Yahudi umumnya ialah etnoagama yang berasal daripada kaum Israil dari Timur Tengah. Tapi identiti Yahudi tak terhad pada satu kaum kerana mana-mana bangsa selain Bani Israil boleh memeluk agama Yahudi.

 

Cumanya, mereka akan melalui beberapa ‘screening process’ yang ketat oleh Rabbi sebelum sah digelar Yahudi.

 

Secara umumnya tak begitu mudah, banyak proses dan penilaian nak kena buat kalau nak tukar ke agama Yahudi melainkan kalau ada pertalian darah dari segi keturunan atau mempunyai hubungan rapat dengan keluarga Yahudi.

 

Sebagai contoh, seorang pelakon drama bersiri ‘The Walking Dead’, Lauren Cohan merupakan seorang Judaism sejak berumur 5 tahun dan beliau dah lalui proses ritual Bat Mitzvah kerana ibunya berkahwin dengan seorang lelaki yang berasal dari keluarga Yahudi.

 

Walaupun asalnya beliau tak mempunyai pertalian darah secara langsung, hubungan dengan bapa tirinya dah cukup untuk diiktiraf sebagai Yahudi. Lauren tukar namanya kepada Lauren Cohan, Cohan/Cohen ialah nama biasa orang Yahudi Eropah Timur.

 

Cumanya untuk Yahudi yang tak mengamalkan agama Yahudi seperti Mark Zuckerberg, beliau tak perlu suruh bini dia masuk Yahudi jugak.

 

Menurut catatan Facebook oleh Zuckerberg, bininya Priscilla Chan ialah seorang penganut Buddha.

 

Yahudi yang tak beragama atau dianggap sebagai Yahudi Sekular dan hanya berbudaya Yahudi (cultural Jews), melainkan mereka memeluk agama lain.

 

Undang-undang Yahudi Ortodoks masih menganggap Yahudi yang tak beragama sebagai Yahudi walaupun telah murtad.

 

Proses asimilasi kebudayaan atau penukaran agama secara paksaan dah berlaku ribuan tahun lalu walaupun ia melanggar peraturan Yahudi pada zaman pertengahan. Tapi atas dasar politik, benda ni diketepikan oleh penguasa Yahudi ketika itu.

 

Oleh: Azizul Farhan

 

___

 

Alasan Yahudi buat macam ni sebenarnya nak jaga kesucian agama Yahudi tu sendiri. Ni baru sikit, jom sama-sama selam lebih dalam bersama KITAB TAMADUN YAHUDI! Dapatkan Segera!

https://bit.ly/3MkDT6b


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Penggemar sejarah dan budaya. Kini, mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Pengajian Asia Tenggara Universiti Malaya dan graduan Diploma Sejarah dan Tamadun Islam UniSZA. Bercita-cita melanjutkan pelajaran dalam bidang Arkeologi kerana terpengaruh dengan filem Indiana Jones walaupun tahu arkeologi sebenar tak seperti itu.

Leave A Reply