Raja Gongmin adalah raja Goryeo yang memerintah era akhir Goryeo, iaitu dari 1351 hingga 1374. Menariknya, era pemerintahan baginda ini dipenuhi pelbagai konflik serta kontroversi peribadi baginda sendiri.
Nama sebenar Raja Gongmin ini ialah Wang Gi, dan baginda memerintah ketika Goryeo sedang dalam cengkaman Dinasti Yuan (Mongol). Jadi, Raja Gongmin bolehlah dianggap seumpama raja boneka ketika itu.
Namun, Gongmin punyai hasrat yang besar untuk membebaskan Goryeo daripada terus dikuasai oleh Yuan. Jadi, ada beberapa langkah yang baginda telah lakukan ketika itu.
Antaranya adalah memecat dan membuang semua pegawai kerajaan yang menyokong Mongol serta merampas semula tanah-tanah milik bangsawan di Goryeo yang menjadi kaya hasil korupsi.
Malah, ketika era Gongmin ini juga, adanya ancaman lanun Wokou yang menjejaskan pertahanan Goryeo. Dengan bantuan jeneral seperti Choe Yong dan Yi Seong-Gye (Raja Taejo Joseon), maka ancaman lanun ini dapat dibanteras.
Namun, di sebalik semua masalah politik dan pentadbiran yang dihadapi oleh Gongmin ini, baginda turut mengalami masalah peribadi yang tak kurang kontroversinya.
Gongmin mengahwini Permaisuri Noguk, iaitu puteri Mongol atas dasar politik, tapi akhirnya mereka berdua benar-benar jatuh cinta. Setelah lama tanpa pewaris, Permaisuri Noguk hamil anak mereka yang pertama, malangnya, permaisuri meninggal dunia ketika melahirkan anak itu.
Peristiwa ini telah memberi kesan yang sangat besar kepada Raja Gongmin sehingga menjejaskan keadaan mental baginda. Gongmin terlalu trauma. Selepas itu, baginda berubah jadi murung, hilang arah, dan mula buat keputusan pelik.
Disebabkan kemurungan, Raja Gongmin mula mengabaikan politik, dan menyerahkan kuasa kepada penasihat dan orang kepercayaan. Keadaan mula jadi tidak terkawal apabila baginda mula mengambil lelaki muda tampan sebagai teman rapat.
Kumpulan ini dipanggil ‘jajewi’ iaitu Pengawal Muda Bangsawan daripada kalangan anak bangsawan yang mempunyai potensi besar. Kononnya, Jajewi ditubuhkan supaya Gongmin sendiri dapat mengarahkan pemuda-pemuda ini dan membentuk mereka sebagai generasi menteri kerajaan yang setia.
Walau bagaimanapun, rekod dalam Goryeosa menyebut bahawa ahli-ahli jajewi ini dipilih bukan kerana potensi besar mereka, tetapi kerana rupa paras mereka yang muda untuk menjadi sahabat intim Raja.
Ini adalah kisah skandal Raja Gongmin yang jarang diceritakan, namun catatan Goryeosa sendiri menulisnya dengan penuh kiasan dan sindiran bahawa hubungan antara jajewi serta baginda lebih daripada sekadar hubungan pelayan dan raja.
Melihat keadaan Raja semakin lemah, pembesar-pembesar istana mula berkomplot. Orang kepercayaannya, Hong Ryun bersama sekumpulan lain merancang pembunuhan. Tahun 1374, Hong Ryun dan kumpulannya telah membunuh Raja Gongmin di dalam bilik tidur baginda sendiri.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih