilkan pekerjaan yang baik dan diberkati Allah. Oleh itu, jika baik niat oleh pengkarya, makan akan baiiklah karya yang bakal diihasilkan.
Pengisian Karya
Pengisian di dalam karya termasuklah persoalan utama, tema, pemikiran, ideologi, dan falsafah yang dibawakan dan sebati sepanjang narasi yang dibawakan. Semua yang dinyatakan haruslah bertepatan dengan aspek keislaman yang sesuai dengan karya. Proses kepengarangan oleh pengkarya memainkan peranan yang paling penting dalam menyebatikan isu keislaman ini di dalam karya.
Proses kreatif merupakan bukan sekadar menyampaikan apa yang terbuku, malah menggabungkan dengan unsur-unsur keislaman supaya karya kreatiif yang cuba dibawakan sejajar dengan konsep ibadah, iaitu baik pengisiannya, membawa mesej yang baik, serta boleh membawa pembaca kepada mengiangati Allah. Apa yang ditulis oleh pengkarya di dalam karya juga haruslah bertepatan dengan apa yang diamalkan oleh diri pengkarya sendiri seperti yang telah dinyatakan di dalam aspek pertama.
Di dalam kehidupan seharian seorang Muslim, bagi memastikan keberkatan di dalam hidup, hubungan dengan Allah perlulah dijaga dengan sebaik mungkin; antaranya dengan menjaga ibadah wajib seperti solat fardu. Ibadah yang dilakukan dengan baik akan mendekatkan diri seorang muslim dengan Allah. Konsep inilah yang cuba dibawakan oleh teori Taabudiyyah ini. Segala pengisian dan narasi merupakan suatu bentuk ibadah kepada Allah selagi ianya bertepatan dengan konsep keislaman. Membawa mesej-mesej positif dan baik serta tidak mendorong pembaca untuk melakukan perkara yang negatif.
Dalam mencipta sebuah karya yang mendekatkan diri kepada Allah, cerita yang dibawakan haruslah tidak terikat dengan gaya penulisan yang mendesak dan cuba menakutkan pembaca dengan seksaan jikalau mereka mengingkari perintah Allah selain daripada membawakan isu-isu klise seperti kematian. Isu-isu ini bolehlah dibawakan di dalam penulisan, namun gaya penulisan yang diterapkan haruslah tidak terlalu mendesak dan lebih kepada mengajak ke arah kebaikan. Konsep hukuman dan ganjaran melalui amalan boleh dijadikan dasar dalam merangka karya. Dengan ini, karya akan menjadi lebih mesra pembaca dan mudah dihadam oleh khalayak.
Teknik penulisan
Teori Taabudiyyah tidak menolak sebarang unsur estetika di dalam penulisan selagi ia tidak bertentangan dengan nilai Islam yang dibawakan. Estetika di dalam karya menguatkan pemikiran dan sifat manusia dalam menaakulkan isu yang dibawakan di dalam karya. Kehidupan itu sendiri merupakan sebuah karya sastera yang boleh diambil pengajaran dan mesej yang tersirat di dalamnya.
Dalam menngembangkan sesebuah narasi, pengkarya haruslah memikirkan cara untuk menyakinkan pembaca melalui perkembangan sesebuah watak. Ini boleh dicapai dengan menggunakan gaya penulisan yang berkesan oleh pengkarya. Gaya penulisan ini merupakan angkubah penting dalam menilai sesebuah karya kerana ia yang akan membawa pembaca dari awal karya hinggalah tamat.
Gaya dan teknik yang digunakan haruslah sesuai bagi memastikan apa yang cuba disampaikan itu sampai kepada khalayak. Gaya penulisan ini juga memaparkan penguasaan intelektual yang tinggi di samping tidak meminggirkan unsur estetika dalam menyuburkan lagi penulisan dan menarik perhatian pembaca.
Penulisan yang baik mampu menguruskan estetika sepanjang penulisan dan masih mengekalkan logik yang wajar. Logik yang disepadukan dengan estetika akan menghasilkan karya yang mampu menembusi kesedaran pembaca. Logik dalam erti di sini ialah berdasarkan aspek mantik Islam. Ia juga harus menepati kebiasaan yang berada di sekeliling, situasi, latar, kegiatan, supaya ia lebih dekat dengan apa yang berada di sekeliling pembaca. Ia seolah-olah pengkarya mengenali sendiri pembaca.
Tetapi, sekiranya terdapat logik yang bertentangan aspek keislaman, ia akan ditolak sama sekali. Sebagai contoh, perkembangan watak yang terlalu drastik; watak yang jahat berubah kepada baik tanpa sebarang asbab yang mendokong perubahan itu dilihatr tidak sesuai dan latri daripada logik Taabudiyyah. Logik yang dibawakan haruslah bersesuaian dengan penceritaan agar tidak terlalu bosan menurut pandangan pembaca dan masih mampu mengekalkan fungsi karya sebagai suatu ibadah kepada Allah.
Kritikan yang akan dibuat berdasarkan kerangka Taabudiyyah ini tidak akan menjejaskan fungsi estetika di dalam karya. Analisis akan dibuat pada aspek yang membina karya seperti perwatakan, plot, gaya bahasa yakni bahagian yang berkaitan dengan aspek keislaman. Inilah yang akan ditekankan dalam analisis ini.
Sastera Sebagai Wadah untuk Menyampaikan Kebaikan
Di dalam Islam, karya sastera bukan sahaja berfungsi untuk nilai kesenian dan keseronokan sahaja, malah lebih daripada itu. Karya sastera itu sebagai alat untuk membina sesebuah masyarakat sekiranya apa yang dibawakan itu cukup berkesan. Bagi memberikan kesan yang diingini, pengisian karya haruslah bercorak positif dan cenderung untuk membawa pembaca ke arah kebaikan.
Karya yang baik akan mengukuhkan akidah dalam diri pembaca, bagi pembaca Islam. Bagi pembaca bukan Islam, ia akan memberikan gambaran yang baik terhadap pegangan dan aspek tauhid yang diamalkan oleh umat Islam. Dalam konteks negara kita, akidah yang dipegang adalah Ahli Sunnah Wal Jamaah, oleh itu aspek tauhid yang diterapkan di dalam karya haruslah berkisarkan mengenai tauhid berteraskan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah.
Motif karya ditulis (niat pengkarya) turut diselusuri bagi membolehkan keberkesanan sesebuah karya itu dalam menjalankan fungsi sebagai wadah ibadah dinilai. Ini dibuat dengan membuat penilaian terhadap karya yang digarap. Motif pengkarya ditulis akan mempengaruhi kesan terhadap fizikal, mental, serta rohaniah setelah dilakukan proses pembacaan oleh pembaca.
Kesimpulan
Sekali lagi, konsep utama yang menjadi teras bagi teori Taabudiyyah ini adalah karya itu adalah sebagai satu ibadah. Ini berdasarkan pengertian Taabudiyyah itu sendiri yang bermakna pengabdian. Sesebuah karya itu haruslah membawakan mesej-mesej yang baik dan kaya dengan niilai keislaman. Ini boleh dicapai dengan pengkarya sendiri memainkan peranan memastikan karya yang digarap bertepatan dengan 4 aspek yang telah dikupas.
Ibadah di dalam Islam boleh dilakukan dalam pelbagai cara, penulisan adalah salah satu daripada caranya. Karya yang baik yang mampu memberikan dampak yang baik kepada pembaca. Karya yang baik juga merupakan gambaran kepada pengkarya yang mempunyai amalan Islam yang baik. Ibadah sehariannya terjaga dan menjaga akhlak dalam kehidupannya. Cerita yang dibawakan juga haruslah bersandarkan logik yang
Islam tidaklah sesusah yang disangkakan. Perkara semudah menulis pun boleh dijadikan sebagai suatu pengabdian tanda kita sayang dan tunduk kepada Allah.
Rujukan
Mana Sikana. 2014. Teori Sastera Taabudiyyah: Sastera Untuk Pengabdian. Kuala Lumpur: PTS Publication
http://www.geocities.ws/sang_nandar/pustaka/pustaka1.html
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih