Kalau kita tengok kat langit malam, mesti korang perasan ada bintang yang lebih menyinar dari bintang-bintang lain. Bintang yang paling sinar itu ialah bintang Sirius, atau dikenali dalam kalangan saintis sebagai Alpha Canis Major.

 

Bintang Sirius atau Sirius A ialah bintang terdekat dengan Sistem Suria dengan sejauh 8.6 tahun cahaya. Saiz bintang ini dua kali ganda dari saiz Matahari dan mempunyai ‘kembarnya’ bernama Sirius B.

 

 

Bintang yang terletak di buruj Canis Major ini mempunyai sejarah yang panjang dengan manusia. Pada zaman tamadun Mesir Purba, bintang Sirius menjadi rujukan untuk menentukan bilakah banjir tahunan akan berlaku di Sungai Nil. Mereka menyembah bintang itu dan percaya ia adalah dewi Sopdet, iaitu dewi kesuburan tanah.

 

Bagi masyarakat Yunani pula, kehadiran bintang Sirius menandakan musim panas akan berlaku. Mereka percaya kehadiran bintang ini menyebabkan tanaman-tanaman layu, lelaki tidak berdaya, dan wanita semakin kuat terangsang.

 

Bagi orang Polynesia, mereka jadikan bintang Sirius sebagai rujukan dalam pelayaran mereka di Lautan Pasifik. Mereka mempunyai buruj sendiri bagi menempatkan bintang ini iaitu buruj ‘Great Bird’ atau Manu.

 

 

Berbeza dengan orang Maori yang menetap di Hemisfera Selatan, kehadiran bintang Sirius menunjukkan musim sejuk bakal tiba. Jadi, mereka kena bersiap sedia jika terlihat bintang Sirius di langit malam.

 

Masyarakat Arab juga ada sejarahnya dengan bintang Sirius. Sebelum kedatangan Islam, orang Arab menyembah bintang tersebut dan memanggil dengan nama Mirzam Al-Jawza’. Sejak Islam tiba, tidak ada lagi penyembahan bintang Sirius kerana ketegasan Allah SWT sebagai tuan kepada bintang ini dalam surah An-Najm.

 

Sekarang, bintang Sirius setakat bintang yang paling bersinar, walaupun menjadi rujukan utama untuk mengenali buruj Major Canis. Tapi, ada pentaksub teori Angkasawan Kuno (Ancient Astronaut) yang percaya bintang Sirius ialah tempat tinggal makhluk asing yang telah lama berhubung dengan nenek moyang kita. Haih, pening kepala…

 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang ulat buku dan pejuang alam sekitar. Penulis yang rajin tulis tentang flora dan fauna serta sejarah dunia. Dan tak terkecuali peminat Fate.

Leave A Reply