Ramai orang mengetahui tentang kisah epik Leftenan Onoda, askar Jepun dari Per4ng Dunia Kedua yang hanya menyerah diri pada tahun 1974.
Dia berjaya meneruskan hidup bersendirian di tengah hutan Filipina selama hampir tiga puluh tahun selepas berakhirnya Per4ng Dunia Kedua. Kisah beliau membuktikan kesetiaan Samurai Jepun ternyata bukanlah kisah mitos semata-mata.
Tetapi tidak ramai orang tahu bahawa masih ada kisah askar yang hampir serupa melibatkan pakatan Axis yang sama.
Askar yang dimaksudkan itu adalah askar Jerman, walaupun dia tidak bertahan berpuluh tahun seperti Leftenan Onoda, dia dan pasukannya terpaksa berjuang menghadapi salah satu iklim di tempat yang paling “tidak ramah mesra” di bumi iaitu di Artik.
Bertahan dalam suhu serendah -40 darjah, ancaman beruang kutub yang kelaparan, Leftenan Wilhelm Dege dan pasukannya adalah pasukan Jerman yang terakhir menyerah kalah, ia berlaku dalam empat bulan selepas kejatuhan Berlin.
Salah satu persoalan yang mungkin ada dalam fikiran adalah: apa yang sekumpulan tenter4 NAZl buat di tempat macam tu?
Ia mungkin pada awalnya terdengar seperti cerita teori konspirasi atau babak filem seram atau novel tentang perisik macam James Bond, tetapi sebab sebenar mereka berada di sana sebenarnya perkara biasa sahaja iaitu kerana mereka ditugaskan untuk mengendalikan stesen cuaca.
Walaupun semangat motivasi mereka untuk berada di sana kelihatan terlalu lurus bendul, namun sebenarnya dalam istilah ketenter4an, menguasai kawalan ke atas stesen cuaca Axis tidak boleh dipandang ringan.
Pada tahun 1939, ketika Per4ng Dunia Kedua tercetus, pihak Bersekutu menguasai kebanyakan rangkaian meteorologi dan mengumpul maklumat tentang cuaca. Ramalan yang tepat adalah penting untuk memastikan kejayaan atau kegagalan operasi ketenter4an, terutamanya apabila melibatkan pesawat di udara.
Pihak NAZl menyedari bahawa jika mereka mahu memenangi pertempvran, mereka perlu menubuhkan dan mengawal beberapa stesen cuaca mereka sendiri. Kerana kebanyakan cuaca di Jerman secara terus dipengaruhi oleh keadaan iklim di Laut Utara dan Artik, Pemerintah Tertinggi Jerman sedar bahawa adalah penting untuk menubuhkan sebuah stesen cuaca tenter4 di lokasi tersebut.
Sejumlah stesen cuaca telah ditubuhkan di rantau Svalbard di Artik, tetapi semuanya menemui kegagalan atau jatuh ke tangan pihak Sekutu yang turut menubuhkan stesen cuaca di sana. Misi Jerman yang terakhir dalam per4ng ini adalah menubuhkan sebuah stesen cuaca di Svalbard, operasi ini dikepalai oleh Leftenan Wilhelm Dege – dan misinya dianggap berjaya.
Pada bulan Ogos 1944, Dege dan sepuluh anggota tenter4 Jerman yang lain berjaya dalam misi yang dipanggil Operasi Haudegen, objektif mereka adalah menubuhkan sebuah stesen cuaca di Nordaustlandet, salah satu pulau terpencil dan tidak sesuai didiami manusia di rantau Svalbard.
Kehidupan di stesen cuaca adalah sangat sukar. Bukan sahaja tenter4 perlu berhadapan dengan kemungkinan ser4ngan oleh unit komando Sekutu, tetapi terdapat juga ancaman lain terutamanya alam semula jadi.
Mereka perlu menahan cuaca sejuk maksimum, ais dan salji yang melampau, dengan suhu jatuh ke -40 darjah. Ada ketikanya mereka juga terpaksa bertarung dengan beruang kutub, haiwan pemangsa daratan terbesar di dunia, dan terkenal dengan rekod ser4ngan terhadap manusia.
Selain itu, antara musuh-musuh berbahaya yang lain pula adalah kebosanan, suasana sunyi sepi dan kegelapan dalam cuaca sejuk Artik yang tiada penamatnya.
Meskipun menghadapi ancaman sebegini, tenter4 Jerman menyampaikan maklumat tentang cuaca setiap hari selama setahun sehingga lah pada Mei 1945, mereka menerima isyarat yang memaklumkan kepada mereka tentang penyerahan kalah Jerman. Mereka turut diperintahkan untuk memusnahkan semua dokumen dan laporan cuaca.
Semenjak itu, tidak ada lagi transmisi dan radio mereka tidak lagi mengeluarkan bunyi penerimaan isyarat. Walaupun mereka mempunyai bekalan yang cukup untuk menampung mereka selama dua tahun, mereka berharap mereka tidak perlu bertahan terlalu lama.
Walau bagaimanapun, sudah jelas bahawa mereka telah dilupakan kerana tiada sesiapa pun sama ada dari pihak Sekutu atau Axis yang mendatangi mereka.
Selepas empat bulan, Dege tahu bahawa dia perlu mengambil tindakan drastik untuk memastikan kelangsungan hidup pasukannya.
Dia mula menghantar isyarat kecemasan pada frekuensi radio pihak Sekutu, dengan harapan seseorang akan menerima mesej itu dan datang untuk menyelamatkan mereka sebelum mereka membeku atau dijadikan hidangan beruang kutub.
Satu-satunya alat pengangkutan yang Dege dan orang-orangnya ada ialah sebuah sampan dengan sebatang dayung. Jika tiada pihak luar menyelamatkan mereka, mereka pasti akan m4ti kelaparan.
Mujurlah, salah satu daripada isyarat kecemasan mereka diterima di Norway, lalu sebuah kapal pemburu ikan kecil dihantar ke pulau terpencil itu untuk mengambil mereka.
Apabila kapten kapal Norway itu menjejakkan kaki ke pantai Nordaustlandet, Leftenan Dege menyambut beliau dalam bahasa Inggeris. Kapten itu menunjukkan isyarat bahawa dia tidak faham bahasa Inggeris, maka Dege yang juga merupakan seorang lelaki yang berpendidikan tinggi dan fasih dalam beberapa bahasa, beralih ke bahasa Norway.
Penyerahan diri pasukan tenter4 Jerman terakhir ini berakhir dalam keadaan yang baik. Dege menjemput kapten itu untuk berehat dahulu di dalam stesen cuaca mereka sambil mengisi perut, minum kopi dan schnapp (sejenis arak).
Kapten tersebut bersetuju untuk singgah seketika dan ketika mereka sedang makan, Leftenan Dege meletakkan pist0l Lüger nya di atas meja. Sambil tersenyum, dia menolak pist0lnya kepada kapten Norway itu dan berkata, “Dengan ini, saya menyerah diri.”
Tindakan itu membuat kapten itu terkejut, dan apa yang dapat dia lakukan sebagai tindak balas hanyalah dengan soalan, “Boleh tak saya simpan pist0l ini?”. Kemudian mereka menyiapkan dokumen penyerahan dalam bahasa Norway, yang ditandatangani LeftenanDege.
Selepas itu, pasukan Jerman itu diiring keluar dari pulau tersebut, menjadikan mereka unit tenter4 Jerman yang terakhir menyerah diri pada Per4ng Dunia Kedua.
Kesemua mereka ditahan di Norway selama beberapa bulan sebelum dibenarkan pulang ke Jerman. Sebelas orang askar berkenaan yang telah selamat dari situasi getir dengan bersama-sama berjuang hidup dalam salah satu persekitaran yang paling teruk di muka bumi.
Sejak itu mereka sentiasa mengadakan pertemuan “reunion” di Jerman Timur pada setiap tahun selepas per4ng sehinggalah tercetusnya per4ng Dingin membuatkan perjalanan antara Jerman Timur dan Barat menjadi bahaya. Akhirnya mereka tidak lagi mengadakan perjumpaan sesama mereka.
Wilhelm Dege telah mengarang sebuah buku tentang pengalamannya dalam per4ng dan perjuangan meneruskan hidup di Nordaustlandet, yang berjudul War North Of 80.
Berkenaan tentang stesen cuaca Jerman yang terbengkalai itu pula, ia masih berada di pulau itu dan kadang-kadang digunakan sebagai tempat perlindungan kecemasan sementara bagi mana-mana pengembara yang terper4ngkap dalam cuaca ekstrim di sana.
RUJUKAN:
War History Online
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih