Fakta ini mungkin susah untuk korang terima. Tahukah anda, Khilafah Turki Uthmaniah mengamalkan fratricide iaitu pembunuhan sesama kaum kerabat diraja. Mungkin agak pelik, tetapi tidak begitu menghairankan kalau korang faham apakah sebabnya.
Misalnya, Sultan Mehmed III yang berkuasa dari tahun 1595 telah membunuh 19 orang kaum kerabatnya beberapa malam selepas ditabalkan sebagai sultan. Ia menjadi kebiasaan dalam kerajaan Uthmaniyah setelah mereka mengalami suatu fasa perang saudara yang mengorbankan banyak nyawa. Fasa itu dikenali sebagai Ottoman interregnum.
Fraticide dibenarkan oleh Sultan Mehmet al-Fateh dan baginda sendiri telah membunuh saudaranya yang lebih muda. Baginda belajar daripada sejarah apabila melihat datuknya bergelut dengan saudaranya selama 8 tahun sehingga menjejaskan kestabilan kerajaan.
Ada tiga justifikasi pengamalan fratricide.
Alasannya, kalau kaum kerabat ada potensi nak memberontak, kalau ada tanda-tanda pemberontakan sedang dicetuskan dan kalau ada kaum kerabat yang mempunyai potensi untuk melancarkan pemberontakan. Semua alasan ini mampu menyokong keputusan sultan untuk membunuh saudaranya. Pada pandangan mereka, kematian seorang dua kaum kerabat lebih baik daripada perpecahan atau kejatuhan kerajaan Uthmaniyah.
Kesan daripada pengamalan ini, Uthmaniyah mampu mengelakkan perebutan takhta yang membawa kepada perang saudara yang panjang seperti apa yang terjadi di eropah pada zamannya.
Oleh: Zaki Sapuan al-Hafiz
…
Banyak lagi trivia mengejutkan tentang Turki Uthmaniyah yang korang tak tahu. Sumbangan dan ketamadunan mereka memang tak boleh kita nafikan. Korang bacalah UTHMANIYAH DI HUJUNG JARI. Klik https://bit.ly/UthmaniyahDiHujungJariWebstore
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih