Korang pernah tak main Assassin’s Creed IV Black Flag? Ada satu game baru dibina oleh Ubisoft Singapura yang sangat mirip dengan Assassin’s Creed tu. Tapi menariknya, ada banyak ciri-ciri kemelayuan dalam game ni!

 

Perkenalkan, Skull & Bones!

 

Serius, memang sangat banyak unsur-unsur dan ciri-ciri kemelayuan tu dalam game ni sebab game ni berlatar tempat di Kepulauan Melayu dan Afrika Timur sekitar Lautan Hindi. Kalau tengok peta dia pun, sekali pandang memang korang boleh cam ni sebenarnya Selat Melaka dan Semenanjung Tanah Melayu! Sabah Sarawak pun ada!

 

 

Nama-nama tempat dia walaupun tak wujud di dunia nyata, tapi memang diambil dalam Bahasa Melayu. Antaranya seperti Telok Penjarah dan Fort Harimau.

 

Menurut pengamatan saya, Telok Penjarah ni terletak di Johor-Singapura dan Fort Harimau ni di Melaka. Sebabnya, Fort Harimau didalam game ni berada dibawah taklukan Belanda. Game ni pun berlatar masa sekitar abad ke-17. Memang sah la ni Melaka. Selat Melaka dalam game ni pun guna nama Straits of Harimau.

Lagipun, Skull & Bones ni dibuat oleh Ubisoft Singapura, bagus jugak bila banyak sekali unsur-unsur kemelayuan tu diketengahkan dalam game ni.

 

Dalam Skull & Bones ni jugak korang boleh dengar karakter-karakter yang menggunakan bahasa Melayu yang diberi nama “Orang Kaya”, “Pencuri”, dan “Sarong”. Ada juga karakter orang Melayu yang bernama Asnah Yatim dalam game ni.

 

Siap ada lagu lanun yang dinyanyikan atas kapal yang menggunakan bahasa Melayu seperti lagu Kamu Pemalas dan Ke Telok Penjarah. Korang boleh cari di YouTube kalau korang nak dengar.

 

Saya terkejut bila tengok adik saya main game ni masa dia tunjuk screenshot karakternya memakai pakaian seperti bangsawan Melayu zaman dulu. Memang cantik, bertanjak, siap ada baju layang dan samping lagi.

 

Seni bina bangunan-bangunan dalam game ni sangat menarik perhatian saya. Banyak rumah tradisional Melayu di sekitar Telok Penjarah. Korang boleh la rasa seperti berjalan-jalan di Johor pada akhir abad ke-17 gitu.

 

Makanan? Semua ada. Durian, Otak-otak, Pisang Goreng, Sate Kambing antara yang diselitkan dalam game ni. Kalau Ubisoft cipta satu lagi tempat sekitar Terengganu, mungkin baru ada keropok lekor.

 

Rasakan sendiri pengalaman menjadi Lanun Melayu dalam Skull & Bones sekarang! Hanya di PC, PS5 dan Xbox Series. Jangan tanya saya kenapa takde dalam mobile, bukan saya yang buat game ni.

 

Oleh: Azizul Farhan

 

___

 

KLAB dah berlangsung harini! Kami akhirnya lancarkan KITAB TAMADUN MELAYU II yang bakal bawa korang menelusuri kerajaan-kerajaan Melayu yang pernah wujud satu ketika dahulu!

 

Untuk korang yang jauh dari KL, korang dah boleh dapatkannya di Shopee kami dengan diskaun menarik!

https://shope.ee/6zw5WznX8B


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Penggemar sejarah dan budaya. Kini, mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Pengajian Asia Tenggara Universiti Malaya dan graduan Diploma Sejarah dan Tamadun Islam UniSZA. Bercita-cita melanjutkan pelajaran dalam bidang Arkeologi kerana terpengaruh dengan filem Indiana Jones walaupun tahu arkeologi sebenar tak seperti itu.

Leave A Reply