Sekiranya
membicarakan tentang racun haiwan, pasti ramai yang akan teringat tentang ular.
Kebanyakan spesis ular menghasilkan racun untuk memburu mangsa. Bercakap
tentang racun pula, kita kena bezakan dua terma ini. ‘Poison’ dan ‘venom’.
Racun ‘poison’ merujuk kepada racun yang hanya didapati apabila kita memakan
haiwan tersebut seperti katak. Racun ‘venom’ pula ialah bisa yang didapati
apabila kita diserang seperti ular.
Sambung balik
pasal bisa, bisa ular ini fungsinya adalah lebih kepada melumpuhkan atau
mematikan mangsa supaya senang bagi mereka untuk makan. Berbanding katak, bisa
mereka adalah lebih kepada untuk melarikan diri dan tak semestinya racun mereka
itu cukup kuat untuk membunuh.
Bagi
melumpuhkan/membunuh mangsa, ular menggunapakai dua jenis bisa utama dalam
memburu, dan fungsi bisa ini adalah berlainan bergantung pada spesis. Dua jenis
bisa tersebut ialah cytotoxin (racun kepada sel) dan neurotoxin (racun kepada
saraf).
Bagi kes cytotoxin, perkara ini akan menyebabkan kerosakan sel secara besar besaran dan lantas menyebabkan kegagalan sistem badan. Sebagi contoh cytotoxin jenis hemotoxin bertindak dengan merosakkan sel darah merah.
Hal ini akan menyebabkan sel darah bergumpal dan urat darah menjadi tersumbat. Darah tak dapat mengalir dengan elok dan kegagalan sistem berlaku. Antara contoh lain ialah kardiotoxin. Bisa tersebut akan menyebabkan sel otot di jantung gagal mengecut dan mengembang dengan bagus. Hasilnya, jantung akan berdegup dengan tak sekata dan kegagalan jantung.
Bagi kes
neurotoxin, racun tersebut bertindak dengan mengganggu sel saraf daripada
bertindak. Disebabkan sel saraf ini ibarat wayar telefon dan internet bagi
badan, selalunya racun jenis neurotoxin adalah lebih berbahaya kerana ia boleh
mengganggu seluruh sistem badan. Ibarat wayar telefon terputus waktu tengah
perang.
Antara simptom racun tersebut ialah kelumpuhan (toxin jenis dendrotoxin). Racun ini bertindak dengan menghalang isyarat saraf kepada saraf berlaku. Untuk memberi penjelasan yang lebih jelas, bayangkan kita tercucuk jari kita dengan jarum.
Tindak balas normal ialah saraf mengesan stimulus berkenaan, menghantar isyarat kepada otak, isyarat ditafsir sebagai sakit, dan otak akan hantar isyarat untuk alihkan jari melalui isyarat saraf. Apabila toxin ini mengganggu isyarat saraf ke saraf, memang tiadalah tindak balas yang kita boleh buat. Sekarang, bayangkan seluruh sistem kita jadi macam ni. Memang automatik lumpuh atau mati serta merta sebab sistem gagal.
Kalau bisa ular ni
berbahaya, kenapa pemburu menggunakan bisa ular untuk memburu? Tak beracun ke
daging haiwan tersebut? Seperti mana yang aku pernah sebut dahulu, racun ular
ni diperbuat daripada protein. Jadi, kalau korang bakar atau didhkan racun tu,
dia akan jadi tak bahaya. Struktur dia akan jadi macam telur. Asalnya cair,
tapi bila dimasak struktur protein dia berubah menjadi pejal.
Jadi, ya. Secara
teknikalnya, kepala ular tu boleh dimakan kalau dimasak dengan betul. Tapi tu
la, buang tabiat ke apa tiba tiba nak makan kepala ular.
RUJUKAN:
Cardoso, F. C.,
Ferraz, C. R., Arrahman, A., Xie, C., Casewell, N. R., Lewis, R. J., &
Kool, J. (2019). Multifunctional toxins in snake venoms and therapeutic
implications: from pain to hemorrhage and necrosis. Frontiers in
Ecology and Evolution, 7, 218.




No comments yet