Baru-baru ni sempena sambutan Halloween, muncul satu petisyen yang mendesak agar McKamey Manor ditutup dan diharamkan. Setakat kini, sudah seramai 80,000 yang telah menandatangi petisyen tersebut. Menurut pemilik manor tersebut, Russ Mckamey berkata bahawa bantahan itu merupakan perkara biasa bagi dia dan telah menerima banyak ugutan bunuh untuk mendesak dia menutup tempat tersebut. Tetapi apa sebenarnya Mckamey Manor ini dan apa yang tidak kena dengan tempat itu?
Mckamey Manor diasaskan oleh Russ Mckamey kira-kira 30 tahun yang lepas. Penubuhan rumah berhantu Mckamey ini disebabkan oleh minat Russ terhadap konsep rumah berhantu. Datang daripada latar belakang industri teater, Russ merupakan peminat filem dan teater. Oleh itu, Mckamey Manor ditubuhkan dengan konsep rumah berhantu dan sedikit elemen rancangan realiti.
Namun, Mckamey Manor bukanlah seperti rumah hantu biasa yang sering anda kunjungi di taman-taman tema. Mckamey Manor ini merupakan rumah hantu di mana peserta akan ditakut dengan pelbagai s3ksaan yang tidak akan dapat anda bayangkan. S3ksaan bukan sebarang s3ksaan. Peserta akan dis3ksa secara fizikal dan mental. Anda bayangkanlah filem-filem seperti Saw Series, Jigsaw, dan lain-lain. Konsepnya sama tapi tanpa pembunuhan dan s3ksaan exteme seperti pemotongan anggota badan.
Di Mckamey Manor, paling teruk mungkin hanya akan ada tulang yang patah seperti tulang jari. Namun, peserta tidak akan dapat lari daripada darah dan kesakitan. Peserta mungkin akan dipaksa memakan benda yang jijik seperti ulat, cacing, dan telur busuk. Peserta juga akan ditanam hidup-hidup dan pekerja akan cuba melemaskan peserta dengan memasukkan kepala peserta ke dalam bekas berisi air.
Peserta berkemungkinan dipaksa baring di dalam keranda yang gelap dan penuh dengan serangga seperti lipas, lipan, labah-labah dan sebagainya. Dan yakinlah peserta tidak akan dilayan dengan baik sama sekali. Pekerja di sana akan cuba meny3ksa peserta dari segenap posisi. Peserta akan dilayan seperti seekor binatang. Pekerja di situ dengan selambanya akan menarik rambut peserta, mengh3ret peserta dengan kasar, memvkul, dan sebagainya.
Paling tidak masuk akal adalah peserta tidak dibenarkan langsung menyentuh pekerja di sana. Peserta diharamkan daripada cuba menyentuh, memukul, menolak dan sebagainya pekerja di Manor tersebut. Terdapat rekod yang menyatakan peserta yang masuk ke program ini mengalami trauma psikologi yang teruk dan terpaksa mendapatkan khidmat psikologist dalam tempoh yang bertahun-tahun hanya untuk pulih daripada trauma.
Paling memgejutkan adalah semua s3ksaan yang terpaksa dilalui oleh peserta adalah dibenarkan oleh undang-undang. Peserta tidak dibenarkan mengambil tindakan undang-undang terhadap Manor tersebut. Dan jika anda cuba mendapatkan khidmat guaman sekalipun, anda pasti akan kalah di mahkamah. Mengapa program ini dibenarkan?
Semuanya atas dasar sukarela. Ya, semua peserta tersebut sebenarnya tidak dipaksa untuk menyertainya. Program ini hanya akan dijalankan jika terdapat pihak yang secara sukarela meminta untuk menyertai program ini. Sebelum itu, peserta perlu menghubungi pihak Mckamey untuk menyatakan keinginan untuk merasai pengalaman berada di dalam rumah berhantu tersebut. Tetapi, pihak penganjur tidak akan menerima sesiapa sahaja.
Pihak yang memohon mestilah mematuhi beberapa syarat seperti mestilah berumur 21 tahun ke atas, surat pengesahan daripada doktor yang menyatakan peserta bebas daripada sebarang kecacatan mental dan fizikal, akan ditemuduga terlebih dahulu dan perlu menandatangi satu kontrak yang sebanyak 40 muka surat. Kontrak yang ditandatangan yang menyebabkan peserta tidak dapat mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak Mckamey.
Setelah semuanya sudah selesai dan layak, peserta akan dis3ksa sebagaimana dimaklum di atas selama 8 jam. Bukan minit tapi jam. Peserta akan dikurung dalam rumah berhantu itu selama 8 jam dan dis3ksa secara mental dan fizikal. Tetapi apa yang mendorong orang menyumbang diri menyertai program itu. Mungkin untuk merasai pengalaman dis3ksa.
Namun, pihak Mckamey sebenarnya menawarkan 20,000 usd sebagai habuan bagi sesiapa yang berjaya melalui semua pengalaman tersebut tanpa gagal selama 8 jam tersebut. Namun, sehingga kini, tiada seorang pun yang berjaya. Terdapat khabar angin yang menyatakan bahawa memang niat pihak Manor Mckamey untuk memastikan tiada siapa yang mampu lepasi semua s3ksaan tersebut.
Maklumat tambahan: Peserta tidak akan dikenakan sebarang bayaran jika ingin menyertai program ini. Perserta akan perlu menyumbang sedikit makanan anjing sebagai token.
Sanggupkah para pembaca menyertai program ini? Maklumat lanjut boleh didapati di laman web rasmi Mckamey Manor di https://www.mckameymanor.com/.
Rujukan:
- Laman Web rasmi, https://www.mckameymanor.com/
- “Tens of Thousands of People Want to Shut down a ‘Torture Chamber’ Haunted House. Its Owner Says It’s More Popular than Ever.” Google, Google, https://www.google.com/amp/s/amp.insider.com/mckamey-manor-haunted-house-torture-chamber-shutdown-petition-2019-10.
- Taylor. (n.d.). What Actually Happens During A Nightmarish Eight-Hour Stay In McKamey Manor. Retrieved from https://m.ranker.com/list/mckamey-manor-extreme-haunted-house/april-a-taylor
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih