Pengaruh Hollywood membuatkan kita semua percaya yang hanya Mesir Purba saja ada mumia. Memang betul Mesir Purba ada mumia. Itu tidak dapat dinafikan.

Tetapi banyak tamadun lain pun begitu, setiap satu dengan mumia sama ada diawet secara semulajadi atau melalui proses mumiafikasi. Apabila mumia asyik ditemui, saintis dan sejarawan mula tertanya-tanya: mumia mana paling tua setakat ini?

Mumia Firaun Ramesses II ditemui pada tahun 1881. Ujian pentarikhan radiokarbon mendapati rangka ini berusia sekurang-kurangnya 3,200 tahun.

Beli buku terbaru Patriots di Shopee berkenaan perjuangan Komando 69 Melawan Komunis: http://bit.ly/PertempuranDiHutanShopee

Ujian sama mendapati rangka Tutankhamun berusia 3,300 tahun. Amenhotep I lagi tua, sekitar 3,500 tahun… manakala Otzi the Iceman pula melangkaui 5,300 tahun. Manakala mumia Gua Spirit di Nevada, Amerika Syarikat, memegang rekod iaitu 9,400 tahun.

Kejutan Di Bumi Eropah

Untuk mengelakkan kekeliruan dalam kalangan pembaca, biar saya jelaskan dulu pasal proses mumiafikasi. Mumia Mesir Purba diproses manusia. Kira ada tukang yang mengawet rangka. Mumia Gua Spirit pula diproses secara semulajadi kerana haba dan kegersangan (aridity) dalam ruangan gua (Weston & Pettit, 2018).

Sekadar pengetahuan, DNA mendedahkan rangka Gua Spirit merupakan nenek moyang kaum Fallon Pauite-Shoshone (orang Asli Amerika). Kaum ini kemudian mengheret kerajaan negeri Nevada ke mahkamah dan menang saman untuk mendapatkan balik rangka tersebut untuk tujuan pengebυmian mengikut adat dan tradisi.

Rangka Gua Spirit tidak sama untuk dibandingkan dengan Rangka Lembah Sado. Ceritanya begini. Sekitar 1960-an, kumpulan arkeologi membuat penggalian yang menemui lebih daripada 12 rangka purba. Salah satu rangka didapati terawet kemas seperti mumia.

Pada masa itu, pengkaji seperti Manuel Farinha dos Santos berhipotesis yang rangka ini dimumiakan untuk kemudahan urusan pengebυmian. Barangkali individu tersebut meninggal dunia di tempat lain… dan perlu dibawa ke Lembah Sado atas sebab tertentu. Mungkin ada kena mengena dengan faktor agama.

Gambaran keadaan rangka sebelum ditemui.

Hari ini tisu badan pada rangka-rangka ini sudah repυt tinggal tulang sahaja (Ozdemir, 2022). Bukan lagi mumia. Jadi macam mana saintis moden kaji dan kenal pasti usia rangka?

Merungkai Fakta Daripada Gambar

Manuel Farinha dos Santos mengambil gambar untuk tujuan penyelidikan. Beliau sudah lama meninggal dunia. Dan baru-baru ini, semua gambar rangka ditemui dan menjadi panduan untuk saintis moden. Mereka membina balik tapak pengebυmian kerana tidak berpuas hati tengok Rangka Lembah Sado kelihatan seolah-olah lengan dan kakinya diikat seperti dalam gambar dibawah (Metcalfe, 2022).

Proses menjadi mumia. Bukan diikat pada tiang. Garisan panjang itu adalah tanah.

Berdasarkan kajian tulang dan segala dapatan melalui gambar, saintis moden mengesahkan bahawa Rangka Lembah Sado berusia sekurang-kurangnya 8,000 tahun (Peyroteo-Stjerna, et al., 2022).

Jadi Rangka Lembah Sado adalah mumia buatan manusia paling tua, lebih daripada dua kali ganda untuk dibandingkan dengan firaun-firaun Mesir Purba. Penemuan ini menunjukkan yang mumiafikasi bukan khazanah mutlak milik Tamadun Mesir Purba.

Saintis sekarang akan mencuba nasib tengok dalam arkib sejauh mungkin untuk merungkaikan maklumat daripada persoalan-persoalan berbangkit. Menarik kalau fikir balik – rangka ini ditemui sekitar 1960-an. Selama 60 tahun, ia “menunggu” untuk disahkan sebagai mumia buatan manusia paling tua. Bayangkan benda apa lagi belum diketahui padahal sudah lama ditemui.

Beli buku terbaru Patriots di Shopee berkenaan perjuangan Komando 69 Melawan Komunis: http://bit.ly/PertempuranDiHutanShopee

Apa yang betul-betul menarik perhatian saintis adalah teknik mumiafikasi yang digunakan manusia prasejarah. Terutamanya mengenai asal-usul proses yang serba rumit ini. Sebab selama ini, saintis hanya menemui mumia-mumia tertua tanpa sebarang petunjuk tentang proses ini.

RUJUKAN:

Metcalfe, T. (2022, Mac 14). World’s oldest mummy found in Portugal. Live Science.

Ozdemir, D. (2022, Mac 16). An 8,000-year-old mummy discovered in Portugal is the world’s oldest. Interesting Engineering.

Peyroteo-Stjerna, R., et al. (2022, Mac 3). Mummification in the Mesolithic: New Approaches to Old Photo Documentation Reveal Previously Unknown Mortuary Practices in the Sado Valley, Portugal. Cambridge University Press.

Weston, P., & Pettit, H. (2018, November 8). World’s oldest mummy is finally laid to rest: Native American tribe reburies 10,600-year-old (ditapiskan) after DNA tests prove he is one of their ancestors. Daily Mail.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Leave A Reply