Kemerdekaan amat bermakna dalam lipatan sejarah negara-negara di dunia termasuk negara kita, Malaysia. Namun begitu, tidak semua negara mendapat kesan yang diinginkan dari kemerdekaan yang mereka perolehi. Antara negara yang mendapat kesan buruk daripada kemerdekaan ialah negara termuda di dunia, Sudan Selatan yang berusia 6 tahun.

Bendera Sudan Selatan
Sumber: https://en.m.wikipedia.org/wiki/File:Flag_of_South_Sudan.svg

Sudan Selatan merupakan negara yang terletak di bahagian timur Afrika Tengah, bersempadan dengan Sudan (selatan), Uganda dan Kenya (utara), dan Habsyah (barat). Selain itu, negara yang berpopulasi seramai lebih 13 juta orang ini juga merupakan negara paling baru di dunia apabila mendapat kemerdekaan pada tahun 2011. Sudan Selatan merupakan sebuah negara republik yang diperintah oleh Presiden Salva KIIR Mayardit serta menjadikan Juba sebagai ibu negara mereka.

Presiden Sudan Selatan, Salva KIIR Mayardit
Sumber: https://en.wikipedia.org/wiki/Salva_Kiir_Mayardit

KEMERDEKAAN

Apabila Sudan mendapat kemerdekaan pada tahun 1956 dijangkakan bahawa rakyat-rakyat di bahagian selatan negara tersebut akan berpeluang untuk menyertai sistem politik di Sudan. Namun begitu, Arab Khartoum (pemerintah Sudan) telah memungkiri janji mereka sehingga menyebabkan berlakunya pemberontakan oleh rakyat-rakyat di bahagian selatan kepada pemerintah pusat. Pemberontakan ini telah menyumbang kepada berlakunya dua konflik yang berlaku dalam jangka masa yang begitu panjang iaitu pada tahun 1955 – 1972 dan 1983 – 2005.

Konflik ini telah mengakibatkan 2.5 juta orang terkorban (kebanyakkannya orang awam) yang disebabkan oleh kebuluran dan kemarau yang panjang. Akhirnya pada tahun 2005, usaha damai yang telah lama diusahakan akhirnya menghasilkan Perjanjian Damai Komprehensif yang ditandatangani pada bulan Januari. Perjanjian itu telah memperuntukkan kawasan selatan Sudan dengan kuasa autonomi selama 6 tahun dan akan diikuti oleh referendum pada tahun terakhir kawasan tersebut berautonomi. Keputusan referendum yang telah dilakukan pada Januari 2011 menyaksikan 98% menginginkan kawasan selatan berpisah daripada Sudan.

PASCA-KEMERDEKAAN

Sejak mencapai kemerdekaan pada 9 Julai 2011, pemerintah Sudan Selatan (South Sudan) telah bersusah payah untuk membentuk sebuah pentadbiran yang baik dan membangunkan negara ini. Di samping itu, mereka juga telah berusaha untuk mengawal pemberontakan kumpulan militan yang berlangsung di negara tersebut. Sudan Selatan juga perlu bergelut dengan keadaan ekonominya yang merundum sejak Januari 2012 apabila kerajaan membuat keputusan untuk menghentikan industri penghasilan minyak berikutan terdapat bantahan daripada Sudan.

Pada Disember 2013, konflik antara pihak kerajaan dan pihak pembangkang telah menyebabkan krisis kemanusiaan di Sudan Selatan apabila berjuta-juta rakyatnya dipindahkan dan berdepan krisis kekurangan makanan. Akhirnya pada Ogos 2015, kedua-dua pihak (kerajaan dan pembangkang) telah bersetuju untuk menandatangani perjanjian damai yang telah membawa kepada peralihan kerajaan bagi Kesatuan Kebangsaan pada April 2016. Namun begitu, pertelingkahan kembali berlaku antara dua pihak yang menandatangani perjanjian sebelum ini dan telah menyebabkan negara Sudan Selatan kembali terjerumus ke dalam konflik.

Sumber :
1. The World Factbook
2. The Washington Post


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Sedang melanjutkan pelajaran di UMS dalam program Hubungan Antarabangsa. Berminat dalam menulis mahupun mengkaji mengenai isu-isu global. Berharap suatu hari nanti mampu menerbitkan buku dengan The Patriots.

Comments are closed.