Hari ini kita dapat melihat sikapnya bangsa Isrāʾīl ini. Perjanjian demi perjanjian mereka mungkiri. Kezaliman demi kezaliman yang dilakukan oleh mereka demi menghalalkan perbuatan mereka menjajah negara Filastīn. Sebenarnya, sifat mereka ini telah direkodkan dalam Al-Quran dan Quran telah menceritakan sebahagian besar sifat dan tingkah mereka sama ada bersama dengan para Anbiyaa’ dan sesama mereka.

 

Salah satunya kisah tentang Lembu Betina. Kisah ini direkodkan dalam Surah Al-Baqarah ayat 67 – 73. Di sini kita dapat lihat betapa degilnya mereka untuk patuh akan perintah Nabi Musa AS dengan menanyakan soalan soalan yang remeh temeh dengan niat untuk mengabaikan perintah Allah SWT.

 

Kisahnya terjadi ketika seorang bangsawan dari kalangan bani Isrāʾīl dibunuh oleh salah seorang dari kalangan mereka. Untuk menyelesaikan permasalahan ini, mereka meminta agar Nabi Musa AS menyelesaikan isu ini.

 

Pada awalnya, Nabi Musa AS meminta untuk menyembelih seekor lembu betina dan itu akan memberi petunjuk kepada pembunuhan tersebut. Namun, bani Isrāʾīl ini dengan sombongnya tidak mempercayai Rasulnya (Nabi Musa AS) dengan memulakan pertanyaan yang menjengkelkan.

 

Pada awalnya, mana mana lembu sahaja boleh diambil. Kemudiannya, bani Isrāʾīl ini bertanya lembu apa? Warna apa? Bagaimana keadaannya? Pertanyaan demi pertanyaan inilah yang menggambarkan sifat mereka untuk mengelat daripada melaksanakan perintah Nabi Musa AS.

 

Digambarkan juga bagaimana pengecutnya mereka untuk menghadapi musuh mereka. Apabila diperintahkan mereka untuk masuk ke dalam tanah yang dijanjikan buat mereka. Bahkan, mereka mengeluarkan kata kata yang keji ke atas Nabi Musa AS dengan mengatakan, :

 

قَالُوا۟ يَـٰمُوسَىٰٓ إِنَّا لَن نَّدْخُلَهَآ أَبَدًۭا مَّا دَامُوا۟ فِيهَا ۖ فَٱذْهَبْ أَنتَ وَرَبُّكَ فَقَـٰتِلَآ إِنَّا هَـٰهُنَا قَـٰعِدُونَ

Mereka (menolak dengan) berkata: “Wahai Musa, sesungguhnya kami tidak akan memasuki negeri itu selama-lamanya selagi kaum itu masih berada di dalamnya; oleh itu pergilah engkau bersama Tuhanmu dan perangilah mereka. Sebenarnya kami di sinilah duduk menunggu”. (Surah Al-Maidah : 24)

 

Ini lah dia sifat Bani Isrāʾīl yang digambarkan dan sifat ini terus menerus melekat pada diri mereka. Bahkan ketika zaman Rasulullah SAW, perangai mereka masih sama seperti yang direkodkan dalam Al-Quran.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Konservatif | Nasionalis | Pencinta 𝗦𝗲𝗷𝗮𝗿𝗮𝗵 𝗨𝘁𝗵𝗺𝗮𝗻𝗶𝘆𝘆𝗮𝗵 dan 𝗦𝗲𝗷𝗮𝗿𝗮𝗵 𝗜𝘀𝗹𝗮𝗺

Leave A Reply