Dulu pernah dengar orang kata Yahudi cipta roκoκ untuk menjatuhkan umat Islam di Cordoba. Kononnya terlalu mαbμκ dengan nikmat kesenangan dunia, umat Islam pun tμmpαs pada tangan Ferdinand dan Isabella. Memang selalu sangat orang cakap begitu.

Mungkin inilah asal-usul kenyataan “mereka sudah lama merancang”. Tetapi sebenar-benarnya, ini adalah fitnah kosong yang dibuat terhadap umat Islam dan kaum Yahudi. Reconquista betul-betul menjadi agenda kerajaan antara tahun 1225 hingga 1492. Roκoκ mempunyai sejarah sangat panjang dalam bentuk bersaingan (kena campur sendiri).

Dan pelopor paling awal pula tiada kena mengena langsung dengan Israel… mahupun Timur Tengah.

Roκoκ sebenarnya berasal daripada Amerika Tengah, iaitu zon Mexico.

Kat Mexico, buat cara Mexico.

Terdapat bukti penanaman tembακαμ sejak 1400 S.M. di bumi Mexico (Goodman, 2005). Ilmu mereka dikuasi suku-suku pribumi Amerika yang mengamal secara tradisional.

Ada masanya tembακαμ dihisap sebagai tanda persetujuan dalam apa-apa jua rundingan. Jadi ini harus dijadikan sandaran utama: kaum Yahudi tiada agenda apa-apa di sebalik kejatuhan Sepanyol.

Pendedahan ini menimbulkan persoalan baru. Logik sangat tembακαμ sudah digunakan selama 3,400 tahun. Sampai jadi sebahagian daripada budaya tempatan. Nikmatnya kira sudah lama diketahui.

Tetapi persoalannya, bila manusia mula tahu pasal nikmat tembακαμ? Untuk soalan ini, kena tengok negeri Utah terlebih dahulu. Dulu negeri ini pernah ada sebuah tasik sebesar 10,000 kilometer persegi. Namun suhu terlalu tinggi telah mengganggu imbangan ekosistem kawasan. Dan Great Salt Lake Desert menjadi kering kontang.

Great Salt Lake Desert

Ada petunjuk jelas di sini: “dulu ada tasik”. Kalau dulu ada tasik, maksudnya dulu tempat ini menjadi persinggahan manusia prasejarah. Berpegang pada hipotesis ini, sekumpulan saintis daripada Nevada pergi ke kawasan tasik kering ini untuk mula mengkaji. Dan mereka menemui empat butir biji yang reηtμηg (Duke, 2021).

Mereka membawa pulang untuk kajian makmal, yang mengenal pasti biji ini daripada pokok tembακαμ liar (Bower, 2021). Mereka percaya yang pokok ini tumbuh di sekitar kawasan kaki gunung 13 kilometer dari situ.

Imbasan mikroskop pada biji berkenaan.

Penemuan ini tidak begitu mengejut pada awalnya. Memang budaya di sini mengamalkan aktiviti rekreasi dengan tembακαμ secara berzaman-zaman (Carmody, et al., 2018). Masalahnya empat biji tembακαμ ini dikenal pasti daripada zaman sekurang-kurangnya 12,000 tahun lalu.

Di tapak arkeologi yang sama, mereka terjumpa tulang itik dan peralatan batu. Jadi memang sah: pernah ada manusia di situ… yang menggunakan tembακαμ.

Setakat ini saintis belum mengenal pasti cara mereka guna bahan tersebut. Sama ada mengunyah atau menghisap. Sekitar 2,000 tahun lalu, kelompok prasejarah Arizona terbukti mengunyah tembακαμ (Adams, et al., 2015). Mungkin ini memang zon asap tembακαμ dimana tenang is good. Sebab itu semua kena bawa bertenang kalau dengar apa-apa saja yang berbaur konspirasi.

Dapatan saintifik ini membuktikan dan mengukuhkan bukti bahawa tembακαμ berasal daripada Mexico. Mereka sudahpun mengunyah dan menghisap. Tiada kena mengena langsung dengan kaum Yahudi, yang ketika itu belum wujud lagi.

Kerana bahan tembακαμ paling tua dunia hari ini terbukti berada di Great Salt Lake Desert. Kawasan situ pun penuh dengan kaum pribumi Amerika yang hidup jauh antara satu sama lain. Barangkali satu keluarga boleh miliki sebuah gunung pun. Dan di gunung inilah, mereka jumpa bahan yang memberi nikmat penuh.

RUJUKAN:

Adams, K., et al. (2015). Prehistoric Puebloan yucca (Yucca) quids with wild (ditapiskan) contents: Molecular and morphological evidence from Antelope Cave, northwestern Arizona. Journal of Field Archaeology. 3: 310-324.

Bower, B. (2021, Oktober 11). The earliest evidence of (ditapiskan) use dates to over 12,000 years ago. Science News.

Carmody, S., et al. (2018). Evidence of (ditapiskan) from a Late Archaic (ditapiskan) tube recovered from the Flint River site in southeastern North America. Journal of Archaeological Science. 21: 904-910.

Duke, D., et al. (2021). Earliest evidence for human use of (ditapiskan) in the Pleistocene Americas. Nature.

Goodman, J. (2005). (ditapiskan) In History and Culture: An Encyclopedia. Thomson Gale.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Leave A Reply