Pada 13 Disember 2025, suasana peperiksaan akhir di Brown University, Providence, Rhode Island bertukar menjadi tragedi. Seorang lelaki bersenjata memasuki Barus & Holley Engineering Building dan melepaskan tembakan di dalam sebuah bilik kuliah yang dipenuhi pelajar.

Dalam kejadian itu, dua pelajar terbunuh dan sembilan yang lain cedera, sebahagiannya parah. Polis mengesahkan lebih 40 das tembakan dilepaskan dalam sebuah tempoh yang singkat sebelum suspek melarikan diri dari kampus.

Mangsa yang terkorban dikenal pasti sebagai Ella Cook dan Mukhammad Aziz Umurzokov. Komuniti universiti berada dalam keadaan ketakutan dan trauma, sementara kampus ditutup serta-merta dan kawalan keselamatan dipertingkatkan.

Namun, siasatan awal menghadapi kesukaran. Rakaman kamera keselamatan tidak memberikan gambaran yang jelas wajah suspek, dan pihak berkuasa tidak mempunyai identiti atau motif yang kukuh dalam tempoh beberapa hari pertama.

Di tengah kebuntuan itu, satu post Reddit mula mendapat perhatian umum. Seorang pengguna hanya dikenali sebagai “John” menulis bahawa dia pernah beberapa kali terserempak dengan seorang lelaki mencurigakan di sekitar kampus sebelum kejadian tembakan tersebut berlaku.

John turut menyebut tentang sebuah kereta Nissan berwarna kelabu dengan nombor plat Florida, maklumat yang belum diketahui umum pada ketika itu. Komuniti Reddit menggesanya supaya segera melaporkan perkara tersebut kepada pihak FBI. Maklumat itu akhirnya diserahkan kepada pihak berkuasa. Polis kemudian mengaitkan keterangan tersebut dengan rakaman kamera jalan raya, sekaligus mempercepatkan proses pengesanan terhadap suspek tersebut.

Menurut Peguam Negara Rhode Island, Peter Neronha, maklumat daripada saksi awam itu merupakan petunjuk penting yang “membuka” arah siasatan. Buat pertama kali, polis mempunyai jejak yang jelas.

Pada 18 Disember 2025, pihak berkuasa mengumumkan suspek, Claudio Manuel Neves Valente, ditemui mati akibat tembakan sendiri di sebuah unit simpanan di New Hampshire. Beliau merupakan bekas pelajar Brown Universiti.

Siasatan juga mengaitkan Valente dengan pembunuhan seorang professor MIT beberapa hari selepas kejadian di Brown, menjadikan kes ini lebih kompleks dan serius.

Tragedi ini mencetuskan perbincangan besar tentang keselamatan kampus, peranan media sosial dalam siasatan jenayah, serta batas etika apabila orang awam berkongsi maklumat sensitif secara terbuka.

Kes Brown Universiti membuktikan bahawa maklumat digital boleh membantu keadilan pada masa yang sama hanya dapat digunakan jika berpandukan dengan fakta dan tanggungjawab yang besar.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami untuk mempopularkan ilmu dan kebenaran kepada masyarakat umum.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham bahawa tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Comments are closed.