Biasanya waktu cuti begini, ramai keluarga jalan-jalan di zoo. Setiap zoo mesti pamerkan haiwan-haiwan eksotik macam burung unta ni. Tapi jaga-jaga, kalau cuba sentuh burung ni mesti korang kena kejar punya!

 

Burung unta ialah spesis burung dari genus Struthio. Spesis burung unta sekeluarga dengan burung kiwi, emu, dan rhea (burung unta Amerika Selatan) yang berada dalam kumpulan infra-class Palaeognathae, iaitu kelas burung tidak berupaya untuk terbang.

 

Terdapat dua spesis burung unta yang masih hidup, iaitu burung unta biasa (common ostrich) yang berasal dari gurun Sahara, dan burung unta Somali yang berasal dari kawasan Tanduk Afrika.

 

 

Sejak 23 juta tahun dulu, terdapat 14 spesis burung unta yang bertebaran ke seluruh dunia. Tapi sejak perubahan iklim dan habitat, serta pemburuan haiwan pemangsa, satu per satu spesis burung unta pupus sehingga hanya dua spesis saja yang terselamat.

 

Semenanjung Arab dulu pernah mempunyai populaasi burung unta sehinggalah pertengahan abad ke-20 Masihi. Sayangnya spesis burung unta Arab telah pupus akibat pemburuan melampau.

 

Walaupun burung unta tidak berupaya untuk terbang, burung ini mampu berlari pantas dengan kelajuan 70 kilometer per jam (km/j), menjadikan spesis ini sebagai burung paling pantas berlari di dunia! Kalau tak nak kena kejar oleh burung ni, lebih baik jangan kacau dia!

 

Berat burung unta mampu mencecah sehingga 130 kilogram, menjadikan spesis ini sebagai burung terberat di dunia. Telur burung unta juga adalah terbesar dengan berat 1.4 kilogram, bersamaan dengan 20 biji telur ayam. Kalau pasal burung ni, apa-apa yang terbesar mesti burung ni juara!

 

 

Yang uniknya ialah telur burung unta ni. Telurnya telah lama digunakan oleh orang Afrika Utara sejak abad ke-4 SM di mana kulit telurnya digunakan sebagai mangkuk, sampai ramai kaum Afrika lain menggunakan kulit telur untuk tujuan perhiasan selain menjadikan sebagai cawan atau mangkuk.

 

Sekarang, burung unta masih wujud la tapi kebanyakkan burung dijaga dalam zoo. Selain telur, daging dan bulu pelepah burung unta juga dikormesialkan untuk peminat daging eksotik dan membuat perhiasan.

 

 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang ulat buku dan pejuang alam sekitar. Penulis yang rajin tulis tentang flora dan fauna serta sejarah dunia. Dan tak terkecuali peminat Fate.

Leave A Reply