Baru-baru ini ada yang mendakwa gempa bumi yang terjadi di Turki dilakukan oleh Amerika Syarikat melalui HAARP. Katanya itu sebagai balasan kepada Turki kerana tidak menerima keahlian Sweden dalam North Atlantic Treaty Organization (NATO). Untuk pengetahuan semua, setiap ahli anggota NATO perlu bersetuju andai ada negara yang mahu menyertai gabungan tersebut. Kalau ada negara yang tak bersetuju biarpun hanya 1 sahaja, NATO tak akan terima. Inilah yang dijadikan sebab untuk Amerika Syarikat menggunakan HAARP ke atas Turki.

Walau bagaimanapun dakwaan ini disangkal oleh profesor fizik gunaan di Harvard School of Engineering and Applied Sciences iaitu David Keith. Beliau menjelaskan tiada mekanisme yang diketahui untuk apa-apa dari jauh seperti HAARP untuk memberi kesan kepada gempa bumi.

Malah profesor fizik persekitaran angkasa lepas di Universiti Reading iaitu Michael Lockwood berkata dakwaan ini muncul berpunca daripada program yang pada mulanya menggunakan gelombang radio untuk berkomunikasi dengan kapal selam.

Kalau HAARP ni bukan punca gempa bumi dan sebagai senjata, apa fungsi benda ni?

HAARP merupakan satu program yang dibiayai secara bersama oleh Tentera Laut Amerika Syarikat (US Navy), Tentera Udara Amerika Syarikat (USAF), University of Alaska Fairbanks (UAF) dan Defense Advanced Research Projects Agency (DARPA). Projek ini bertujuan untuk menghantar gelombang radio untuk memanaskan elektron dalam ionosfera, lapisan atas atmosfera Bumi, untuk mengkaji kesannya terhadap sistem komunikasi.

Macam mana HAARP boleh dibangunkan?

Berita baik untuk korang! Buku-buku kami sekarang kami nak bagi diskaun untuk habiskan stok. Ini peluang korang beli di Shopee: https://shopee.com.my/thepatriotsasia

Menjelang 1993, pembangunan projek HAARP telah mendapatkan kebenaran Amerika Syarikat melalui usaha senator Alaska iaitu Ted Stevens. Setelah siap, HAARP dikatakan mampu memancarkan gelombang radio sebanyak 3.6 megawatt tanpa henti. Untuk kesan gelombang daripada HAARP ni senang je, boleh gunakan radar UHF & VHF.

Kepada pentaksub teori konspirasi sekalian, korang boleh gunakan radar UHF & VHF untuk mengesan gelombang HAARP di sekitar rumah korang. Kalau ada tu memang betul korang sedang berada dalam sasaran. Tapi tak perlu buat pun sebab korang tak ada kepentingan untuk mereka. 

Kehadiran HAARP ini akan dapat membantu memperbaiki sistem komunikasi kapal selam. Paling penting sekali adalah HAARP boleh mengesan bunker-bunker tersembunyi yang berada di seluruh dunia. Bermakna makin mudahlah untuk kita menangkap golongan militan dan pemberontak. Masalahnya gelombang HAARP ni tak boleh cover satu dunia. Kalau nak pakai juga, kena pasti HAARP boleh bergerak dengan fleksibel.

Selain itu, HAARP juga digunakan untuk mengkaji ciri-ciri ionosfera, memerhati struktur aurora dan mendokumentasikan kepelbagaian lapisan ozon. Jadi jelaskan dekat sini, HAARP bukan dicipta untuk dijadikan senjata.

Tapi kenapa masa tahun 2013, HAARP ditutup secara tiba-tiba? Mesti ada kerang di sebalik kuey teow. Mungkin deme tengah upgrade HAARP agar menjadi lebih berkuasa. 

Sebenarnya HAARP ditutup sekejap sebab nak cari kontraktor yang boleh menguruskan projek itu. Masalahnya tak ada siapa yang nak urus sehingga USAF ambil keputusan untuk tutup HAARP. Saintis memang tak puas hati sebab penat-penat je hasilkan teknologi sehebat itu tetapi ditutup juga akhirnya. HAARP bernasib baik apabila UAF mula mengambil alih dan projek tersebut terus berjalan sehingga ke hari ini.

Lepas ni jangan sangka buruk kepada projek HAARP sebagai cara Amerika Syarikat nak serang negara lain. Sebab daripada serang negara lain, lebih baik deme gunakan HAARP untuk lawan hurricane dan blizzard. Kalau itu pun tak mampu nak selesaikan, jangan harap HAARP ni mampu beri kesan dekat negara lain.

Kepada yang berdegil juga nak cakap HAARP punca gempa bumi di Turki, pastikan diri korang tu ada sifat simpati dan empati. Wakti-waktu sukar sebegini bukanlah masa untuk korang berteori konspirasi sehingga tidak menghormati mangsa.

 

Rujukan

AFP. (2023, Februari 18). HAARP tidak mungkin jadi punca gempa bumi Turkiye-Syria. Harian Metro. Dipetik daripada https://www.hmetro.com.my/global/eropah/2023/02/937372/haarp-tidak-mungkin-jadi-punca-gempa-bumi-turkiye-syria

Geophysical Institute(n.d) University of Alaska Fairbanks. HAARP. https://www.gi.alaska.edu/haarp

LaCapria, Kim. (2017). Snopes.com. FACT CHECK: Didi Prof Michio Kaku Say HAARP Caused Irma and Harvey? https://www.snopes.com/fact-check/did-prof-michio-kaku-say-haarp-caused-irma-and-harvey/

Pedersen, Todd. (2015). PhysicsToday. HAARP, the most powerful ionosphere heater on Earth. https://physicstoday.scitation.org/doi/full/10.1063/PT.3.3032


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang marhaen dari UITM Puncak Perdana yang meminati sejarah, sastera, falsafah, sukan, muzik dan ekonomi. Mata pena lebih tajam daripada mata keris dan menulis sekadar untuk meluah rasa jiwa sahaja.

Leave A Reply