Pertem.puran Xiangyang merupakan siri pertem.puran yang berlanjutan antara tentera Mongol dari Dinasti Yuan dan Dinasti Song Selatan di China antara tahun 1267 hingga 1273. Pertem.puran ini menjadi satu kemenangan yang penting bagi Empayar Mongol dan menamatkan kempen defensif selama 30 tahun yang dilancarkan oleh dinasti Song, lalu membenarkan Mongol untuk mara ke kawasan tengah China.
Penak.lukan terhadap Xiangyang juga membolehkan tentera Mongol menguasai sungai Han dan Yangtze, sekali gus merampas dua halangan semula jadi yang dimanfaatkan Dinasti Song sebelum itu. Kekalahan ini memus.nahkan Dinasti Song, yang tumbang sepenuhnya beberapa tahun kemudian dalam Pertem.puran Yamen.
Peristiwa ini terdiri daripada pertem.puran, se.rangan darat, dan pengepungan kubu-kota berkembar Fancheng dan Xiangyang di Hubei moden, China. Lu Wenhuan, ketua komander Dinasti Song Selatan, menyerah kalah kepada Kublai Khan pada tahun 1273.
Penggunaan tentera berkuda Mongol secara konvensional terhalang oleh kawasan berhutan tebal dan dipenuhi dengan pos pertahanan tentera Song. Sen.jata api dan meriam buatan China telah digunakan oleh tentera Mongol dalam pengepungan yang berjaya di Fancheng selepas menawan pos-pos dan pasukan tentera sokongan Song dari Sichuan dan Yuezhou, yang berjaya menerobos kepungan tetapi akhirnya dikalahkan.
Dalam pertem.puran ini, penggunaan manjanik pengimbang (counterweight trebuchet) oleh tentera Mongol terbukti amat berkesan. Tapi dari mana mereka memperoleh jentera pengepungan yang canggih ini?
“Reka bentuk manjanik berasal dari negara-negara Islam, dan ia lebih kuat dan kukuh berbanding manjanik biasa. Bagi manjanik yang terbesar, kerangka kayu itu berdiri di atas lubang di dalam tanah. Pelancarnya berdiameter beberapa kaki, dan apabila lontarannya dilancarkan, gegarannya menghasilkan lubang sedalam tiga atau empat kaki. Apabila unit artileri ingin melancarkan tem.bakan jarak jauh, mereka menambahkan berat beban terhadap pengimbang dan menariknya lebih jauh ke belakang, apabila mereka hanya memerlukan jarak yang lebih pendek, mereka memposisikannya lebih dekat ke arah hadapan.” — Zheng Sixiao
Bukti gambaran mengenai manjanik pengimbang pada abad ke-12 berasal dari sarjana Muslim, Mardi bin Ali al-Tarsusi, yang menulis buku panduan tentera untuk Salahuddin al-Ayyubi pada sekitar tahun 1187. Ia menjelaskan sejenis manjanik hibrid yang dikatakan memiliki kekuatan lontaran yang setara dengan manjanik tarikan yang ditarik oleh lima puluh orang sekaligus kerana “gaya malar (graviti) yang berbeza dengan kuasa tarikan manusia.”
Namun dalam penulisannya, Al-Tarsusi menulis “manjanik merupakan mesin yang dicipta oleh orang kafir” (Al-Tarsusi, Bodleian MS 264). Ini menunjukkan pada zaman Salahuddin, orang Islam giat mengkaji teknologi jentera pemberat, namun tidak menganggap diri mereka sendiri sebagai penemu terawal yang mencipta jentera tersebut.
Ya, manjanik bukan dicipta oleh orang Islam, namun teknologi jentera ini diperkembangkan melalui usaha inovasi jurutera-jurutera Islam. Ia tak pernah disebut dalam catatan sejarah China hinggalah pada sekitar tahun 1268, sewaktu pasukan tentera Mongol mengepung kota berkembar Fancheng dan Xiangyang.
Sepanjang tempoh pengepungan ini, beberapa cubaan telah diambil oleh tentera Dinasti Song untuk lolos dari pengepungan, terutamanya melalui sungai. Pada bulan Oktober 1270, komander tentera Song, Fan Wenhu cuba menerobos sekatan. Dia gagal dan kehilangan 2000 orang tentera dan 30 buah sampan.
Pada Ogos 1271, tentera Song menghadapi satu lagi cubaan yang gagal untuk lolos dari kepungan, kali ini mereka juga kehilangan kira-kira 2000 askar. Pada bulan September 1272 dua komander terkemuka bersama 3000 tentera telah menembusi barisan pengepungan Mongol. Chang Shun, salah seorang komander Song gugur dalam pertem.puran dan dianggap sebagai satu kehilangan yang besar.
Beberapa ketika kemudian komander lain dengan bersisa seramai 3000 tentera cuba untuk keluar. Kali ini Mongol sudah bersedia. Untuk membantu mereka melihat dengan jelas pada waktu malam, tentera Mongol meletakkan jerami di tebing sungai dan mem.bakarnya untuk menghujani kapal musuh dengan anak panah. Ramai tentera telah ditangkap dan komander mereka terbu.nuh.
Namun, Lu Wenhuan tidak mahu menyerah, dan tentera Mongol tidak boleh menyerbu kota itu tanpa mengakibatkan lebih banyak kor.ban. Dengan tiadanya sebarang kemungkinan yang tinggi untuk menawan kota itu, Kublai Khan menyedari, sesuatu perlu dilakukan.
Kublai menghantar utusan kepada anak saudaranya, Abaqa Khan, ilkhan yang memerintah negeri Ilkhaniyah di wilayah Parsi yang ditak.luki Mongol. Kublai meminta bantuan Abaqa untuk membawakan sesiapa yang boleh membantu dalam pe.rang pengepungan.
Maka Abaqa menghantar dua orang jurutera terkemuka dari Iraq, mereka berdua adalah Ismail yang berasal dari Aleppo dan Alauddin yang berasal dari Mayyafariqin. Merekalah yang akan membina manjanik pengimbang pertama dalam sejarah di China, yang akan digelar sebagai “Huihui Pao” atau “Sen.jata Muslim”.
Tentera Mongol akan menggunakan sen.jata pengepungan terbaru itu terhadap kota Fancheng terlebih dahulu. Catatan melaporkan sen.jata itu menggegarkan langit dan bumi apabila ia melepaskan tem.bakan yang memus.nahkan apa saja halangan di hadapannya.
Bahan projektil (peluru) nya saja sudah seberat seberat 150 kati, (kira-kira 165 lbs. atau 75 kg), dan memiliki jarak jangkauan yang lebih luas daripada apa saja sen.jata ada di dalam kota hingga Song tak mampu membuat se.rangan balas.
Mongol melancarkan batu besar, bahan letupan dan entah apa lagi yang ditem.baknya ke dalam kota menggunakan manjanik pengepung itu. Fancheng tak mampu menahan se.rangan berat sebegitu rupa hinggalah jatuh beberapa hari selepas sen.jata itu digunakan.
Apabila ketua panglima tentera Dinasti Song Selatan, Lu Wenhuan menerima laporan mengenai kejatuhan salah satu kota berkembar itu, dia kecewa tapi tak berputus asa serta-merta. Huihui Pao, atau Sen.jata Muslim dipindahkan ke seberang sungai dan diletakkan di sudut tenggara Xiangyang. Lu Wenhuan terus bertahan menentang se.rangan berterusan Mongol.
Akhirnya dia ditawarkan untuk memerintah dua kota itu jika dia menyerah kalah dan berpaling tadah dengan memihak kepada Mongol. Kublai Khan menggalakkan pembelotan sedemikian dan ramai tentera Song yang membelot itu memandang Kublai sebagai orang yang ditakdirkan menerima mandat dari Syurga untuk menjadi maharaja baru di bawah Dinasti Yuan.
Lu Wenhuan juga turut sama menyerah kalah, menamatkan pengepungan yang memenatkan selepas sekian lama, dan Kublai Khan menunaikan janji dengam memberikan kedua-dua kota berkembar itu kepadanya untuk diperintah di bawah kedaulatan Dinasti Yuan Mongol.
Kejatuhan kota Xiangyang dan Fanchemg menandakan satu titik perubahan dalam pepe.rangan Mongol menentang Dinasti Song Selatan. Moral dan semangat jatuh merudum di istana pemerintah Empayar Song, dan tentera Song terus bertahan selama beberapa tahun lagi hanya untuk menyaksikan bangsa Mongol berjaya menak.luki seluruh China.
Meskipun begitu, di sebalik kejayaan Mongol ini, jika tanpa kehadiran dua jurutera Muslim dari Parsi yang membina manjanik pengimbang untuk mereka, mungkin Mongol akan mengambil masa yang lebih lama lagi untuk menamatkan pe.rang, atau mungkin mereka tak akan berjaya. Tapi siapa sebenarnya dua jurutera ini?
Ismail dikatakan sebagai seorang pakar pembuatan sen.jata pengepung, terutamanya manjanik pengimbang, beliau seorang Muslim yang dipercayai berasal dari Aleppo, dan dibawa dari Iraq untuk berkhidmat dalam tentera Kublai Khan bagi menjayakan penak.lukan Mongol terhadap Dinasti Song Selatan.
Ismail dan Alauddin membawa bersama-sama keluarga mereka dan melalui jalan terkawal menuju ke Hangzhou, di mana mereka bermula dengan membina manjanik besar yang akan ditempatkan di hadapan gerbang kota. Ismail juga bertanggungjawab melakukan tinjauan dan penilaian secara dekat sebelum mendirikan manjanik di bahagian sudut tenggara.
Ismail akhirnya meninggal dunia pada tahun 1330 dan digantikan oleh anaknya yang bernama Yakoob untuk meneruskan peranannya di dalam tentera Dinasti Yuan Mongol.
Manakala Alauddin pula lebih terikat dengan ketua jeneral bernama Alihaya, di mana mereka akan bersama-sama menyeberangi Sungai Yangtze dan dia terlibat dalam proses penawanan banyak kota-kota. Selepas pe.rang, dia dilantik sebagai pesuruhjaya di Wanhu.
Alauddin meninggal dunia pada tahun 1312, jasa bakti yang disumbangkannya dibayar dengan pelbagai jenis ganjaran termasuklah tanah pertanian di Nanjing dan gelaran penghormatan, dia digantikan oleh anaknya Ma-ha-sha (mungkin sebutan Cina untuk Musa).
Tak ada banyak maklumat terperinci mengenai mereka berdua namun Alauddin juga sering disebut-sebut sebagai pengasas suku Kurdi Mukri memandangkan semasa pemerintahan orang Turkmen dan semasa awal kemerdekaan wilayah Darbas atau Daryas daripada kekuasaan salah satu suku Turkmen, beliau menjadi pemilik wilayah itu.
Kemudian wilayahnya, bersama wilayah Darreh Barik dan Akhtachi mengilhak dan menyerap suku Timur dan Selduz di bawah kawalan mereka. Secara beransur-ansur, beliau membentuk kerajaan yang kuat dan berkuasa dan menamakan kerajaan serta sukunya sebagai suku Mukri dan memerintah dalam tempoh yang panjang tanpa pepe.rangan. Akhtachi dan Timur, adalah pemerintah keturunan Mongol yang pernah memerintah Emiriyah Mukri.
Namun setakat ini penulis belum menemui sebarang sumber yang benar-benar boleh mengesahkan maklumat latar belakang mengenai kedua-dua tokoh yang berjasa dalam kebangkitan Dinasti Yuan Mongol di China ini.
Dinasti Yuan terus mengekalkan dasar toleransi beragama setelah berjaya memerintah seluruh China. Namun mereka tetap mengambil langkah berjaga-jaga dengan menerapkan konsep pecah dan perintah, di mana mereka membawa populasi Muslim Asia Tengah ke China untuk dilantik menjadi pentadbir wilayah, manakala kaum Cina Han, Khitan, dan lain lain etnik yang berasal dari China dihantar sebagai pentadbir di wilayah Muslim di Bukhara, Asia Tengah.
Dasar ini dilaksanakan sebagai langkah mengurangkan sebarang kemungkinan ancaman penentangan akibat dari pergaulan sesama kaum yang boleh menyebabkan kebangkitan semangat nasionalis.
Abad ke-14 menyaksikan ramai figura ternama Muslim dilahirkan semasa era Dinasti Yuan Mongol, antaranya Jamal ad-Din, ahli astronomi Parsi era Kublai Khan, Amir al-Din, arkitek Muslim yang melaksanakan pertukaran budaya dan teknologi dengan menguasai ilmu seni bina Han dan bertanggungjawab dalam pembangunan ibu kota baru Empayar Mongol melalui Dinasti Yuan di Dadu, atau dikenali sebagai Khanbaliq, iaitu Beijing hari ini.
Dinasti Yuan terus berpusat di Khanbaliq sehinggalah tahun 1368 apabila Zhu Yuanzhang, pengasas Dinasti Ming dan bakal Maharaja Hongwu mengepalai pembero.ntakan dengan menghantar tentera ke ibu kota Dinasti Yuan. Saki baki kelas pemerintah dan tentera berbangsa Mongol diusir melarikan diri ke utara kembali ke Mongolia sementara Zhu Yuanzhang mengisytiharkam penubuhan Dinasti Ming.
Namun ketika itu pewaris kerajaan Dinasti Yuan masih mahu bertahan dengan menubuhkan Dinasti Yuan Utara yang lemah. Khanbaliq diambil alih oleh bangsa Han dan dinamakan semula sebagai Beiping (Beijing).
Anda berminat dengan sejarah Mongol? Kalau berminat, kami nak cadangkan pembelian Kitab Tamadun Mongol, boleh dapatkan pada pautan pembelian di bawah bersama sebuah lagi judul terbaru kami, Kitab Tamdun Rom: https://bit.ly/pratempahktmktr
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih