Korang yang dah khatam Diriliş: Ertuğrul, tau tak ada lagi citer best pasal sejarah Turki? Cuba cari tajuk Alparslan: Büyük Selçuklu. Baru release tahun 2021. Tunggu la nanti, mana tau masuk Netflix atau Astro. Takde lagi alasan untuk tak minat sejarah!

OK nak citer, dalam series ni ada satu watak bernama Nizam al-Mulk. Siapa dia ni? Kalau Alp Arsalan adalah Sultan bagi Kerajaan Seljuk, Nizam al-Mulk (1018) pula ialah perdana menterinya. Dia berkhidmat dari tahun 1064 sehingga 1092 dengan dua orang Sultan iaitu Alp Arsalan (1062-1072) dan puteranya Malik Shah I (1072-1092). Gandingan sultan dan perdana menteri yang kompeten ini dikenang sebagai zaman kegemilangan Empayar Seljuk.



Nama lengkapnya Hasan bin ‘Ali bin Ishaq. Gelaran ‘Nizam al-Mulk’ bermaksud pengatur pemerintahan. Dia lahir pada tahun 1018 di kota Tus, Iran. Ayahnya seorang pegawai kerajaan yang sangat terkenal pada masanya. Oleh karena itu, Nizam al-Mulk tumbuh dalam lingkungan yang sarat dengan ilmu agama dan politik.

Segelintir orientalis mengkritik tabiat Nizam al-Mulk yang membelanjakan bajet besar bagi pendidikan berbanding ketenteraan. Perdana menteri Seljuk ini lebih giat membangunkan madrasah berbanding kubu pertahanan. Apa falsafah di sebaliknya? Ternyata figur penting ini memiliki visi yang jauh. Kestabilan dan kemakmuran sesebuah negara tidak hanya dengan ketajaman pedang, tetapi juga kekuatan akal dan iman. Oleh itu, dia menubuhkan rangkaian Madrasah Nizamiyyah di Nishapur, Baghdad, Balkh, Isfahan, Harat, Marw, Amul Tabaristan, Basrah, ‘Askar Makram dan Mawsil.

Jumpa kami nanti di KLAB2023! Simpan tarikh 23-26 FEBRUARI ya. Jemput ramaikan reruai kami.



Pensyarah di Madrasah Nizamiyyah yang paling popular ialah Hujjatul Islam Imam Abu Hamid Al-Ghazali. Ulama’ besar tasawuf ini berkhidmat di cawangan Baghdad dan berguru dengan Imam al-Juwayni. Selain itu, Abu Ishaq al-Shirazi dan Abu Bakr al-Khujandi turut menjadi muallim. Cawangan Madrasah Nizamiyyah di Nishapur pula memperkenalkan Imam Abd al-Karīm AL-Qusyairi, pengarang kitab tasawuf Risalah Qusyairiah. Graduan lain termasuklah Abu Hafs al-Balkhi, Ibn ‘Asakir, al-‘Imad al-Asfahani.

Alam Melayu ikut menerima tempiasnya. Kitab Bustan as-Salatin (Sheikh Nuruddin ar-Raniri) dan Taj as-Salatin (Bukhari al-Johor) mengambil iktibar daripada karangan Nizam al-Mulk berjudul Siyasat Nameh. Pandangan terkehadapan Nizam al-Mulk masih kita nikmati meskipun setelah kewafatannya.



Di zamannya, fahaman sesat Syiah Batiniah dan Ismailiah sedang melarat di dalam masyarakat Muslim. Khilafah Abbasiah membenteras habis-habisan aliran tersebut. Imam Al-Ghazali menulis kitab Fadha’ih al-Batiniyah bagi mengoyakkan semua pegangan mereka secara ilmiah. Sementara itu, Nizam al-Mulk menulis kitab Siyar al-Mulk yang mengkategorikan Syiah Qaramitah dan Batiniah sebagai sesat lagi menyesatkan.

Angkara dendam kesumat puak Syiah, seorang assassin dihantar oleh Hassan Sabbah dan membunuh Nizam al-Mulk. Tragedi ini terjadi pada 10hb Ramadhan 489 H bersamaan 1092 M. Assassin tersebut menyamar sebagai orang sufi agar dapat mendekatinya sebelum menikam mati Nizam al-Mulk dengan sebilah belati. Kematian mengejut figur penting ini mengakibatkan fasa kemerosotan Kerajaan Bani Seljuk.

Berita baik untuk korang! Buku-buku kami sekarang kami nak bagi diskaun untuk habiskan stok. Ini peluang korang beli di Shopee: https://shopee.com.my/thepatriotsasia

Imam al-Ghazali turut berduka dengan pemergiannya lalu memencilkan diri dalam dunia sufi. Dalam tempoh suluk di Masjid Umawi Damsyik, al-Ghazali berhasil menyiapkan karya besarnya: Ihya Ulumiddin.

Jika tanpa Nizam al-Mulk mungkin umat Islam tidak akan kenal Imam al-Ghazali. Jasanya membiayai tapak pendidikan Madrasah Nizamiyyah telah memantapkan akidah Ahlul Sunnah wal Jamaah serta mazhab Hanafi dan Syafie. Meskipun Daulah Seljuk bubar pada 1194, semangat jihad yang dilaungkan Nizam al-Mulk tidak berakhir malahan disambung oleh Khilafah Turki Uthmaniah.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang Penceramah Bebas dan Guru Al-Quran Tauliah Khas. Aktif memenuhi jemputan kuliah agama di 10 buah masjid dan surau dalam sebulan. Bertugas mengajar kelas tahfiz di Pondok At-Tanzil serta mengajarkan al-Quran kepada orang ramai dalam Kelas Al-Quran Dewasa Kg Kelantan dan Kelas Al-Quran Dewasa TIC Kota Tinggi. Diijazahkan sanad 10 Qiraat Al-Quran termasuklah Riwayat Hafs an Asim dari Mesir. Graduan Diploma Qiraat & Tahfiz Al-Quran, Darul Quran JAKIM. Mahasiswa Sarjana Muda Usuluddin & Falsafah, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Leave A Reply