“Misteri sumber Sungai Nil sudah menjadi cabaran selama tiga milenium lamanya.”

Berikut merupakan petikan yang dinukilkan oleh Christopher Ondaatje, menerusinya karyanya Journey to the Source of the Nile (1998) yang membahaskan mengenai asal usul sumber air Sungai Nil. Ada benarnya apa yang diperkatakan oleh Christopher dalam hal ini. Mana tidaknya, persoalan dan misteri mengenai dari mana titik bermulanya deruan air yang ‘menghidupkan’ Sungai Nil ini sudah menjadi misteri buat zaman berzaman. Malahan misteri ini telah mendorong Herodotus yang terkenal dengan gelaran ‘Bapa Sejarah’ untuk ‘turun padang’ bagi merungkai sendiri teka-teki disebalik sumber Sungai Nil, Herodotus mencatat:

“Berkenaan dengan sumber Sungai Nil, saya tidak menemui di antara semua orang yang saya soal, sama ada orang Mesir, Libya mahupun Yunani, bahawa mereka mengaku mempunyai pengetahuan (sumber Sungai Nil), kecuali seorang sahaja. Dia adalah jurutulis yang menyimpan senarai harta suci Athene di kota Sais, dan dia nampaknya tidak bersungguh-sungguh apabila dia berkata bahawa dia mengenali mereka dengan baik.”

Berita baik untuk korang! Buku-buku kami sekarang kami nak bagi diskaun untuk habiskan stok. Ini peluang korang beli di Shopee: https://shopee.com.my/thepatriotsasia

Sedang Herodotus bertungkus lumus menggali jawapan bagi menjawab persoalan ini, beliau bertemu dengan seorang lelaki yang mendakwa bahawa dirinya memiliki jawapan kepada persoalan yang bermain di minda Herodotus itu. Herodotus mencatatkan jawapan yang keluar daripada mulut lelaki itu:

“Antara Syene, yang merupakan sebuah kota di Thebes, dan Elephantine, terdapat dua bukit dengan puncak kon yang tajam; nama yang satu ialah Crophi, dari Mophi yang lain. Di tengah-tengahnya terdapat mata air Sungai Nil, mata air yang adalah mustahil untuk difahami. Separuh daripada air mengalir ke utara ke Mesir, separuh selatan ke Habsyah (Ethipoia).”

Pun begitu, Herodotus dikhabarkan langsung tidak berpuas hati dengan jawapan yang dilontarkan oleh lelaki itu. Dihantui dengan rasa tidak puas hati telah mendorong Herodotus untuk berlayar ke bahagian selatan Sungai Nil yang dipercayai bakal menghadirkan jawapan yang beliau inginkan. Namun, setibanya beliau di Elephatine (Aswan), para penduduk memaklumkan kepada Herodotus bahawa perjalanannya untuk berlayar ke Selatan masih lagi jauh. Setelah mendapat tahu berkenaan jarak yang jauh seperti yang beliau tulis “40 hari berlayar”, Herodotus seolah-olah terduduk mengalah dalam menjawab persoalan berhubung Sungai Nil itu. Akhirya, Herodotus membuat kesimpulan:


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2023 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


“Berkenaan sumber Sungai Nil, tiada sesiapa mampu berikan sebarang penjelasan.”

RUJUKAN:

Herodotus, Sélincourt De Aubrey, & Marincola, J. (2003). In The histories. essay, Penguin Books.

Sanders, N., & Woollams, I. (1983). Journey to the source of the Nile. Sanders Pub.

Armayor, O. K. (1978). Did Herodotus Ever Go to Egypt. Journal of the American Research Center in Egypt, 15, 59–73. https://doi.org/10.2307/40000131

Share.

Historofil yang punyai minat untuk berkongsi hasil dapatannya melalui wadah penulisan. Harapannya cuma satu, menjadi sebahagian daripada penyumbang kepada pembangunan tamadun anak bangsa menuju sebuah keagungan.

Leave A Reply