Setelah kejayaan operasi Riddah iaitu operasi membasmi Nabi Palsu serta golongan yang enggan membayar zakat, Sayyidina Abu Bakar RAH yang ketika itu menjawat jawatan sebagai Khalifah bercadang untuk meluaskan lagi daulah Islam ke Iraq. Hal ini disebabkan sempadan Negara Islam sering diganggu oleh empayar Parsi dan Rom. Oleh itu, Khalifah Abu Bakar RAH memutuskan agar dihantar pasukan ke sana bagi membebaskan kawasan tersebut.

Sayyidina Khalid Al-Walid RAH diberi tanggungjawab untuk memimpin pasukan Muslimin ke Iraq. Sayyidina Khalid Al-Walid RAH dibekalkan dengan 18 000 pasukan bersamanya. Sayyidina Khalid Al-Walid RAH bakal dibantu oleh Panglima Muthanna Al-Haritsah yang sebelumnya telah tiba terlebih dahulu di Iraq.

Semasa Ekspedisi Sayyidina Khalid Al-Walid ke Iraq ini,mengandungi beberapa siri pepe.ran.gan yang dimana kesemuanya dimenangi oleh Sayyidina Khalid Al-Walid RAH dengan cemerlang dan kesemuanya berlaku dalam tahun 12 Hijrah.

1. Pertempuran Rerantai/Battle of Chains

Operasi pertama Sayyidina Khalid Al-Walid RAH ialah ke Kazimah. Di medan ini, beliau akan ditentang oleh panglima Parsi yang bernama Hurmuz.Jumlah pasukan Parsi pada ketika ini tidak dapat dipastikan tetapi dianggarkan lebih daripada jumlah pasukan Muslimin pada ketika itu. Seperti biasa adat pertempuran, Sayyidina Khalid menawarkan perdamaian berupa memeluk Islam atau membayar Jizyah. Namun,kedua-duanya ditolak mentah mentah oleh Panglima Parsi iaitu Hurmuz.Panglima Parsi mengambil inisiatif untuk mengelakkan pasukannya lari dari medan pe.rang dengan merantai kaki pasukannya agar tidak boleh berundur dari medan pe.rang. Disebabkan hal ini, pertempuran ini dinamakan Pertempuran Rerantai Besi.

Maka, bermulalah pertempuran yang sengit diantara kedua pasukan. Pada awalnya,kedudukan pasukan Muslimin agak goyah dengan ser.an.gan yang bertubi tubi daripada pasukan Parsi. Melihat keadaan ini, Sayyidina Khalid RAH melakukan ser.ang.an balas dengan asakan ke atas pasukan Parsi dan akhirnya pasukan Parsi tewas di medan Kazimah.

2. Pertempuran/Battle of Walaja

Setelah kemenangan pasukan Muslimin di Kazimah, Sayyidina Khalid RAH meneruskan ekspedisinya ke Walaja. Disini beliau akan berhadapan dengan 15 000 pasukan Parsi. Bilangan ini merupakan bilangan yang agak kurang berbanding pasukan Khalid Al-Walid RAH yang ketika itu berjumlah 18 000 orang.

Keadaan muka bumi Walaja ini membantu sedikit sebanyak pasukan Muslimin.Sayyidina Khalid RAH mengarahkan tentera berkuda mengambil tempat di lereng lereng bukit yang berhampiran. Hal ini akan melihatkan bahawa pasukan Muslimin kekurangan anggota pasukan. Oleh itu, pasukan Parsi mara dengan seluruh kekuatannya kearah pasukan Muslimin.

Setelah menerima isyarat daripada Sayyidina Khalid RAH, pasukan berkuda mara daripada lereng lereng bukit yang berhampiran seterusnya mengepung pasukan Parsi yang pada ketika itu sedang bertempur dengan pasukan pejalan kaki Muslimin. Asakan demi asakan diterima oleh pasukan Parsi akhirnya mereka berundur dari medan p.era.ng dan memberi kemenangan kepada pasukan Muslimin.

3. Pertempuran Ullais/Battle of Ullais

Kedudukan Ullais ialah 10 batu dari Walaja. Saki baki pasukan Parsi yang berundur dari medan Walaja bergabung dengan penduduk Arab Kristian serta gabungan pasukan bantuan dari Hirah berangkat untuk menghadang kemaraan pasukan Muslimin. Sayyidina Khalid Al-Walid RAH mara ke Ullais bersama dengan 15 000 pasukan manakala pasukan Parsi berjumlah 30 000 yang dipimpin oleh seorang Arab iaitu Abdul Aswad.

Pep.era.ngan bermula dengan sengit. Tidak disangka, pertempuran kali ini waktunya amat panjang sehingga memakan selama tiga hari berturut turut. Bahkan,Sayyidina Khalid RAH memuji Abdul Aswad dengan katanya “Ketika pe.ra.ng Mu’tah,aku telah menggunakan sembilan pedang, Dalam kalangan Parsi pula, tidak pernah aku berp.era.ng sepertimana aku berpe.ra.ng dengan tentera di Ullais.”Akhirnya, Abdul Aswad juga tewas ditangan Sayyidina Khalid Al-Walid RAH.

4. Pengepungan Al-Hirah/Siege of Hirah

Setelah kemenangan berturut-turut pasukan Muslimin di Iraq,pemimpin Hirah pada ketika itu bermesyuarat sama ada ingin berdamai atau bertempur dengan pasukan Sayyidina Khalid Al-Walid RAH.Mereka bersepakat untuk bertempur dengan pasukan Muslimin. Pasukan Hirah pada ketika itu menggunakan manjanik untuk menghadang kemaraan pasukan Muslimin.

Ser.ang.an itu tidak menghalang pasukan Muslimin untuk mara ke benteng Hirah. Pasukan Muslimin berjaya memecah pintu gerbang utama Hirah seterusnya mengambil alih benteng Hirah.Dengan jatuhnya benteng Hirah jatuhlah Kota Al-Hirah.Dengan jatuhnya Hirah ke tangan Muslimin,runtuhnya kerajaan Lakhmid di Iraq.

5. Pengepungan Anbar/Siege of Anbar

Pasukan Sayyidina Khalid Al-Walid tiba di Anbar setelah mena.klu.ki Hirah. Pasukan Anbar dipimpin oleh seorang pemimpin yang dihormati oleh penduduk Anbar iaitu Syirzad. Syirzad merangka strategi agar pasukan Khalid Al-Walid tidak dapat mara dengan digali parit dan parit tersebut di isi dengan air bagi menghadang kemaraan mereka.

Sayyidina Khalid Al-Walid RAH tiba di Anbar dan melihat parit menghadang kemaraan mereka. Sayyidina Khalid Al-Walid RAH mengarahkan pasukan pemanah melancarkan se.ra.ngan bertali arus kedalam kota Anbar. Se.rang.an bertali arus itu menyebabkan pasukan Anbar kucar kacir sehingga penduduk Anbar melaungkan bahawa kesemua pasukan Anbar telah buta akibat panahan pasukan Muslimin.

Dalam masa yang sama, Sayyidina Khalid Al-Walid menyembelih unta unta kurus seterusnya meletakkannya di dalam parit buatan pasukan Anbar. Pasukan Muslimin berjaya menyeberangi parit tersebut dan seterusnya menawan Kota Anbar.

6. Pertempuran Ainul Thamar/Battle of Ainul Tamar

Pasukan Sayyidina Khalid Al-Walid mara ke arah Ainul Tamar. Disini pasukannya bakal ditentang oleh pasukan Arab Kristian yang dipimpin oleh Aqqah bin Abi Aqqah. Pada mulanya,pasukan Parsi pimpinan Mihran ingin membantunya. Namun Aqqah bin Abi Aqqah menjawab dengan angkuhnya “Sebagai Bangsa Arab, kami orang orang Kristian lebih memahami bagaimana cara untuk menentang tentera Arab Islam. Biarlah kami sahaja yang menentang mereka.”

Aqqah bin Abi Aqqah juga berkata bahawa pasukan Mihran hanya meny.era.ng jika diperlukan. Pasukan Muslimin mara ke arah Ainul Tamar. Maka bertemulah buku dan ruas. Sayyidina Khalid RAH merangka strategi untuk menangkap Aqqah bin Aqqah yang sombong itu. Sayydina Khalid mengarahkan pasukannya agar bertingkah keletihan agar Aqqah bin Abi Aqqah merasa berani untuk mara seorang diri kearah pasukan Muslimin.

Taktik ini berjaya dan Sayyidina Khalid RAH berjaya menawan Aqqah bin Aqqah dengan mudah. Saki baki pasukan Arab Kristian segera masuk kedalam kota Ainul Tamar dan menutup pintu gerbangnya. Sayyidina Khalid mempertontonkan Aqqah bin Abi Aqqah dalam keadaan terikat dihadapan benteng Ainul Tamar membuatkan pasukan Arab Kristian berasa gerun dan akhirnya mereka memutuskan untuk menyerah kepada pasukan Muslimin.

7. Pertempuran Firaz/Battle of Firadz

Kemuncak kempen pasukan Muslimin di Iraq ialah di Firaz.Kedudukan Firadz yang terletak di sempadan empayar Rom membuatkan pemerintah empayar Rom Timur berasa terancam dengan kemaraan pasukan Muslimin ini. Pemerintah Empayar Rom mengirim pasukan mereka untuk bersama dengan pasukan Parsi untuk menghadang kemaraan pasukan Muslimin. Turut serta penduduk tempatan iaitu penduduk Arab Kristian yang ingin bersama dengan pasukan gabungan ini bagi menghadapi pasukan Muslimin di Firadz.

Hasil gabungan ini menjadikan jumlah mereka seramai 150 000. Satu jumlah yang begitu ramai jika dibandingkan dengan jumlah pasukan Muslimin yang pada ketika itu berjumlah 15 000 orang sahaja. Sayyidina Khalid Al-Walid RAH merangka strategi yang terbaik untuk menghadapi bala tentera gabungan ini.

Medan Firadz menjadi saksi pertempuran ini.Panglima pasukan gabungan itu bertanya kepada Sayyidina Khalid RAH sama ada mereka ingin menyeberang jambatan atau pihak pasukan gabungan yang akan menyeberang jambatan.Sayyidina Khalid berkata beliau memberi laluan kepada pasukan gabungan ini untuk menyeberang untuk meny.erang mereka.

Pasukan gabungan ini meminta untuk pasukan Muslimin berundur sedikit kebelakang bagi memberi ruang kepada mereka untuk menyeberang.Tuntutan mereka ini diterima oleh Sayyidina Khalid RAH. Setelah usai penyeberangan pasukan gabungan ini,mereka terus mara ke arah pasukan Muslimin.Seraya itu,Sayyidina Khalid RAH memberi isyarat kepada pasukannya untuk berpecah dua.

Pasukan gabungan telah masuk perangkap pasukan Muslimin kerana telah terkepung dengan pasukan Muslimin. Dan seterusnya,pasukan gabungan ini ditewaskan oleh pasukan Muslimin.

Setelah daripada pertempuran di Firadz ini,utusan dari Madinah bertemu dengan Sayyidina Khalid RAH dan mengarahkan sebahagian pasukannya dan beliau agar bergerak ke Yarmuk bagi membantu pasukan Sayyidina Abu Ubaidah Al-Jarrah di sana untuk berhadapan dengan pasukan Rom Timur.

RUJUKAN:

Al-Bidayah Wa An-Nihayah (Khulafa’ Ar-Rashidin) – Imam Ibnu Katsir


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Konservatif | Nasionalis | Pencinta 𝗦𝗲𝗷𝗮𝗿𝗮𝗵 𝗨𝘁𝗵𝗺𝗮𝗻𝗶𝘆𝘆𝗮𝗵 dan 𝗦𝗲𝗷𝗮𝗿𝗮𝗵 𝗜𝘀𝗹𝗮𝗺

Comments are closed.