Sultan Mahmud Shah, satu nama yang tak asing bagi dunia Melayu apabila Melaka jatuh ke tangan Portugis pada 1511. Namun ramai yang tidak sedar masih banyak sisi positif pemerintah terakhir Kesultanan Melayu Melaka yang kita terlepas pandang.

 

Sememangnya Sultan Mahmud Shah membunuh Bendahara Melaka dan keluarganya serta beberapa lagi tindakan kejam yang dilakukannya. Namun diingatkan bahawa pentadbiran kerajaan pada abad ke-15 ialah satu zaman yang merbahaya, ganas dan tak dapat diramal.

 

Sisi positif yang kita boleh ambil daripada Sultan Mahmud Shah ialah beliau antara tokoh terawal yang memperjuangkan nasionalisme di Tanah Melayu.

 

Sultan Mahmud ialah pejuang kedaulatan Kesultanan Melayu Melaka yang mengekalkan kedaulatan itu sehingga pengasasan kerajaan Johor-Riau.

 

Beberapa serangan dilancarkan untuk bebaskan kota Melaka dilakukannya selepas jatuhnya kota Melaka ke tangan Portugis.

 

Namun selepas kegagalan berkali-kali untuk tawan semula Melaka dan kehilangan kubu di Muar, Sultan Mahmud Shah akhirnya sedar bahawa dirinya saja dapat selamatkan legasi Melaka.

 

Selepas kematian Sultan Ahmad Shah, Sultan Mahmud Shah susun langkah strategik dengan dapatkan kesetiaan orang laut dan pelbagai bangsa di kepulauan Riau untuk usir Portugis keluar dari Melaka.

 

Sultan Mahmud Shah lancarkan beberapa serangan dari Bentan tetapi tak berjaya sehingga akhirnya baginda berundur ke Kampar dan mangkat pada tahun 1528.

 

Oleh: Azizul Farhan

 

___

 

Panjang lagi sebenarnya nak cerita pasal kejatuhan Melaka ni. Apa rupa bentuk Kota Melaka? Mana pergi Armada Melaka? Dan apa punca jatuhnya Empayar Melaka ni? Korang boleh dapatkan 1511: KEJATUHAN EMPAYAR MELAKA sekarang!

https://bit.ly/1511Melaka


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Penggemar sejarah dan budaya. Kini, mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Pengajian Asia Tenggara Universiti Malaya dan graduan Diploma Sejarah dan Tamadun Islam UniSZA. Bercita-cita melanjutkan pelajaran dalam bidang Arkeologi kerana terpengaruh dengan filem Indiana Jones walaupun tahu arkeologi sebenar tak seperti itu.

Leave A Reply