Suasana keislaman atau bi’ah solehah yang begitu kuat dapat dirasakan di Kota Bahru, Kelantan sekitar abad ke-19 sesuai dengan gelarannya sebagai ‘Serambi Mekah’. Nik Abdul Aziz Nik Hassan menyatakan dalam makalahnya bahawa orang-orang yang berada di Kota Bahru pada ketika itu dapat merasakan ketenangan fikiran dan keberkatan disebabkan suasana keislaman yang menyelubungi kehidupan mereka pada ketika itu.

Masyarakat di Kota Bahru pada ketika itu terbentuk sebagai sebuah masyarakat yang sangat suka pada ilmu-ilmu agama. Menjelang waktu petang, ramai di kalangan orang dewasa sama ada lelaki atau perempuan yang sanggup berjalan kaki sejauh lima atau enam batu semata-mata ingin mendengar kuliah agama yang disampaikan oleh para ulama di Kota Bahru. Tidak kurang juga mereka yang berperahu menyeberangi Sungai Kelantan menuju ke masjid-masjid dan surau-surau yang terdapat kuliah agama.

Setelah selesai kuliah dari para ulama, ramai yang berkumpul di tepi-tepi jalan membahaskan masalah agama. Di waktu pagi, petang dan malam terdengar suara-suara ulama sedang mengajarkan kitab-kitab agama pada masyarakat. Pada tiap-tiap waktu solat fardu pula, orang ramai membanjiri masjid dan surau-surau untuk menunaikan solat jemaah.

Pengajian pondok menjadi pilihan utama anak-anak di mana terdapat ratusan buah pondok yang bertebaran di sekitar Kota Bahru. Dengan itu, Kota ini sentiasa dilatari dengan suara ‘budak-budak pondok’ yang sedang menghafal Al-Qur’an dan membaca kitab-kitab turath. Kelihatan di waktu pagi dan tengah hari, pelajar-pelajar pondok yang berkopiah, berbaju kemeja dan berkain pelekat berjalan beriringan secara berkelompok di sana sini dengan di tangan masing-masing membawa kitab.

Antara ulama yang masyhur dan sangat berpengaruh di Kota Bahru pada ketika itu ialah Tuan Tabal yang mengamalkan tarekat Ahmadiyah, Tuan Guru Haji Wan Ali Khutam yang mengamalkan tarekat Syadziliyah, Tuan Guru Haji Wan Musa (anak Tuan Tabal) Tok Kenali (anak murid Tuan Guru Haji Wan Ali Khutam) dan ramai lagi.

Pengajian mereka sangat diminati oleh masyarakat Kota Bahru. Sebagai contoh, majlis pengajian Tuan Guru Haji Wan Musa dan Tok Kenali di masjid-masjid dan surau-surau dilimpahi oleh orang ramai di mana tiada ruang kosong sedikit pun di dalam masjid dan surau sehinggakan orang ramai terpaksa duduk di rumput. Malah ada yang sanggup bertenggung dan berdiri lama seolah-oleh mereka mendapat hiburan ‘wayang pacak’.

Suasana ratiban zikir juga begitu hidup di Kota Bahru di mana para ulama menganjurkan majlis-majlis zikir di kalangan masyarakat di masjid-masjid dan surau-surau. Sebagai contoh, masjlis zikir tarekat Ahmadiyah yang dianjurkan oleh Tuan Guru Haji Said sangat mendapat sambutan di mana majlis zikir di suraunya yang terletak di Jalan Atas Banggol penuh sesak dengan ratusan jemaah.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Memiliki Ijazah Sarjana Pentadbiran Undang-undang Islam (LLM), Universiti Islam Antarabangsa, Malaysia. Kini sedang menyambung pengajian Doktor Falsafah di Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA), Universiti Kebangsaan Malaysia. Pengarah Maktab Tamadun Alam Melayu dan Islam.

Leave A Reply