Seorang pekebun Argentina turut mengembala lembu. Nama beliau adalah Juan de Dios Sota. Satu hari beliau membawa lembunya untuk makan rumput sebuah padang terbiar.
Di sini beliau ternampak beberapa bentuk pelik. Maklumlah di sini pernah ada sebatang sungai yang sudah kering.
Tetapi masalahnya, bentuk-bentuk tersebut jauh sekali seperti bangkai kuda atau lembu. Tanpa disangka beliau sebenarnya terjumpa sesuatu yang sudah lama tersembunyi di sebalik timbunan tanah.
Kerana bentuk yang ditemuinya adalah cangkerang daripada zaman prasejarah. Umumnya sungai adalah kiblat biologi. Keliling sungai mesti ada tumbuh-tumbuhan yang menarik perhatian herbivor dan folivor.
Haiwan-haiwan ini kemudian menjadi makanan karnivor. Jika kacau sungai, maka hancurlah alam semulajadi.
Sebaik sahaja jumpa cangkerang, pihak saintis mula ambil alih untuk mengenal pasti jenis haiwan yang tertimbus. Rupa-rupanya di sini ada empat ekor glyptodon.
Buat julung kalinya terjumpa bukan satu – bukan dua – tetapi bangkai empat ekor glyptodon di tempat yang sama. Keempat-empat mereka tumbang ke arah yang sama, seolah-olah sedang berjalan ke arah sesuatu.
Mengenali Glyptodon Yang Pernah Hidup Zaman Dulu
Charles Darwin pernah menemui fosil-fosil keluarga Glyptodon (Keynes, 2001). Walau bagaimanapun, beliau bukan saintis pertama yang berbicara mengenainya.
Satu dekad sebelum penemuan Darwin, nama “Glyptodon” sendiri sudah disebut dalam buku Ossemens Fossiles (Dantas, et al., 2013). Tetapi zaman dulu, bukti fosil sangat berkurangan. Rangka tidak ditemui dalam keadaan penuh – hanya tulang itu ini dengan cangkerang sana sini.
Kalau tengok dalam tangga evolusi pula, Glyptodon ada bau-bau bacang dengan sanak saudara tenggiling (anteater, armadillo dan pampatheres) dan sloth (sloth pokok dan sloth bumi).
Namun dapatan susulan dan bukti saintifik lebih kukuh mengesahkan Glyptodon adalah tenggiling purbakala.
Masalahnya, ia bukan sekadar tenggiling biasa. Beratnya saja dijangka dalam lingkungan 2,000 kilogram dengan panjang 3.3 meter dan tinggi 1.5 meter.
Sekadar bayangan kasar, tengok Perodua Myvi sudah cukup. Mesti boleh bayang betapa besarnya Glyptodon. Tetapi sekadar saiz sajalah boleh dibandingkan. Kalau kelajuan, memang menang pada Myvi.
Kehebatan Glyptodon ada pada ekornya, yang boleh menghayun (Blanco, et al., 2009) dengan kelajuan 12 meter sesaat (43.2 kilometer sejam).
Kemampuan ini menjadi mekanisme pertahanan yang jelas sekali boleh membunuh. Kerana permukaan ekornya sangat kasar dengan tulang keras. Sekali kena, bukan pasti nak lagi. Mesti melayang terus ke rahmatullah.
Kepupusan Glyptodon
Glyptodon mula muncul di Amerika Selatan sekitar 20 juta tahun yang lalu. Sangat lama mereka mendiami bumi bertuah ini.
Apabila benua Amerika Utara bercantum dengan Amerika Selatan melalui jambatan iaitu Amerika Tengah, barulah Glyptodon merebak dan membiak sampai bertebaran di seluruh Amerika. Berjuta tahun mereka tidak tersentuh sampailah manusia pula mendarat di bumi Amerika sekitar 20,000 tahun yang lalu.
Pada awalnya bumi Amerika lengang tanpa manusia. Tetapi manusia menemui suatu jambatan darat (land bridge) yang menghubungkan Alaska dengan Chukotka.
Jadi sekitar 20,000 tahun yang lalu, manusia prasejarah merentasi ke benua Amerika. Mulalah zaman-zaman pahit buat Glyptodon yang tidak mampu bersaing dengan manusia.
Sains mendapati manusia prasejarah menggunakan cangkerangnya untuk berteduh daripada cuaca buruk. Kalau tengok keadaan cangkerang yang ditemui Juan de Dios Sota – boleh faham manfaatnya pada manusia prasejarah.
Kalau anda berminat dengan haiwan-haiwan spesis pra-sejarah seperti ini, kami nak cadangkan buku terbaru kami, TERHEMPASNYA PESAWAT MH747, mengisahkan survivor para penumpang pesawat yang terpaksa berhadapan dengan haiwan pra-sejarah seperti Glyptodon untuk kekal hidup. Beli di: http://bit.ly/TerhempasnyaShopee
RUJUKAN:
Blanco, R., et al. (2009). The sweet spot of a biological hammer: the center of percussion of glyptodont (Mammalia: Xenarthra) tail clubs. Proceedings of the Royal Society B: Biological Sciences. 276 (1675): 3971-3978.
Dantas, M., et al. (2013). About the occurrence of Glyptodon sp. In the Brazilian intertropical region. Quaternary International. 305: 206-208/
Keynes, R. (2001). Charles Darwin’s Beagle Diary. Cambridge University Press. Halaman 106-109.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih