Sekarang anda sedang korek lubang hidung kan? Jangan tipulah, mesti anda tidak lari dari mengorek lubang hidung sendiri walaupun setakat menggaru di bahagian luar lubang. Sebenarnya, tabiat mengorek lubang hidung memang menyeluruh. Dalam erti kata lain, setiap manusia tidak lari dari gerakkan jari untuk ‘melombong emas’ dalam hidung, tidak kiralah anda bersama keluarga atau pasangan cinta anda sendiri. Ia seolah-olah menjadi tabiat kebiasaan tanpa kita sedar walaupun generasi demi generasi telah ke hadapan.
Walaupun tabiat mengorek ini menimbulkan ‘syok’ menggaru dan juga dapat bersihkan lubang hidung dari segala kekotoran a.k.a tahi hidung, tetapi tabiat ini atau dipanggil dengan nama ‘rhinotillexomania’ mengundang bahaya yang kita tidak dapat lihat di hadapan mata. Apakah bahayanya mengorek lubang hidung ini? Sebelum anda teruskan mengorek, mari kita baca apakah bahaya mengamalkan tabiat ini.
‘Tahi Hidung’ Yang Berbahaya
Setiap hari, kita bernafas sebanyak 22,000 kali putaran. Untuk mendapatkan udara yang segar dan bebas dari segala bendasing, bendalir bernama hingus diperlukan untuk menapisnya. Hingus dihasilkan oleh sel di dinding lubang hidung bernama sel goblet. Walaupun hingus nampak menjijikan kerana bentuk cecairnya yang melekat, namun ia adalah ‘pengawal’ yang paling hadapan dalam mempertahankan tubuh dari segala penyakit dari udara.
Hingus berupaya memerangkap bendasing yang hadir dari udara yang kita sedut. Bendasing yang biasa hingus perangkapkan ialah debu, zarah-zarah yang berbahaya seperti debunga dan habuk kayu, dan juga bakteria serta virus. Dalam kandunga hingus terdapat beberapa jenis mikrob yang tugasnya melawan bendasing yang telah hingus perangkapkan. Setelah bendasing-bendasing ini dicerna atau terperangkap sepenuhnya, hingus akan mengeras dan terbentuknya ‘tahi hidung’ yang kita kenal.
Hingus yang memerangkap bendasing dalam hidung juga akan masuk ke dalam kerongkong, kemudian secara tidak sengaja kita tertelannya. Perkara ini tidak menjadi isu besar namun berbahaya jika kita menelan hingus sebegini. Bendasing yang terperangkap akan bebas dalam tubuh badan terutamanya paru-paru, kemudian menyebabkan penyakit berkait dengan sistem pernafasan terjadi.
Jadi, jika ada dalam kalangan kita ada tabiat menghidu dan menelan ‘tahi hidung’, bertaubatlah sebelum mengalami masalah pernafasan. Sebab inilah kita harus membuang hingus dari hidung walaupun kita tidak alami selsema dan kurangkan menelan air liur.
Risiko ‘Melombong Emas’ Dalam Hidung
Jika kita mahukan hingus keluar dari badan, mengapa mengorek lubang hidung berbahaya?
Memang tabiat mengorek ini sudah sebati dalam kehidupan seharian kita, namun yang berbahayanya dalam melakukan tabiat ini adalah jari kita sendiri. Jari, tangan, dan seluruh kulit manusia membawa sejenis mikrob (atau kita penggil sebagai kuman) bernama Golden Staph, atau nama saintifiknya ialah Staphylococcus aureus.
Mikrob Golden Staph sentiasa hadir di atas permukaan kulit manusia, lebih-lebih lagi jika kulit tersebut tidak dibersihkan, lagi tinggi populasi kuman ini. Apabila kita melakukan tabiat mengorek lubang hidung, jari kita secara tak sedar menjadi pembawa Golden Staph atau gelaran begi pembawa ini ialah ‘nasal carriage’.
Jika berlaku pendarahan apabila mengorek, Golden Staph akan menjangkiti luka dalam lubang hidung, kemudian individu yang melakukan tabiat mengorek mengalami jangkitan berbahaya, paling teruk individu tersebut mengalami jangkitan pneumonia iaitu jangkitan kuman terhadap paru-paru.
Tidak ada lagi sebarang antibiotik yang mampu mencegah jangkitan oleh Golden Staph ini. Apa yang boleh kita lakukan ialah kurangkan kekerapan tabiat mengorek lubang hidung. Jika boleh elakkan mengorek begitu kasar yang mampu cederakan dinding lubang hidung.
Kesimpulannya, kita haruslah menjaga kesihatan sebaiknya jika melakukan tabiat mengorek lubang hidung ini. Tabiat ini amat universal, kita semua tidak lari dari tidak mengorek lubang hidung. Jika berhasil ‘melombong emas’, buanglah ‘emas’ tersebut dengan membasuh tangan dan mengelapnya dengan tisu. Jangan sekali-kali tempelkan ‘emas’ anda di sekeliling dan tidak sama sekali memakannya. Nak badan anda sihat dari ‘ancaman’ mengorek lubang hidung, koreklah secara bersih.
Kalau anda berminat dengan artikel sains seperti ini, kami nak cadangkan pembelian judul BIOLOGIA. Jemput beli di Shopee kami: https://shopee.com.my/thepatriotsasia
RUJUKAN:
Mark Patrick Taylor et al. 14 July 2022. Scientists Weigh in – Yes, Nosepicking Is Just as Gross as You Think. Science Alert.
Heiman F. L. Wertheim , Menno van Kleef , Margreet C. Vos , Alewijn Ott , Henri A. Verbrugh and Wytske Fokkens. 21 June 2016. Nose Picking and Nasal Carriage of Staphylococcus aureus. Cambridge University Press.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih