Beliau merupakan anakanda kepada Sultan Imaduddin Zanki. Ayahandanya telah dibunuh oleh puak Hashashin dalam ekspedisinya untuk menewaskan pasukan Salib. Bakat kepimpinan dan kepahlawanan Imaduddin Zanki ini kemudiannya berturun sehingga anakandanya, Nuruddin Zanki. Sebelumnya, Kekuasaan Zanki ini berpusat di Halab (Aleppo). Kemudian, ibu kota ini berpindah Ke Damsyik usai penaklukan di bawah pimpinan Nuruddin Zanki.
Usai penaklukan Damsyik ini, Nuruddin mulai meluaskan jajahan Zanki dalam kerangka menyatukan Kerajaan Islam kembali dan dalam usaha beliau bagi menakluk kembali Baitul Maqdis kembali. Pertembungan paling ketara di bawah pimpinan Nuruddin ini adalah ketika penguasaan Mesir di bawah Wazir Shawar. Mesir merupakan sebuah negara yang penting buat kerajaan Zanki dan Salib. Bagi Zanki, Mesir adalah kunci buat kerajaan Zanki untuk menakluk Al-Quds kerana punca makanan bagi Al-Quds.
Wazir Mesir pada ketika itu, Shawar telah meminta bantuan Raja Amalric untuk menguasai Mesir. Kerajaan Mesir pada ketika itu mengalami Daulah Terpendam. Sebahagian besar pembesar tidak bersetuju dengan hal ini. Justeru, mereka mengirimkan surat kepada Nuruddin untuk menewaskan pasukan Salib di Mesir. Pasukan Zanki dipimpin Asaduddin Shirkuh bersama Salahuddin Ayyubi untuk membebaskan Mesir dari ancaman Salib. Pertembungan ini akhirnya dimenangi oleh Zanki dan pembebasan Mesir ini menjadi titik awal pembukaan Al-Quds.
Nuruddin merupakan seorang Sultan yang sangat mengidamkan penaklukan Al-Quds sehingga cintanya itu, beliau telah membina Mimbar buat masjid Al-Aqsa. Mimbar ini tidak sempat disaksikan diletakkan dalam Al-Aqsa kerana beliau wafat lebih awal. Impiannya direalisasikan oleh Salahuddin Ayyubi pada 1187 Masihi.

Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Konservatif | Nasionalis | Pencinta 𝗦𝗲𝗷𝗮𝗿𝗮𝗵 𝗨𝘁𝗵𝗺𝗮𝗻𝗶𝘆𝘆𝗮𝗵 dan 𝗦𝗲𝗷𝗮𝗿𝗮𝗵 𝗜𝘀𝗹𝗮𝗺

Comments are closed.