Banyak perkara yang diketahui tentang Rom dari kerenah para pemerintahnya hinggalah monumen-monumen dari Colosseum hinggalah akueduk. Tetapi ada satu misteri Rom yang membingungkan saintis sehingga hari ini. Misteri tersebut ialah ke mana perginya silphium, tumbuhan herba antikuiti yang digilai ramai termasuk Julius Caesar?

Pada era antikuiti, silphium dicanang sebagai ubat ajaib yang boleh mengubati semua jenis penyakit dari sakit perut hingga luka gigitan anjing. Tetapi kegunaan yang paling popular bagi orang Rom ialah sebagai penguat tenaga batin atau ubat mengawal kelahiran. Penulis tidak terkejut sekiranya herba ini digunakan oleh Julius Caesar dan Mark Antony semasa bersama Cleopatra.

Raja Arcesilaus II dari Cyrene memantau proses pembungkusan silphium. Sumber: Alamy

Silphium pada ketika itu banyak didapati di Cyrene (kini Shahhat, Libya) dan hasil kutipannya dimonopoli oleh pemerintah tempatan. Disebabkan monopoli ini, ini menjadikan mereka sebagai antara pemerintah terkaya di benua Afrika. Orang Rom bukan satu-satunya yang tahu kelebihan silphium. Tidak mustahil rantau Mediterranean dari Carthage hingga Yunani mengetahui silphium dan kelebihannya dari segi kesihatan.

Mengikut legenda, silphium ditemui penduduk tempatan selepas “hujan hitam” menghujani kawasan pantai timur Libya kira-kira 2,500 tahun lalu. Sejak itu, ia tumbuh di merata tempat termasuk kawasan padang rumput dan tanah tinggi yang menghijau. Mungkin ada menganggap ini sebagai pelik tetapi Cyrene diketahui sebagai tanah tinggi bertingkat dengan sumber air yang banyak. Malah, ia menerima 850 mm hujan setahun sekaligus menjadikan ia hampir basah sama seperti Britain.

Cyrene pada awalnya diduduki oleh orang Yunani sebelum diambil alih oleh orang Rom. Tetapi mereka berdepan satu masalah sama: tidak tahu cara mengusahakan tanaman silphium. Akibatnya, satu-satunya cara mendapatkan herba ini ialah mengutipnya di tanah tinggi dan padang hijau. Walaupun Rom telah menetapkan had siphilium yang boleh dikutip, ia turut membawa kepada kewujudan pasaran gelap membabitkan herba berkenaan.

Duit syiling Gabenor Cyrene berdarah Yunani, Magas dengan imej silphium pada bahagian belakang.

Terdapat dua teori mengapa ia tidak berhasil sebagai tanaman pertanian. Pertama, ia hanya boleh tumbuh di tanah yang sudah terusik. Bapa Botani Yunani, Theophrastus berpandangan tanah sebegitu membenarkan cahaya matahari masuk ke dalam tanah dan mendorong ia untuk bercambah.

Ada juga mendakwa ia disebabkan oleh kandungan kimia tanah di habitat semulajadinya. Jika aktiviti pertanian dijalankan, ia akan mengubah kandungan sesetengah elemen termasuk magnesium dalam tanah. Ini mengakibatkan sesetengah tanaman yang ditanam tidak akan tumbuh seperti diharapkan.

Satu lagi teori yang patut dipertimbang ialah silphium merupakan sejenis tumbuhan hibrid. Hal ini bukan perkara baru di mana tumbuhan atau haiwan dikacukkan bagi menghasilkan spesies haiwan/tumbuhan baru. Malah, pada ketika itu, wujud laporan silphium juga wujud dari Media ke Parthia. Tetapi silphium yang ada di situ tidak sehebat silphium Cyrene – menimbulkan teori bahawa silphium di lokasi-lokasi itu sebenarnya hibrid.

Yang pasti, disebabkan ia mendapat permintaan tinggi di pasaran, tuan-tuan tanah Rom berusaha melindungi herba ini daripada dicuri oleh pihak tidak bertanggungjawab termasuk kambing biri-biri. Rupanya, jika kambing biri-biri diberi silphium, ia menjadikan dagingnya lebih empuk dan lembut. Malah, ada menganggap daging kibas ini sama taraf dengan daging lembu Wagyu hari ini.

Orang tempatan yang berang berusaha merobohkan pagar-pagar yang dipasang tuan-tuan tanah. Jika itu tidak berlaku, mereka akan mencuri masuk pada waktu malam dan mendapatkan silphium diperlukan untuk ternakan mereka. Geng penyeludup pula mencuri seberapa banyak silphium sebelum dijual di pasaran gelap.

Disebabkan aktiviti kutipan yang agresif dan keterlaluan, silphium pupus menjelang era pemerintahan Nero. Satu-satunya silphium yang ditemui di Cyrene dibawa ke Rom dan dipersembahkan kepada baginda. Ini bagi memuaskan rasa ingin tahu Nero bagaimana herba ini menjadi buruan orang Rom dari orang biasa hinggalah moyangnya Julius Caesar.

Tetapi pengkaji sejarah percaya satu lagi punca kepupusan silphium ialah perubahan iklim. Tindakan pihak Rom dan Yunani membersihkan kawasan hutan dan membuka lebih banyak tanah pertanian mengakibatkan hakisan pada tanah tinggi tempat silphium ditemui. Akibatnya, iklim mikro yang membantu silphium bercambah musnah dan tumbuhan herba tersebut pupus begitu saja.

Dan ini seharusnya diberi perhatian oleh kerajaan-kerajaan dunia hari ini. Perubahan iklim memberi kesan dalam banyak segi termasuk tumbuhan yang berperanan sebagai sumber makanan. Jika ini tidak dipandang serius, dunia bakal kehilangan peluang menghasilkan tumbuhan makanan hibrid yang mampu beradaptasi dengan perubahan iklim hari ini.

RUJUKAN

Tapper, J. (2022, 15 Mei). Caesar’s favourite herb was the Viagra of ancient Rome. Until climate change killed it off. The Guardian.

Gorvett, Z. (2017, 8 September). The mystery of the lost Roman herb. BBC Future.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Leave A Reply