Selain daripada Sultan Mehmet al-Fateh, ada seorang lagi raja terbaik dalam Khilafah Turki Uthmaniah yang patut korang kenal. Korang pernah dengar nama Sultan Sulayman al-Qanuni?

Baginda memerintah selama 46 tahun dan tempoh itu diiktiraf sebagai zaman keemasan Ottoman. 15-25 juta rakyat bernaung di bawah pemerintahannya. Perairan laut di Mediterranean sehingga ke Laut Merah dan Teluk Parsi tunduk di bawah armada Turki.

Sulayman telah berjaya menumpaskan kerajaan Hungary di eropah. Belgrade juga berjaya ditewaskan. Kemenangan Islam ini telah menggemparkan seluruh kerajaan Kristian. Mereka bimbang nasib yang sama bakal merebak ke serata eropah. Penaklukan ini turut membuka laluan ke barat.

Sementara itu, tumpuan perang dialihkan kepada pulau Rhodes. Di situlah markas Kesatria Hospitaller. Pasukan tentera salib itu banyak menghuru-harakan perairan sekitar Palestin.

Pada 1522, Sultan sendiri menghantar armada laut sebanyak 400 kapal dan pada masa yang sama memimpin tentera sebanyak 100,000 pejuang.

Kemenangan berpihak kepada Sulayman al-Qanuni dan pasukan Knight itu pun berundur.

Peperangan dengan kerajaan Hungary dilanjutkan. Pada 1526, Khilafah Turki Uthmaniah telah memenangi Pertempuran Mohács.

Secara rasminya, belahan timur Eropah sudah berada dalam genggaman Umat Islam. Suatu kemenangan besar!

Walaupun kempen jihad untuk menawan Vienna gagal, Sulayman al-Qanuni tidak mudah mengaku kalah. Baginda melancarkan serangan lanjut ke kota kubu Habsburg.

Serangan itu berhasil membengkokkan lutut raja eropah untuk memeterai perjanjian dengan Uthmaniah. Sejumlah bayaran ufti tahunan terpaksa dibayarnya kepada Sultan Sulayman al-Qanuni.

Dalam situasi ini, baginda layak dinobatkan sebagu Caeser!

Bukan sahaja di Eropah, kehebatan Sulayman al-Qanuni ikut dirasai di Asia. Pada 1548-1549, baginda melancarkan serangan ke atas kerajaan Safawi yang berakidah Syiah. Natijah kempen ini membawa kepada perjanjian damai di antara kerajaan Uthmaniah dengan Safawi.

Korang rasalah kan, mampu tak Turki mengulangi kegemilangan macam di zaman Sulayman al-Qanuni?


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang Penceramah Bebas dan Guru Al-Quran Tauliah Khas. Aktif memenuhi jemputan kuliah agama di 10 buah masjid dan surau dalam sebulan. Bertugas mengajar kelas tahfiz di Pondok At-Tanzil serta mengajarkan al-Quran kepada orang ramai dalam Kelas Al-Quran Dewasa Kg Kelantan dan Kelas Al-Quran Dewasa TIC Kota Tinggi. Diijazahkan sanad 10 Qiraat Al-Quran termasuklah Riwayat Hafs an Asim dari Mesir. Graduan Diploma Qiraat & Tahfiz Al-Quran, Darul Quran JAKIM. Mahasiswa Sarjana Muda Usuluddin & Falsafah, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Leave A Reply