Ada satu baka kucing ni asalnya tinggal di hutan dan hidup dengan liar, tapi selepas bertemu dengan manusia, kucing ini menjadi baka kucing rumah yang boleh dipelihara oleh warga dunia! Baka kucing yang saya maksudkan ialah kucing hutan Norwegian, baka kucing yang berasal dari negara Norway.

 

Kucing hutan Norwegian ialah baka kucing domestik yang berasal Norway dan Sweden. Baka kucing ini lahir hasil dari percampuran genetik antara baka kucing British Shorthair dengan baka kucing berbulu panjang iaitu Siberian dan Turkish Angora yang dibawa oleh orang Viking ke Norway pada tahun 1000.

 

Baka kucing hutan Norwegian sangat besar dan kuat seperti baka kucing Maine Coon dengan beratnya mampu mencecah sehingga 9 kilogram. Kaki kucing ini juga panjang dan mempunyai bulu badan dan ekor yang begitu lebat, jadi tiada masalah untuk hidup dalam keadaan yang sejuk.

 

Mengikut lagenda orang Norse, kucing hutan Norwegian atau dikenali dengan nama ‘skogkatt’ ialah kucing fantasi yang menetap di pergunungan dan berupaya mendaki gunung berbatu-bata berbanding kucing lain.

 

 

Baka kucing ini pernah dijadikan sebagai kucing kapal dalam kapal-kapal Viking. Kucing kapal pada zaman dulu amat penting bagi kelasi atau kapten kapal kerana peranannya sebagai agen kawalan perosak seperti tikus selain menjadi peneman setia.

 

Masuk fasa Perang Dunia Kedua, baka kucing ini hampir pupus gara-gara habitat mereka musnah akibat pencerobohan tentera-tentera yang bertempur. Jadi, para pencinta kucing mengambil langkah untuk memulihara kucing hutan ini dengan menubuhkan Norwegian Forest Cat Club.

 

Organisasi Norwegian Forest Cat Club ditubuhkan di Oslo, Norway untuk melaksanakan program kacukan iaitu mengkacukkan baka kucing hutan Norwegian dengan baka kucing domestik lain. Pada tahun 1950-an, raja Norway bernama Olav V mengisytiharkan baka kucing hutan Norwegian sebagai kucing rasmi Norway.

 

Cara hidup kucing hutan Norwegian menunjukkan salah satu cara untuk haiwan ini beradaptasi disekeliling manusia. Daripada lari dari manusia, haiwan ini mengambil keputusan untuk hidup bersama manusia demi kelansungan hidup. Begitu juga anjing dan haiwan domestik lain. Demi survival spesis mereka, hidup dengan manusia adalah pilihan yang baik.

 

 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang ulat buku dan pejuang alam sekitar. Penulis yang rajin tulis tentang flora dan fauna serta sejarah dunia. Dan tak terkecuali peminat Fate.

Leave A Reply