Baru-baru ini saintis China berjaya mencari jalan untuk menghasilkan banyak susu lembu dari mengharapkan pengeluaran susu dari lembu import. Penyelesaian ini juga mampu menjadikan China sebagai pengeluar susu lembu terbanyak mengalahkan Amerika Syarikat (AS)! Apakah penyelesaian tersebut?
Jawapannya ialah saintis China ‘melahirkan’ 3 ekor klon lembu betina yang digelar sebagai ‘super cow’. Ketiga-tiga klon lembu ini dilahirkan di wilayah Ningxia pada musim Tahun Baru Cina bulan lepas, lebih tepat ialah 23 Januari 2023. Ketiga-tiga klon lembu ini adalah hasil pembiakan oleh kumpulan saintis dari Nortwest University of Agricultural and Foresty Science and Technology, Ningxia, China.
Tiga klon lembu betina ini dibiak dari baka Holstein Friesian yang berasal dari Belanda. Yang menakjubkan, ketiga-tiga ekor klon lembu betina hasilkan 18 tan susu dalam setahun. Jumlah susu ini melebihi jumlah penghasilkan susu lembu di AS bagi seekor lembu pada tahun 2021 yang pengeluarannya hanya maksimum 0.9 tan saja!
Menurut berita dari Technology Daily,kumpulan saintis Ningxia telah menghasilkan klon embrio sebanyak 150 buah yang menggunakan sel telinga lembu, kemudian menanamkan klon embrio ini ke dalam ibu tumpang lembu.
Jin Yaping ialah ketua saintis yang bertanggungjawab dalam projek mengklonkan lembu ini. Beliau menyatakan bahawa hanya 5 dari 100,000 ekor lembu di China mampu menghasilkan 100 tan susu dalam sepanjang hayat. Lembu-lembu ini mempunyai peluang besar untuk membiak bagi hasilkan generasi lembu yang hasilkan banyak susu, tapi masalahnya ialah spesis lembu ini tidak dapat dinyatakan sehingga akhir hayatnya. Kesukaran mengenalpasti lembu ini menyukarkan Jin untuk menjayakan projeknya.
Tapi, dengan menggunakan baka Holstein Friesian ini, Jin mampu menghasilkan baka baru yang terdiri dari klon-klon lembu betina yang beliau panggil dengan nama ‘super cow’. Dengan penghasilkan klon ini, China mampu menghasilkan banyak susu lembu sendiri dan mengurangkan pengharapan bekalan susu dari luar negara.
Projek Jin akan datang ialah menghasilkan elon lembu betina sehingga 1,000 ekor. Projek ini memakan masa selama 2 atau 3 tahun, mengharap China mampu ‘berdiri sendiri’ mendapatkan bekalan susu. Sebenarnya, projek pengklonan haiwan bukanlah pertama kali saintis China lakukan. Beberapa tahun lepas mereka banyak lakukan projek sebegini.
Salah satunya ialah pada tahun 2022, syarikat pengklonan haiwan telah berjaya ‘melahirkan’ klon musang Artik pertama dunia. Syarikat dari Beijing bernama Sinogene Biotechnology berjaya menghasilkan klon musang Artik bernama ‘Maya’. Klon ini berasal dari musang artik yang juga bernama Maya tapi telah mati pada usia 16 tahun di zoo terletak di utara China. Jadi, klon musang ini ialah ‘Maya baru’.
Pada tahun 2017, saintis China berjaya menghasilkan klon anak lembu yang bertahan dari penyakit bovine tuberculosis, sejenis jangkitan paru-paru yang mudah menjangkiti anak lembu. Sekumpulan saintis dari Veterinary Medicine, Northwest A&F University in Shaanxi menggunakan alat pengubahsuaian genetik untuk mengubah DNA anak lembu dan keputusannya menunjukkan anak lembu yang diklon mampu bertahan dari jangkitan bakteria bernama Mycobacterium bovis.
Kejayaan penghasilkan klon-klon haiwan di China ini menunjukkan China bakal menjadi sebuah negara yang berupaya menyelamatkan spesis-spesis haiwan atau tumbuhan yang mengalami kepupusan. Tambahan lagi, pengklonan haiwan ini menjadi kelebihan China dalam menaikkan ekonomi negara seperti penghasilan susu dan penemuan penawar menentang penyakit berbahaya yang telah lama menjangkiti haiwan-haiwan ternakan.
______
Kalau korang nak fakta-fakta sains menarik macam ni, jom dapatkan BIOLOGIA kami ni! Buku ni sebenarnya menerangkan pada korang banyak benda pasal alam kehidupan. Link Shopee: https://bit.ly/biologiashopee
RUJUKAN:
Nectar Gan. China says it successfully cloned 3 highly productive ‘super cows’. CNN. Published on 1 February 2023.
Chinese scientists clone ‘world’s first’ Arctic wolf. CGTN. Published on 11 October 2022.
Helen Briggs. ‘Tuberculosis-resistant’ cattle developed in China. BBC News. Published on 1 February 2017.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih