Orkid ditanam selama lebih 2,000 tahun di China. Ia antara bunga tradisional yang sangat digemari oleh orang Cina, dan dianggap sebagai antara 10 bunga terbaik dalam budaya Cina.

 

Keluarga Orkid ni terbahagi kepada banyak spesis. Semuanya mempunyai daun panjang, bunga kecil, dan wangian yang harum semerbak. Keharuman Orkid ni sangat terkenal sebagai ‘Haruman Negara’, ‘Raja Segala Wangian’, dan ‘Haruman Nombor Satu Di Bawah Syurga’.

 

Orkid sangat digemari oleh sarjana Cina sejak zaman purba, kerana ia mewakili integriti, bangsawan, kerendahan hati dan kesabaran yang semuanya dianggap sebagai ciri-ciri seorang lelaki yang sempurna. Ini sering dicerminkan dalam prosa Cina kuno, puisi, kaligrafi, dan lukisan.

 

Ahli falsafah Cina iaitu Confucius berkata orkid tumbuh di hutan terpencil, di mana ia memberikan wangian dan Orkid umpama seorang lelaki yang tidak akan meninggalkan prinsip moral walaupun dalam kemiskinan.

 

Confucius ialah orang pertama yang menggunakan Orkid sebagai lambang lelaki yang berbudi.

 

Penyair Cina, Qu Yuan pula menyamakan nasib para sarjana seperti orkid. Dalam karya agungnya Li Sao, beliau memuji kecantikan orkid dan menganggapnya sebagai simbol bangsawan dan kesucian. Qu Yuan meletakkan asas budaya kepada orkid Cina.

 

Gambar tersebut merupakan lukisan Spring Orchid Scroll ialah lukisan orkid yang terawal dan kini disimpan di Muzium Istana, Beijing. Ia dilukis oleh Zhao Mengjian (1199-1264), seorang artis yang dilahirkan di zaman Dinasti Song Selatan. Zhao ialah keturunan generasi ke-11 Maharaja pertama Dinasti Song.

 

Beliau biasanya melukis orkid sebagai tanah tanpa akar dengan akar yang terdedah untuk menyatakan kesedihannya kerana kehilangan tanah airnya apabila dinasti itu jatuh ke tangan tentera penceroboh Dinasti Yuan.

 

Oleh: Azizul Farhan

 

___

 

Orkid dan 3 lagi tumbuhan iaitu Plum, Buluh dan Kekwa dipandang tinggi dalam budaya Cina dan digelar sebagai “Empat Bangsawan.” Selam lebih dalam budaya-budaya Cina bersama KITAB TAMADUN CINA sekarang! https://bit.ly/kitabtamaduncina


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Penggemar sejarah dan budaya. Kini, mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Pengajian Asia Tenggara Universiti Malaya dan graduan Diploma Sejarah dan Tamadun Islam UniSZA. Bercita-cita melanjutkan pelajaran dalam bidang Arkeologi kerana terpengaruh dengan filem Indiana Jones walaupun tahu arkeologi sebenar tak seperti itu.

Leave A Reply