Berbicara tentang Kesultanan Melayu Melaka, mesti kita kaitkan dengan seorang sultan yang terkenal akan kewarakan dan kehebatannya mentadbir empayar. Sultan yang saya maksudkan ialah Sultan Alauddin Riayat Syah!
Nama sebenar baginda ialah Raja Hussien. Asalnya baginda bukanlah pewaris utama kepada kerajaan Melaka yang ditadbir oleh ayahandanya, Sultan Mansur Shah. Tapi, akibat peristiwa popular yang melibatkan anak sulung Raja Hussien iaitu Raja Ahmad membunuh anak Tun Perak ketika bermain Sepak Raga, sehingga dirajakan di Pahang, maka baginda dipilih sebagai pewaris sebenar takhta ini.
Baginda dikenali sebagai seorang sultan yang tinggi ilmu agamanya. Kebanyakan waktu pemerintahannya, baginda banyak menumpukan pada urusan hal ehwal keagamaan terutama yang berkaitan dengan masjid-masjid di bawah Empayar Melaka. Diceritakan juga baginda juga selalu mengajarkan agama kepada raja-raja negeri-negeri taklukan Melaka seperti dari Pahang, Kampar dan Inderagiri.
Terdapat kisah yang popular di mana Sultan Alauddin membanteras kes jenayah melibatkan kecurian dan rompakan. Ketika kedua-dua kes bermaharajalela, baginda bersama dua orang kepercayaan iaitu Hang Isap dan Hang Siak menyamar sebagai rakyat untuk menyiasat.
Keputusannya, baginda bersama dua orang kepercayaan mengejar si pencuri yang membuat onar sehingga si pencuri meninggal dunia. Lepas kes kejar-mengejar, Sultan Alauddin memanggil semua pembesar termasuklah Temenggung (ketika itu jawatan Temenggung seperti polis) dan menegur kelonggaran Temenggung membuat rondaan. Sejak dari situ, Temenggung semakin rajin meronda dan kes kecurian akhirnya berkurang.
Perbuatan baginda ini mengingatkan saya mengenai tabiat biasa Khalifah Umar (Rashidun dan Umaiyyah) yang seringkali keluar malam, menyamar menjadi rakyat biasa demi melihat keadaan rakyatnya. Jadi, tidak salah kalau Sultan Alauddin ini ialah jelmaan Khalifah Umar di Tanah Melayu!
Tapi sayang beribu kali sayang, sultan berjiwa rakyat dan warak ini telah mangkat tak sampai umur 30 tahun. Sulalatus Salatin tidak menceritakan sebab musabab kemangkatan baginda, tetapi catatan Portugis ada menceritakan bagaimana baginda mangkat.
Dicatatkan apabila baginda dalam perjalanan menunaikan haji, baginda telah dibunuh oleh musuhnya iaitu Raja Inderagiri dan saudara lelakinya yang merupakan raja Pahang yang barangkali dipandu rasa cemburu kerana kehilangan takhta di tangan baginda pada awal dahulu.
Baginda kemudian dimakamkan di Pagoh, Johor. Makam baginda merupakan satu-satunya makam sultan Melaka yang masih wujud pada hari ini dengan gelaran ‘marhum berdarah putih’.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih