Pasti ramai pernah dengar nama Sayyidina Abdul Rahman bin Auf. Sahabat yang dijamin syurga ini merupakan antara sahabat Rasulullah SAW yang terkaya ketika itu.
Beliau punya kaya tu sampaikan beliau ada sangat banyak binatang ternakan antaranya 100 ekor kuda perang, 100 ekor unta, 10,000 ekor kambing, dan hartanya tidak terkira.
Pernah juga beliau infakkan 700 ekor unta yang penuh muatan setelah mendengar hadith Rasulullah SAW berkenaan harta.
Macam mana strategi Sayyidina Abdul Rahman bin Auf ni berniaga?
Ada 3 jawapan yang beliau berikan. Pertama, “Aku tidak pernah menolak untung walaupun sedikit”. Beliau bersyukur dengan untung yang diterima walaupun jumlahnya kecil.
Sedar tak sedar, ramai peniaga sekarang macam tolak untung disebabkan tahu keuntungan yang diperolehi tu tak setanding yang dijangka. Boleh la anda belajar dari Sayyidina Abdul Rahman bin Auf.
Kedua, “Aku tidak pernah melambatkan jualan barangan daripada yang meminta”. Beliau sangat mengutamakan pelanggan. Apa yang pelanggan nak, itu yang beliau berikan.
Ada benarnya juga kata-kata “Customer is Always Right” tu. Sebab dari konteks Sayyidina Abdul Rahman bin Auf, pelanggan yang meminta dari kita bermakna pelanggan itu benar-benar memerlukan barangan tersebut.
Ketiga, “Aku tidak menjual secara tangguhan bayaran”. Semua transaksi perniagaan Sayyidina Abdul Rahman bin Auf dibuat secara tunai. Strategi ini mungkin jarang dilakukan oleh sesetengah peniaga.
Tapi kalau nak ikut, lihat dahulu sama ada perniagaan anda sesuai atau tidak untuk buat transaksi tunai sahaja. Sebabnya Sayyidina Abdul Rahman bin Auf berniaga binatang ternakan, logik lah untuk minta bayaran penuh setiap kali binatangnya dibeli.
Tapi asbab paling utama untuk beliau berjaya sebenarnya ialah taat dalam agama. Disebabkan itulah, ketika beliau meninggal dunia, beliau memiliki harta peninggalan sebanyak 1000 unta, 100 kuda dan 3000 kambing.
4 orang isteri masing-masing mendapat pemberian khusus 80,000 dinar seorang.
Beliau memerdekakan sejumlah besar hamba-hamba yang dimilikinya serta berwasiat memberikan 400 dinar kepada masing-masing bekas pejuang Perang Badar.
Ringankan tangan untuk bersedekah, nescaya Allah SWT akan bantu urusan kita, kerana kita membantu meringankan urusan orang lain.
Oleh: Azizul Farhan




No comments yet