Bila sebut pasal bulan, pasti ramai akan teringat Amerika Syarikat, Neil Armstrong, bendera AS yang ditanam di permukaan bulan dan ayat ikonik “one small step for man”. Tapi sebelum semua itu berlaku, Kesatuan Soviet sebenarnya dah ‘sampai’ dulu ke bulan, walaupun bukan dengan manusia.
Ceritanya bermula pada tahun 1959, waktu dunia masih tegang dengan Perang Dingin. Soviet dan Amerika bersaing dalam semua bidang; senjata nuklear, pengaruh politik, sukan dan paling epik, angkasa lepas. Masing-masing nak tunjuk siapa lebih hebat. Dan pada 13 September 1959, Soviet berjaya lancarkan satu misi bernama Luna 2.
Luna 2 ini bukan roket besar yang macam kita tengok hari ini. Tapi pada zaman tu, Luna 2 ni kira satu pencapaian besar. Luna 2 jadi objek buatan manusia pertama dalam sejarah yang sampai ke permukaan bulan. Walaupun tidak mendarat dengan selamat lebih kepada terhempas, Luna 2 tetap dianggap kejayaan besar manusia.
Apa yang menarik, Soviet tidak hantar Luna 2 saja-saja. Dalam kapsul Luna 2, mereka letak bola logam kecil berisi lambang Kesatuan Soviet, macam kapsul simbolik. Bila kapsul tu meletup atas permukaan bulan, logam-logam kecil tu berselerak.
Simboliknya? Soviet dah tinggalkan jejak lebih awal dari Amerika di bulan!
Walaupun nampak macam propaganda, langkah ini sangat bermakna. Dunia waktu itu kagum dan Amerika mula rasa terancam. Bayangkan, negara komunis yang dianggap mundur, boleh pukul Amerika di medan teknologi angkasa lepas.
Kesan daripada misi besar ini. Beberapa tahun selepas itu, Presiden John F. Kennedy buat pengumuman: AS mesti hantar manusia ke bulan sebelum dekad 1960-an berakhir. Maka perlumbaan angkasa antara dua kuasa ini semakin rancak berlaku dan menjadi pertempuran sains paling ikonik dalam sejarah dunia moden.
Walaupun Soviet tak sempat hantar manusia ke bulan, mereka tetap berjaya sampai dulu. Dan kalau ikut logik perlumbaan, siapa sampai dulu, dialah pemenang pertama. Sejarah Luna 2 mungkin jarang disebut, tapi ingat, impaknya bergema sampai menggegarkan Washington!
Jadi ya, sebelum ‘kaki’ Amerika Syarikat jejak bulan, bendera Soviet dah sampai lebih awal meskipun dengan gaya mereka tersendiri. Dan dalam perlumbaan, siapa sampai dulu, dialah pemenang dan tetap diingati.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
Historofil yang punyai minat untuk berkongsi hasil dapatannya melalui wadah penulisan. Harapannya cuma satu, menjadi sebahagian daripada penyumbang kepada pembangunan tamadun anak bangsa menuju sebuah keagungan.