Tahu tak korang Spanish flu pernah serang Tanah Melayu pada bulan Oktober tahun 1918 sehingga sekolah dan estet ditutup serta jalan raya lengang.

 

Laporan pertama berkenaan jangkitan influenza sebenarnya sudah dilaporkan sekitar bulan Jun 1918.

 

Pegawai perubatan di Pahang laporkan pada peringkat awal berlaku beberapa kes influenza di Kuantan yang tak mengakibatkan sebarang kematian.

 

Sebulan kemudian, Presiden Majlis Jawatankuasa Perbandaran Singapura umumkan kadar kematian di Singapura meningkat daripada 25 orang per 1,000 populasi pada bulan Mei, naik menjadi 58.61 orang.

 

Kenaikan mendadak ni berpunca oleh wabak bersifat epidemik di Singapura, dipercayai akibat serangan influenza serta jangkitan denggi.

 

Jangkitan itu menjangkiti majoriti pekerja bidang cetakan risalah kerajaan British, menyebabkan informasi tentang epidemik yang berlaku gagal disebarkan dengan pantas.

 

Hanya selepas sebuah laporan perubatan oleh petugas di Borneo Utara melaporkan tentang jangkitan di kalangan kuli (pekerja asing) di atas sebuah kapal dari Singapura ke Lahad Datu, barulah dokumentasi pertama berkenaan jangkitan wabak secara rasmi dilaporkan.

 

Kedatangan kumpulan pekerja inilah dipercayai titik tolak punca utama wabak Spanish Flu bermula dalam skala besar-besaran di Tanah Melayu.

 

Sabah, negeri paling teruk dilanda wabak Spanish Flu pada mulanya, dengan anggaran 40 peratus daripada jumlah keseluruhan penduduk Sandakan, Tawau dan Kudat dijangkiti.

 

Sekitar 19 Oktober 1918, wabak mula tiba di Jesselton (Kota Kinabalu sekarang) sebelum disebarkan lagi melalui individu yang menaiki jalinan keretapi ke Keningau, Tambunan dan Ranau.

 

Di Semenanjung Tanah Melayu pula, amaran terawal berkenaan risiko wabak hadir pada 12 Oktober 1918.

 

British yakin dengan kemampuan mereka menangani wabak, berdasarkan pengalaman-pengalaman lalu serta badan kawalan wabak yang telah mereka tubuhkan dan tidak mengendahkan amaran yang diberikan.

 

Wabak merebak secara besar-besaran. Dalam tempoh 2 bulan lebih influenza menyerang Tanah Melayu, dianggarkan 34,644 orang meninggal dunia mengikut laporan rasmi kerajaan British.

 

Negeri negeri Selat iaitu Singapura, Pulau Pinang dan Melaka, serta Perak mencatatkan angka korban tertinggi dengan Selangor tidak jauh di belakang.

 

Sekiranya dibandingkan dengan anggaran jumlah populasi Tanah Melayu ketika itu yang berjumlah 3.5 juta orang keseluruhannya, ini bermakna ‘Spanish flu’ telah meragut hampir 1% daripada penduduk Tanah Melayu.

 

Antara individu yang meninggal dunia akibat jangkitan Spanish Flu ialah Sultan Abdul Jalil, Sultan Perak ke 29. Baginda mula menampakkan simptom influenza pada 22 Oktober 1918 sebelum keadaannya bertambah uzur. Baginda mangkat pada 29 Oktober 1918.

 

Hampir sebulan berikutnya, Sultan Zainal Abidin III yang pada ketika itu memerintah Terengganu turut mangkat disebabkan oleh jangkitan sama, meninggal dunia pada 25 November 1918.

 

Oleh: Azizul Farhan

 

 

Nak tahu lagi mengenai wabak-wabak yang pernah menyerang dunia? Dapatkan THE PLAGUE dengan segera. https://bit.ly/ThePlagueShopee


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Penggemar sejarah dan budaya. Kini, mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Pengajian Asia Tenggara Universiti Malaya dan graduan Diploma Sejarah dan Tamadun Islam UniSZA. Bercita-cita melanjutkan pelajaran dalam bidang Arkeologi kerana terpengaruh dengan filem Indiana Jones walaupun tahu arkeologi sebenar tak seperti itu.

Leave A Reply