Evolusi ular berbeza untuk dibandingkan dengan evolusi manusia. Sekadar pengetahuan, evolusi manusia bersifat eksklusif. Manusia berevolusi daripada manusia, bukannya spesis-spesis lain seperti beruk, mawas atau monyet. Tiga haiwan ini pun berevolusi ikut tetapan semulajadi.

Namun ular menuruti kelainan yang membuatkan mereka serba unik. Ular adalah sebuah himpunan 3,900 spesis yang masih dikaji hingga hari ini. Kalau ikut pemahaman semasa, semua spesis ular ada bau-bau bacang dengan himpunan cicak (Sanchez, 2007).

Beli buku terbaru Patriots di Shopee berkenaan perjuangan Komando 69 Melawan Komunis: http://bit.ly/PertempuranDiHutanShopee

Dalam banyak-banyak ular, kali ini kita berbincang pasal tedung selar (Ophiophagus hannah). Inilah spesis ular berbisα paling panjang dunia dengan purata saiz sekurang-kurangnya 3.18 meter. Biasanya mengandungi bahan cytotoksin dan neurotoxin yang boleh membυηυh manusia dalam masa 15 minit (Carroll, 2010).

Tengok betul-betul ular tedung selar ini. Sekejap lagi kita buat perbandingan….

Dan sekarang kena faham satu benda – tedung selar biasanya tidak akan mendekati manusia melainkan dalam situasi terpencil sahaja. Jika terserempak, jangan sesekali mencαbαr kononnya untuk halau.

Ular biasa pαtυk dan lari – tetapi bukan tedung selar, yang boleh pαtυk dan pegang untuk menghαmbυrkan bisα begitu banyak (Davidson, 2011). Sekadar pengetahuan, tedung selar selalunya makan ular-ular berbisα lain – sekali gus memelihara imbangan alam.

Turutan Evolusi Ular Tedung Selar

Benda paling menarik tentang tedung selar tentu sekali saiz. Selalunya ular saiz besar – anakonda, boa dan sawa – tiada bisα. Takdir semulajadi menganugerahkan bisα luar biasa pada tedung selar.

Untuk memahami punca anugerah ini, saintis cuba menyingkap proses evolusi tedung selar. Dan mereka mendapat jawapan yang jelas: tedung selar merupakan spesis tunggal yang turun daripada empat spesis berbeza.

Bandingkan dengan gambar di atas. Boleh nampak perbezaan fizikal.

Empat spesis ini masih belum diberi nama lagi. Bahan genetik tedung selar menunjukkan persamaan dengan keturunan ular Western Ghats (ular India), Indo-Chinese (ular antara Indonesia dan China), Indo-Malayan (ular antara India dan Malaysia) dan Luzon Island (ular Filipina). Ini yang menakjubkan, kerana empat spesis berbeza menyumbang ke arah spesis ular tedung selar.

Penemuan ini bantu saintis faham banyak benda yang selama ini menjadi persoalan. Begini ceritanya. Sebelum ini, saintis sedar yang “ular tedung selar” (spesis tunggal) hidup dengan cara berbeza mengikut negara. Tedung selar adalah satu-satunya spesis yang menghimpunkan bahan untuk buat sarang.

Tetapi cara “bersarang” didapati berbeza. Sesetengah kawasan, ibu ular akan bertelur dan berαmbυs. Sesetengah kawasan, ibu ular akan tunggu dan mengeram macam burung. Ini yang mengejutkan saintis: spesis sama tetapi kaedah penjagaan berbeza.

“Hai, bro.”

Cara hidup ini akhirnya terjawab selepas saintis menyingkap rahsia evolusi yang disembunyi dalam timbunan genetik ular tedung. Dan pencapaian ini bukan mudah.

Saintis terpaksa masuk hutan begitu dalam untuk cari ular tedung selar. Bertahun-tahun, saintis hanya dapat kumpul 62 sampel ular dibandingkan pula dengan ular-ular yang mαti dilαηggαr (Duke, 2022).

Penggaulan genetik daripada empat menjadi satu ini bukan mudah untuk difahami. Prosesnya tentu sekali memakan masa sangat lama, silap-silap takkan dapat disingkap sepenuhnya pun memandangkan saintis tidak jumpa fosil ular.

Beli buku terbaru Patriots di Shopee berkenaan perjuangan Komando 69 Melawan Komunis: http://bit.ly/PertempuranDiHutanShopee

Namun melalui genetik sahaja, jawapan sudah jelas: empat spesis bergabung menjadi satu. Dan setiap ular tedung selar berpegang pada naluri semulajadi seperti yang ditetapkan.

Ia masih tidak menjelaskan kenapa ular tedung selar terlalu panjang dan besar. Namun satu hari nanti, pengetahuan ini barangkali akan membuka pintu ke arah pemahaman.

RUJUKAN:

Carroll, S. (2010, Oktober 25). How the King Cobra Maintains Its Reign. The New York Times.

Davidson, T. (2011). Immediate First Aid. University of California.

Duke, C. (2022, Mac 23). Surprise! King cobra is actually a royal lineage of 4 species. Live Science.

Sanchez, A. (2007, November 26). Diapsids III: Snakes. Natural History.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Leave A Reply