Pengkaji sejarah sentiasa percaya kebanyakan orang asli Amerika hari ini berasal dari Jepun kira-kira 15,000 tahun lalu. Kesimpulan itu dibuat berdasarkan penemuan artifak peralatan batu yang hampir sama dengan peralatan batu orang Jomon, kumpulan pemburu-pengumpul hasil yang tinggal di Jepun dari 15,000 hingga 300 SM. Mereka dikatakan berhijrah ke Amerika Utara dengan menggunakan Jambatan Darat Bering sehingga sampai ke pantai barat laut Amerika Utara.

Tetapi satu kajian baru yang diterbitkan dalam jurnal PaleoAmerica mendedahkan orang asli Amerika berkemungkinan bukan berasal daripada orang Jomon. Kesimpulan itu dibuat selepas sekumpulan saintis diketuai oleh Profesor Richard Scott dari Universiti Nevada-Reno menganalisis sampel gigi lama yang ditemui di benua Amerika, Asia dan Pasifik.

Analisis sampel gigi orang asli Amerika mendapati ia tidak mempunyai persamaan dengan orang Jomon. Lebih banyak ujian genetik yang dijalankan turut mengesahkan perkara sama. Profesor Scott menyifatkan keputusan tersebut tidak selari dengan teori arkeologi yang dikemukakan. Ini bukan bermakna mereka menolak teori Jambatan Darat Bering tetapi menolak teori orang asli Amerika merupakan keturunan orang Jomon.

Dengan hanya 7% sampel gigi orang Jomon mempunyai persamaan dengan sampel orang asli Amerika bukan Artik, ini bermakna orang asli Amerika berasal dari lokasi berbeza. Profesor Scott percaya calon yang berkemungkinan lebih menepati profil genetik mereka berasal dari Siberia.

Walaupun mereka bersetuju dengan keputusan kajian, ia masih terhad kepada sampel gigi dan DNA orang Jomon yang berusia kurang daripada 10,000 tahun selepas orang asli Amerika pertama tiba di Amerika. Tetapi mereka melihat ia merupakan proksi sah untuk populasi orang Jomon di Jepun yang wujud 5,000 hingga 6,000 tahun sebelumnya.

Sebagai bukti tambahan kepada pendedahan maklumat baru ini, satu tapak kaki lama dijumpai di bekas tasik lama di Taman Negara White Sands, New Mexico. Kajian pengkaji arkeologi mendapati tapak kaki tersebut berusia antara 23,000 hingga 21,000 SM. Ini sekaligus menunjukkan manusia sudah lama berada di benua Amerika jauh lebih lama daripada apa yang disangka.

Bagi ketua pengkaji Dr Sally Reynolds, ini menunjukkan manusia telah berhijrah lebih awal ke benua Amerika dengan menggunakan Jambatan Darat Bering. Tidak diketahui sama ada tapak kaki ini ada kaitan dengan orang asli Amerika atau tidak. Tetapi yang pasti, ia memu.sn.ahkan terus teori orang Jomon merupakan nenek moyang orang asli Amerika hari ini.

RUJUKAN

Felton, James. (2021, 13 Oktober). Native Americans Are Not Who We Thought They Were, Study Finds. IFLScience.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Leave A Reply