Teruk bandar ni. Dekat mana ni? Kena bencana alam ke?

Tidak. Marawi tidak mengalami bencana alam. Marawi terletak di Kepulauan Mindanao, Filipina.

Marawi ni tak jauh pun dari sempadan Sabah.

Ia menjadi saksi pertempuran antara kumpulan militan Maute, Abu Sayyaf dan pecahan2 kumpulan militan yang menuntut pembebasan Selatan Filipina dari kuasa Manila seperi BIFF dan Ansar Khalifa dengan Angkatan Bersenjata Republik Filipina.

Kumpulan-kumpulan militan ini juga menyatakan taat setia dan berbaiah dengan DAESH dan setakat status ini ditulis, pertempuran masih lagi berlangsung setelah hampir 5 bulan sejak konflik ini bermula pada Mac 2017.

Semuanya bermula bilamana AFP merencana untuk menangkap ketua kumpulan Abu Sayyaf – Isnilon Hapilon. Rencana ini diketahui mereka dan tindak balas diatur untuk mengekang AFP dengan bantuan kumpulan gerila Maute serta beberapa ahli kumpulan ISIL warga Malaysia, Arab Saudi, Yemen, Indonesia dan Chechnya yamg menjadi pejuang upahan.

Pertempuran berlaku dalam kawasan bandar. Kecederaan dan kematian dipihak angkatan bersenjata Filipina agak tinggi. Sebabnya kedua pihak bertempur dari satu bangunan ke bangunan lain, bilik ke bilik, tingkat ke tingkat, lorong ke lorong, jalan ke jalan.

Kos perbelanjaan untuk menekan dan mengalahkan militan Maute di Marawi ini telah menghabiskan dana kementerian pertahanan Filipina untuk tahun ini. Habis terus. Belanjawan tahunan untuk 2017 habis kering dek konflik di Marawi – membantutkan lagi program pembangunan angkatan bersenjata negara tersebut yang sudahlah dihantui pelbagai skandal rasuah dan kebejatan ekonomi.

Dan ini diburukkan lagi dengan keanggotaan angkatan bersenjata Filipina serba kekurangan dari segi aset. Kasut but pun beli sendiri. Rompi kevlar siapa yang ada, adalah. Kenderaan tempur yang mereka bawa untuk asak kedudukan militan menjadi habuan pelancar roket dan untuk menghalang kesan tembakan mereka ikat batang balak pada kenderaan perisai mereka – ya batang balak. Bukan slat armour, bukan applique armour bukan ERA block. Batang balak. Lebih memburukkan keadaan Filipina mempunyai maklumat perisikan dan aset intelegensia yang sangat terhad lantas menjurus kepada sejumlah besar kecederaan keatas tentera Filipina sehinggalah negara tetangga seperti Malaysia, Indonesia, Brunei dan Singapura serta Australia berkongsi maklumat perisikan dan aset pada peringkat pertengahan konflik tercetus.

Memburukkan lagi keadaan, ada penduduk awam yang ditawan pihak militan untuk dijadikan perisai manusia jadi sukar untuk pihak tentera Filipina mengasak kubu pertahanan militan ini yang pada awalnya terdiri dari hospital, pejabat pentadbiran wilayah Lanao del Sur dan masjid agung serta beberapa kawasan perumahan dan perbandaran yang menjadi sarang sniper dan lubuk serang hendap.

Marawi menjadi padang jarak padang tekukur – menyaksikan pertempuran dikawasan terbina yang paling buruk dalam sejarah Filipina selepas Perang Dunia Kedua.

200 000 orang penduduk menjadi pelarian.
962 orang pejuang militan dilaporkan maut.
Lebih 1400 orang anggota tentera Filipina mengalamk kecederaan pelbagai.
165 orang anggota tentera maut.

Semua ini adalah angka yang dicatatkan selama 5 bulan pertempuran, yang berlaku tidak jauh dari sempadan negara kita.

Masih anggap ancaman kumpulan pengganas dan militan fanatik ugama dinegara kita sebagai sandiwara?

Renung-renung foto di Marawi dan fikirkan kembali. Apa yang terjadi di Marawi boleh berlaku di Malaysia atau Indonesia hatta Singapura malah.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

A Seaman is not only a Navigator, but also a Merchant and a Soldier. "Through the seas we are strong. Jalesveva Jayamahe." 1. Diploma Nautical Studies, ALAM (2009). 2. Combined Mate and Master, A1MC, ALAM (2014). 3. COC Class 3, MARDEP Malaysia.

Leave A Reply