Tengku Kudin merupakan Raja Muda Kedah pada awal abad ke-19. Nama sebenarnya, Tengku Dhiauddin ibni almarhum Sultan Zainul Rashid. Beliau dan Tunku Kudin yang syahid ketika Perang Musuh Bisik ialah orang yang berbeza.

 

Dilahirkan pada 1821, beliau dihantar belajar ke Eropah di usia muda. Ketika beliau berumur 20-an, beliau dah diberi autoriti untuk mentadbir Kayang.

 

Pada 1866, Raja Mahadi lancarkan serangan besar ke atas Lukut. Raja Mahadi ni cucu kepada Sultan Muhammad Shah di Selangor. Tindakan Raja Mahadi mencetuskan Perang Klang.

 

Semasa Perang Klang, pentadbiran Lukut dipegang oleh Raja Abdullah. Raja Mahadi bawa tenteranya yang ramai tu untuk serang Lukut. Raja Abdullah terpaksa berundur.

 

Raja Mahadi tak rasa nak bayar cukai aktiviti perlombongan kepada Sultan Abdul Samad. Sultan Abdul Samad hantar Tengku Kudin pada 1867. Masa tu, Tengku Kudin putera Kedah ni dah kahwin dengan anak Sultan Abdul Samad bernama Tengku Arfah. Sultan Abdul Samad baru 7 tahun jadi sultan Selangor.

 

Kerana perkahwinan yang mengikat Kedah dan Selangor, Tengku Kudin diangkat sebagai Wizurai atau Wakil Yamtuan dan Tengku Kudin diberi kawasan Langat di Selangor.

 

Tindakan ni memunculkan rasa tak puas hati terhadap Tengku Kudin oleh putera-putera Sultan Abdul Samad seperti Raja Musa, Raja Kahar, Raja Yaakob dan juga para pembesar Langat sebab berpandangan beliau tak layak campur tangan dengan hal di Selangor sebab beliau bukannya anak negeri Selangor.

 

Tengku Kudin cuma ikut perintah Sultan Abdul Samad je sebenarnya, apabila beliau diarahkan untuk dapatkan semula Lukut dan tewaskan Raja Mahadi di Klang. Beliau kembali ke Kedah dan dapatkan bantuan ketenteraan.

 

Ahkirnya pada Mac 1870, Tengku Kudin berjaya kuasai Klang. Tengku Kudin berjaya memaju dan membangunkan Klang sehingga dikagumi oleh pihak Inggeris.

 

Pendek cerita, Perang Klang akhirnya berakhir apabila British campur tangan dan letak J.G Davidson sebagai residen Selangor pada 1875. Tengku Kudin masih lagi dikekalkan sebagai pentadbir kawasan di Selangor.

 

Tengku Kudin kemudiannya meletak jawatan sebagai Wakil Yamtuan pada pertengahan tahun 1878 setelah menyedari kuasa dan pengaruhnya semakin berkurangan di Selangor. Tengku Kudin kemudiannya kembali ke Kedah.

 

Sultan Kedah iaitu abangnya, Sultan Ahmad Tajuddin III berang lalu buang gelaran diraja Tengku Kudin dan haramkan beliau pulang semula ke Kedah kerana terlibat dengan Perang Klang. Tengku Kudin menghabiskan riwayatnya di Pulau Pinang hingga mangkat pada 25 Mei 1909.

 

Oleh: Azizul Farhan

 

___

 

Ingatlah kata-kata Hamka wahai umat Melayu yang membaca ini. “Melayu itu ialah mereka yang berfikir, merasa, menangis dan ketawa, tidur dan bangun dalam bahasa Melayu. Kenali identiti jati diri Melayu bersama KITAB TAMADUN MELAYU. Dapatkan segera!

https://bit.ly/40FLVup


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Penggemar sejarah dan budaya. Kini, mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Pengajian Asia Tenggara Universiti Malaya dan graduan Diploma Sejarah dan Tamadun Islam UniSZA. Bercita-cita melanjutkan pelajaran dalam bidang Arkeologi kerana terpengaruh dengan filem Indiana Jones walaupun tahu arkeologi sebenar tak seperti itu.

Leave A Reply