Pulau Bardsey di Wales mungkin lebih dikenali sebagai syurga rizab alam semulajadi. Tetapi satu masa dahulu, ia merupakan lokasi kepada 20,000 kubur dengan sesetengah rangka terkeluar dari kubur-kubur tidak bertanda. Dan ia ada kaitan dengan fakta sejarah bahawa pulau ini merupakan tempat suci bagi penganut Kristian pada Zaman Pertengahan.

Pulau Bardsey atau Ynys Enlli dalam Bahasa Wales terletak dua batu dari kawasan pesisir Semenanjung Llyn. Tetapi bagi penganut awal Kristian, mereka melihat tanah pulau ini sebagai tanah yang diberkati. Ini kerana mereka percaya sekiranya mereka ma.ti dan dikebumikan di situ, ia akan menyelamatkan mereka daripada neraka dan terus masuk syurga.

Beli buku terbaru kami di https://bit.ly/pratempahktmktr

Atas sebab itulah, ramai penganut Kristian pada Zaman Pertengahan dari pelbagai kawasan sanggup datang ke pulau ini. Bagaimanapun, tidak semua yang berjaya sampai ke Bardsey. Ada yang dibawa sebagai ma.ya.t dengan harapan pengebumian di situ dapat menaikkan taraf mereka sebagai santo. Atas sebab itulah, Pulau Bardsey turut dikenali dengan nama lain iaitu Pulau 20,000 Santo.

Tetapi ada satu masalah sekiranya mahu mengebumikan ma.ya.t di Bardsey. Pulau tersebut amat kecil atau lebih tepat, berkeluasan sekitar 0.7 batu persegi. Justeru, bagi setiap ma.ya.t baru yang ditanam, ada saja tu.la.ng terkeluar dari kubur-kubur tidak bertanda.

Rajah 1: Kubur-kubur di Bardsey terlalu rapat antara satu sama lain. Sumber: Getty Images

Disebabkan bilangan rangka dan tu.la.ng yang terlalu banyak di Bardsey, ia memaksa penduduk yang tinggal di situ menjadi lebih kreatif. Menjelang 1850-an, sesetengah tu.la.ng yang terkeluar diambil untuk dijadikan sebagai pagar haiwan ternakan. Hari ini, jika anda membuat sebarang penggalian di situ, usah terkejut jika anda menemui tu.la.ng di kawasan yang digali.

Ini diakui oleh pasukan arkeologi yang membuat kerja-kerja ekskavasi di Bardsey pada tahun 90-an. Ekskavasi yang dijalankan menemui puluhan kubur Zaman Pertengahan dengan satu rangka mempunyai duit syiling pada mulutnya. Ini berkemungkinan merujuk kepada kepercayaan lampau pembawa si ma.ti perlu dibayar dengan syiling bagi membolehkan roh si ma.ti dapat pergi ke alam sebelah sana.

Pulau Bardsey mula dihuni manusia sekitar 7500 SM sebelum kemudiannya menjadi pusat aktiviti Gereja Celt. Di sinilah St Cadfan mendirikan biara pada abad keenam Masihi. Selain biara itu, terdapat juga tinggalan gereja Augustinian yang dikatakan dibina sekitar abad ke-13.

RUJUKAN

Bevan, Nathan. (2021, 30 Oktober). The Welsh island where so many people are buried that DITAPIS would stick up from unmarked graves. Wales Online.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Comments are closed.