Jika kita membaca sirah Nabi Muhammad S.A.W ataupun kisah masyarakat jahiliah di Mekah, pasti kita akan pasti akan terdengar tentang pasar atau souq. Pasar ini berfungsi sebagai tempat untuk masyarakat di Mekah melakukan aktiviti jual-beli dan perniagaan. 

Sesungguhnya pada zaman moden, bangunan-bangunan dimana Arab Jahiliyah meniaga ni sudah tidak wujud lagi. Malah tinggalan daripada pasar-pasar era jahiliah dan zaman awal Islam juga sukar untuk ditemui. Ditambah lagi dengan pembangunan Mekah yang semakin pesat untuk menampung jemaah haji setiap tahun, semakin mustahil tapak-tapak pasar lama akan ditemui.

Walau bagaimanapun, baru-baru ini pasukan penyelidik Arab Saudi telah menemui pasar purba iaitu Souq Habasha di Mekah. Paling menarik sekali adalah Souq Habasha merupakan pasar terpenting ketika era jahiliah dan awal Islam. Di sinilah tempat ribuan peniaga dan pelanggan menjalankan aktiviti jual beli.

Souq Habasha ini agak berbeza sedikit dekat sebahagian pasar yang wujud ada era itu. Sebab Souq Habasha hanya dibuka 8 hari sahaja dalam setahun. Kebiasaannya Souq Habasha akan mula beroperasi pada hari pertama sehinggalah hari kelapan bulan Rejab. Souq Habasha dikatakan hanya beroperasi sampai tahun 813 sebelum ditinggalkan begitu sahaja. 

Tambah lagi memeranjatkan adalah pihak Arab Saudi percaya Souq Habasha antara pasar yang pernah dikunjungi Rasulullah S.A.W. Malah sebelum menerima wahyu, Rasulullah S.A.W pernah berniaga di sana. Semua ini dipercayai disebutkan di dalam Al-Sīra al-Nabawiyya Nabi Muhammad. Bermakna penemuan Souq Habasha sangat penting bagi Arab Saudi khasnya dan umat Islam amnya.

Persoalannya macam mana pihak penyelidik Arab Saudi boleh menjumpai Souq Habasha?

Penyelidikan untuk mengesan Souq Habasha ini telah bermula sekitar 40 tahun yang lepas. Ketika itu mereka telah mengesan beberapa laluan yang sesuai digunakan oleh manusia, haiwan dan kenderaan bagi menentukan kawasan sebenar pasar purba. 

Berita baik untuk korang! Buku-buku kami sekarang kami nak bagi diskaun untuk habiskan stok. Ini peluang korang beli di Shopee: https://shopee.com.my/thepatriotsasia

Nak lagi mudah, kebiasaannya pasar-pasar purba dekat Semenanjung Arab ni terletak berdekatan dengan sumber air, tempat yang kerap hujan dan miliki sedikit tumbuhan. Senang cerita nak kesan pasar-pasar purba ni, pergi je cari dekat kawasan oasis ataupun wadi.

Setelah penelitian dibuat, pihak penyelidik Arab Saudi berjaya menemui Souq Habasha yang terletak di Wadi Qanuna. Kawasan wadi agak sesuai untuk dijadikan pasar sebab terletak di kawasan rendah yang miliki sumber air dan sedikit tumbuhan. Wadi Qanuna juga dikelilingi oleh pergunungan Al-Durbat, pergunungan Al-‘Irm dan pergunungan Al-‘Irm. 

Jadi pasukan penyelidik ni cuba mencari lokasi sebenar Souq Habasha selama bertahun-tahun sebelum berjaya menjumpai. Apabila sudah jumpa, Arab Saudi bertekad untuk menjalankan lebih banyak kajian untuk mengetahui apa yang berlaku di Souq Habasha semasa era jahiliah dan awal Islam.

Jumpa kami nanti di KLAB2023! Simpan tarikh 23-26 FEBRUARI ya. Jemput ramaikan reruai kami.

Apabila semua ini selesai, Arab Saudi mahu menghidupkan kembali Souq Habasha sebagai pasar yang akan menjual pelbagai barangan. Mungkin juga Arab Saudi akan cuba ikut amalan asal Souq Habasha iaitu dibuka selama 8 hari sahaja untuk setahun. Secara tak langsung, Soua Habasha akan menjadi tarikan pelancong yang berkunjung ke Arab Saudi.

Kesimpulannya, sebarang penemuai ataupun tinggalan daripada era jahiliah dan Rasulullah S.A.W perlulah dijaga dengan baik. Semua ini penting agar menjadi iktibar ataupun pengajaran di masa hadapan.

RUJUKAN

Arab News. (2023, Februari 8). Souq from life of Prophet Muhammad located in Makkah. Dipetik dariada https://www.arabnews.com/node/2247426/saudi-arabia

Ganot, S. (2023, Februari 9). Ancient Souq Habasha discovered in Mecca region of Saudi Arabia. The Media Line. Dipetik daripada https://themedialine.org/mideast-daily-news/ancient-souq-habasha-discovered-in-mecca-region-of-saudi-arabia/

Khalid Elsawi. (2023, Februari 9). Souq from Prophet Muhammad (PBUH) time located in Makkah. The Peninsula. Dipetik daripada https://thepeninsulaqatar.com/article/09/02/2023/souq-from-prophet-mohammed-time-located-in-makkah

Sakina Fatima. (2023, Februari 10). Saudi scientific team able to locate Habasha market from life of Prophet. The Siasat Daily. Dipetik daripada https://www.siasat.com/saudi-scientific-team-able-to-locate-habasha-market-from-life-of-prophet-2523781/


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang marhaen dari UITM Puncak Perdana yang meminati sejarah, sastera, falsafah, sukan, muzik dan ekonomi. Mata pena lebih tajam daripada mata keris dan menulis sekadar untuk meluah rasa jiwa sahaja.

Leave A Reply