Zaman sekarang, permohonan maaf adalah sesuatu yang dituntut. Belanda pernah meminta maaf pada Indonesia secara rasmi (Boffey, 2022). Bukan Perdana Menteri jer; Raja turut memohon maaf. Australia sudah meminta maaf pada pada kaum peribumi Tanah Australia (Brennan, 2008). British sampai sekarang tidak minta maaf pada bangsa-bangsa dijajahnya. Mungkin sebab itu tanpa henti kena bala.

Tapi persoalannya, Amerika Syarikat pernah minta maaf tak? Sebelum jawab soalan ini, kena faham dulu: Amerika Syarikat banyak menzalimi rakyat sendiri berbanding negara lain.

  1. Kezaliman Pada Peribumi

Amerika Syarikat tidak berdosa pada warga peribumi pada awal penubuhan negara. Ketika George Washington memimpin mereka keluar daripada belenggu British, warga peribumi sudahpun ‘hilang’ di 13 Koloni tu. Walau bagaimanapun, pemerintahan Andrew Jackson (1829-1837) telah menggerakkan fikrah “American exceptionalism” yang menghalau semua warga peribumi dari kawasan asal mereka.

Lukisan pasal Manifest Destiny – Lady Liberty memimpin kemajuan ke arah Barat. Tengokk macam mana ‘Native Americans’ lari.

Selepas halau, golongan White turun mendirikan negeri Oklahoma. Jadi pada tahun 2009, Kongres Amerika Syarikat bersama-sama memohon maaf pada warga peribumi yang mengiktiraf segala kezaliman diperlakukan pada mereka (Villadsen & Edwards, 2020). Permohonan maaf ini disusuli dengan program bagi mengatasi kemiskinan tegar dan diskriminasi terhadap warga peribumi.

  1. Perhambaan dan Pengasingan

Ini yang paling dahsyat dalam sejarah kezaliman mereka. Kalian kena tahu satu jer. Sejarah yang ditutup kadang mengandungi sisi kezaliman di luar batasan pemikiran manusia. Kerajaan Raja Leopold pernah memotong kaki dan tangan seorang kanak-kanak lima tahun, yang kemudian ‘dipersembah’ pada bapa budak tersebut sebagai hukuman.

Dalam sejarah Amerika, ada kezaliman yang lebih kurang zalim sedemikian rupa. Pukul, belasah dan r-gol adalah perkara biasa selama ratusan tahun sampai satu tahap hamba mula bangun. Maka pada tahun 2009, Senat Amerika Syarikat meluluskan suatu resolusi permohonan maaf atas dasar perhambaan dan pengasingan susulan pemansuhan sistem hamba.

Jumpa kami nanti di KLAB2023! Simpan tarikh 23-26 FEBRUARI ya. Jemput ramaikan reruai kami.

Sampai hari ini warga Black American sengsara sebenarnya, kerana mereka tersisih. Ramai dalam kalangan mereka tidak dibenarkan beli rumah di kawasan-kawasan tertentu (redlining) meskipun ada duit lagi banyak untuk dibandingkan dengan keluarga-keluarga White di kawasan yang dimahukan.

  1. Pemandulan Paksa

Ini adalah salah satu daripada banyak kezaliman dibuat pada Black Americans antaranya. Kezaliman ni berbeza untuk dibandingkan dengan 2.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2023 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Antara 1929 hingga 1974, negeri North Carolina melaksanakan program pemandulan paksa kepada “kelompok rakyat yang tidak layak dapat anak”. Seramai 7,600 wanita dizalimi sedemikian rupa – 5,000 daripadanya adalah warga Black American (Newman, 2018).

Civil rights anti-pemaksaan.

Pada tahun 2020 baru Gabenor North Carolina meluluskan rang undang-undang untuk memohon maaf, disertakan pampasan sebanyak AS$10 juta kepada 630 mangsa yang dikenali (Carmon, 2014).

  1. Kezaliman Pada Jepun

Ini pun satu masalah. Ketika Perang Dunia Kedua, kerajaan Amerika Syarikat dibawah Franklin D. Roosevelt tidak percaya pada bangsa Jepun berwarganegara Amerika Syarikat. Jadi mereka meluluskan undang-undang untuk mengurung 120,000+ warga Jepun dalam kem-kem tahanan.

Notis untuk diangkut.

Executive Order 9066 sebenarnya bersifat perkauman. Memang betul Amerika berperang dengan negara Jepun. Namun Amerika juga berperang dengan negara Jerman dan Itali. Namun bangsa-bangsa Jerman dan Itali (White Americans) masih selamat. Hanya segelintir sahaja dihantar ke kem. Pada tahun 1988 baru Civil Liberties Act ditandatangani, suatu permohonan maaf dan pembayaran pampasan kerana kezaliman teruk pada mereka yang sengsara dalam kem tahanan.

  1. Eksperimen Keji Pada Guatemala

Tiada ayat boleh disusun untuk bercerita pasal kegilaan dibuat Amerika sekitar 1940-an. Kerajaan Amerika Syarikat menjalani eksperimen perubatan, melibatkan rakyat Guatemala. Semua yang masuk dalam program ini disuntik sifilis tanpa izin. Seramai 5,500 orang kena. 700 orang jer terima rawatan.

Tujuannya adalah untuk mengenali simtom dan impak penyakit sifilis. Namun cara mereka seolah-olah menghalalkan matlamat, sesuatu yang sangat zalim kerana semua orang sengsara.  Pada tahun 2010, kerajaan Amerika Syarikat memohon maaf secara rasmi

Yang sedihnya? Semua yang memfailkan saman KALAH. Saman mereka ditendang. Dan TIADA pampasan diluluskan.


Berita baik untuk korang! Buku-buku kami sekarang kami nak bagi diskaun untuk habiskan stok. Ini peluang korang beli di Shopee: https://shopee.com.my/thepatriotsasia

RUJUKAN:

Boffey, D. (2022, Februari 17). Dutch PM apologises for state’s role in abuses in 1940s Indonesian war. The Guardian.

Brennan, F. (2008, Februari 21). The history of apologies down under. Thinking Faith.

Carmon, I. (2014, Jun 27). For eugenic sterilization victims, belated justice. MSN BC.

Newman, C. (2018). Bartering from the Bench: A Tennessee Judge Prevents Reproduction of Social Undesirables; Historic Analysis of Involuntary Sterilization of African American Women. Georgetown Journal of Law & Modern Critical Race Perspectives. 10.

Villadsen, L.S., & Edwards, J.A. (2020). The Rhetoric of Official Apologies: Critical Essays. Rowman & Littlefield. Halaman 111.

 

Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Leave A Reply