Orang ramai sekarang sedang mendidih pasal isu Ezzat Tahir. Bagi yang tertinggal bas, isu ini ada kena mengena dengan siasatan melibatkan seorang penceramah bebas bersama remaja perempuan 14 tahun. Pertama sekali, kes tersebut masih lagi dalam siasatan. Jadi kita tidak berhak untuk menjatuhi hukuman lagi. Namun kes Ezzat lain. Dia berpaling arus dengan hantaran (post) sangat menjelekkan.

Tidak faham logik di sebalik kemungkinan dangkal tersebut. Tetapi tidak cukup dengan hantaran, ada pula komen-komen sebegini.

Jijik. Itu saja yang boleh cakap. Sampai pihak Tukang Apa Hari Ini dan Suami Masak Apa Hari Ini ambil tindakan gugurkan keahliannya. Tetapi satu sajalah – boleh berpinar mata tengok macam mana umat Islam Malaysia bersatu hati demi memelihara maruah wanita, terutamanya anak-anak gadis bawah umur. Makin ramai faham istilah sebenar di sebalik perkataan “rogol” itu sendiri.

Tetapi umumnya, bukan Ezzat saja yang berpendirian sebegitu jijik. Ramai lagi sebenarnya, tanpa mengira agama, bangsa dan jantina.

 

Puak ini sebenarnya berani berkata sedemikian kerana boleh selindung di sebalik skrin masing-masing. Kalau tengok semua komen, kita boleh rumuskan dengan dua patah perkataan saja: rape culture. Perbuatan ini sudah berlegar lama di dunia, yakni sebelum zaman 1960-an lagi terutamanya di Amerika Syarikat. Rape culture berlaku dalam bentuk rantaian:

  • Mangsa rogol dipersalah.
  • Objektifikasi jantina.
  • Meremehkan kes rogol.
  • Enggan mengakui impak yang berpunca daripada rogol

Buat satu aspek di atas, pasti akan buat aspek-aspek lain. Hayati komen-komen jijik yang dilayarkan dalam rencana ini. Lihat macam mana mangsa rogol dipersalah. Lihat macam mana jantina mangsa dijadikan pucuk perbincangan (discussion objective). Lihat juga bagaimana kes ini diremehkan.

Apabila kes sendiri diremehkan, takkan impaknya akan diperakui. Cuma itulah, kalau jadi pada anak sendiri, baru ada akal.

Mungkin ada yang fikir – kalau betul kena rogol, kenapa tunggu sampai berkali-kali? Soalan ini akan ditanya orang yang tidak banyak membaca. Apabila rogol menjadi topik larangan (taboo), kes-kes terjadi boleh berulang (Davis, et al., 2006). Fenomena ini tidak pelik langsung. Tengok saja apa pentadbiran Barack Obama buat pada institusi pendidikan. Beliau melengkapkan segala keperluan supaya “kes serangan seksual tidak berulang” (Gibson, 2018).

3 buku terbaru kami untuk PBAKL dah pun mula dijual di Shopee, ayuh segera dapatkan di: https://shopee.com.my/thepatriotsasia

Blok Barat sudah celik bab ini. Mereka memperakui potensi keberulangan dengan definisi “revictimization”. Malah konteks ini diluaskan sampai libatkan jenayah-jenayah lain. Kalau betul kes rogol berulang itu tandanya suka sama suka, macam mana pula kalau kes rompakan yang berlaku secara berulangan? Memang asas apabila sebuah kedai dirompak, pihak media takkan laporkan lokasi secara tepat. Kerana kedai yang pernah dirompak berdepan risiko untuk dirompak lagi (Mohammed, 2015). Takkan suka sama suka dirompak pula?

Pihak CDC mengumpulkan segala dapatan jenayah rogol. Mereka menemui bukti kukuh tentang mangsa rogol. Kes berulang berlaku dua kali ganda berbanding kes pertama. Ertinya, bagi setiap 15 mangsa rogol, lima adalah mangsa pertama. 10 pula kes berulang. Bayangkan. Ini bukan kebodohan suka sama suka. Jauh sekali. Ini memang gejala kronik yang menghantui setiap negara, yang mana mangsa rogol boleh dirogol beberapa kali berbeza waktu.

Kami juga ada karya-karya fiksyen khas untuk para peminat pelbagai genre. – https://shopee.com.my/thepatriotsasia

Itu baru kes berulang. Belum lagi bicara pasal paras umur. Semua kena buka minda sikit. Aktiviti syahwat ada garisan umur. Kes melibatkan warga bawah umur akan diisytihar rogol. Ada yang cakap, ini peraturan kafir… kononnya Islam letakkan “usia dewasa” pada dasar akil baligh (bagi perempuan, haid). Pandai betul. Guna agama untuk mewajarkan deruman nafsu.

Kalian ingin cakap kalian lebih Islam berbanding kerajaan sekarang? Baik. Macam mana pula jika banding dengan kerajaan Uthmaniyah? Undang-undang syariah negara diwarisi daripada leluhur Uthmaniyah sebenarnya. Para ulama Uthmaniyah bersidang dan mendapati “umur haid” sudah tidak lagi berpadanan dengan zaman bagi menentukan kedewasaan wanita. Maka lantas had umur dinaikkan ke 16 tahun. Maka kalian ingin berbicara Islam kalian lebih tulen daripada kerajaan Uthmaniyah?

Mimpi.


Kami menawarkan pelbagai genre dan jenis buku kepada kalian semua. Buku-buku kami boleh dibeli melalui pautan berikut: https://shopee.com.my/thepatriotsasia

Ada banyak buku-buku menarik yang menanti anda di https://shopee.com.my/thepatriotsasia

RUJUKAN:

Davis, et al. (2006). Reducing sexual revictimization: A field test with an urban sample. DOJ.

Gibson, E. (2018). Feminasty: The Complicated Woman’s Guide to Surviving the Patriarchy Without Drinking Herself to Death. Hachette.

Mohammed, F. (2015, Ogos 4). The Repetition Compulsion: Why Rape Victims are more likely to be assaulted again. Girls Globe.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Leave A Reply