300 km di timur Mumbai, India, wujud satu perkampungan yang dianggap pelik bin ajaib. Di sinilah, penduduk Shani Shingnapur mendakwa jenayah tidak berlaku di kampung mereka walaupun setiap rumah dan bangunan tidak mempunyai pintu!

Mungkin ada menggaru kepala, cuba memahami logik sebegini. Tetapi menurut penduduk Shani Shangnipur, penduduk tidak perlu risau meninggalkan barangan berharga seperti wang tunai dan barang kemas di rumah kerana mereka dilindungi oleh dewa kemarahan dan dendam Hindu, Dewa Shani.

Ingin baca bagaimana Jepun cuba menjajah China dan Korea pada waktu silam? Beli buku terbaru The Patriots Kitab Tamadun Jepun di: http://bit.ly/KitabTamadunJepun

Mana-mana individu yang mahu mencuba nasib mencuri di Shani Shangnipur boleh berbuat demikian. Tetapi jika anda melakukannya, maka bersedialah berdepan dengan kemurkaan Dewa Shani. Disebabkan amaran ini, penduduk kampung mendakwa tiada jenayah dilaporkan dalam tempoh 300 tahun.

Mengikut legenda yang bermula ratusan tahun yang lalu, sebuah bidur batu besar ditemui di tebing sungai yang mengalir di perkampungan berkenaan selepas dilanda hujan lebat dan banjir. Apabila ada individu cuba menyentuhnya, ia mengeluarkan darah sekaligus menakutkan penduduk tempatan.

Tidak lama selepas itu, ketua kampung bermimpi bertemu dengan Dewa Shani dan diberitahu bahawa bidur batu itu juga sebenanrya dewa yang patut dimuliakan. Batu tersebut perlu dikekalkan di kampung itu kerana ia berhasrat untuk melindungi kampung berkenaan. Dewa Shani turut memberitahu bidur batu itu patut diletakkan di tempat terbuka bagi memudahkannya memantau perkampungan berkenaan.

Keesokan harinya, penduduk Shani Shingnapur membawa bidur batu itu ke tempat lebih kering dan meletakkannya di platform tidak berbumbung. Selain itu, mereka juga turut menanggalkan pintu dan kunci pada rumah mereka atas alasan rumah dan perkampungan mereka kini dipantau oleh dewa.

Bidur batu yang didakwa sebagai pelindung kampung Shani Shingnapur. Sumber: Swati Jain/BBC Travel

Sejak itu, wujud pelbagai kisah aneh di Shani Shingnapur. Pada satu ketika, sekumpulan perompak merompak sebuah rumah tetapi gagal keluar kerana merasakan diri mereka bergerak dalam pusingan. Dalam satu kisah lain, seorang penduduk yang tidak percaya dengan kisah itu memasang pintu pada rumahnya. Tidak lama selepas itu, si polan dikatakan mati dalam satu kemalangan jalan raya.

Disebabkan dakwaan ia merupakan tempat tanpa jenayah, ramai orang termasuk pelancong merasa selamat berada di situ. Justeru, tidak hairanlah mengapa ia diadaptasi ke layar perak menerusi filem Surya Putra Shanidev. Reputasi ini juga yang mendorong legenda Bollywood, mendiang Rishi Kapoor untuk melawat Shani Shingnapur beberapa kali semasa hayatnya.

Antara pengunjung terkenal Shani Shingnapur ialah legenda Bollywood, mendiang Rishi Kapoor.

Tetapi jika ditanya hal ini kepada wartawan dan pihak berkuasa tempatan, jawapan mereka mudah: semua itu bohong belaka. Hakikatnya, rompakan dan kecurian kerap berlaku di Shani Shingnapur. Malah, kewujudan sebuah balai polis di situ sudah cukup untuk membuktikan mitos Shani Shingnapur bebas jenayah karut semata-mata.

Di sebalik pelbagai dakwaan jenayah berlaku di situ, pengurusan kuil di kampung berkenaan menafikan ianya berlaku. Malah, mereka mendakwa sesetengah jenayah yang dilaporkan di situ sebenarnya berlaku di luar kampung berkenaan.

Tetapi dakwaan itu dipandang sepi oleh orang luar terutama yang membuka perniagaan di situ. Apabila sebuah bank membuka cawangannya di Shani Shingnapur pada 2011, mereka memasang pintu yang diperbuat daripada Plexiglass dengan kunci elektromagnet kawalan jauh.

Bank tempatan yang dibuka di Shani Shingnapur pada 2011 turut memasang pintu elektronik kerana tidak percaya mitos Shani Shingnapur bebas jenayah. Sumber: Swati Jain/BBC Travel

Sesetengah rumah dan premis perniagaan turut memasang pintu gelangsar yang boleh ditolak ke belakang dinding. Ini bagi menghasilkan ilusi bahawa rumah dan premis-premis ini tidak mempunyai pintu.

Dan paling kelakar, dakwaan tiada jenayah di Shani Shingnapur juga tidak dipercayai oleh pengurusan kuil di situ. Jika tidak, mengapa pengurusan kuil mengunci tabung derma mereka dan mengupah pengawal keselamatan untuk mengawal kawasan kuil? Nyatalah mitos Shani Shingnapur bebas jenayah ini bohong belaka.

Ingin baca mengenai sejarah Islam di India? Beli buku terbaru The Patriots, Mughal: Mutiara Islam Di India di: http://bit.ly/PraTempahMughal

RUJUKAN

Patowray, K. (2016, 9 November). Shani Shingnapur: The Village Without Doors. Amusing Planet.

Sumber gambar: Swati Jain/BBC Travel


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Leave A Reply